#TIPSRAMADHAN : DOA MUNAJAT RAMADHAN

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
07 Ramadhan 1442H | 19 April 2021
DOA MUNAJAT
RAMADAN

Ya Allah, di dalam dakapan Ramadan yang penuh kesucian ini, dengan
rasa rendah diri, kami hamba-Mu yang lemah dan hina ini memohon
doa dengan penuh pengharapan kepada-Mu semoga Engkau sudi
mendengar permintaan kami kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan
yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Mudah-mudahan puasa
kami, solat kami, i'tikaf kami, zakat kami dan segala amal ibadah kami
di sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini diterima oleh-Mu ya Allah.

Ya Allah, terimalah rintihan istighfar dan taubat kami, sesungguhnya
tiada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau. Jadikanlah kami
sebagai hamba yang memperolehi pembebasan dari api neraka di bulan
yang suci ini. Ya Allah, curahkanlah rahmat dan kurniaan-Mu kepada
kami, sesungguhnya hanya dengan rahmat dan kurniaan-Mu sahajalah
kami dapat memasuki syurga-Mu . Peliharalah diri kami dan janganlah
Engkau biarkan kami tanpa pertolongan-Mu walaupun sekelip mata.

Ya Allah, hiasilah pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selama
kami hidup. Berikanlah kurnia tersebut kepada kami selama hayat di
kandung badan. Janganlah Engkau timpakan kepada kami musibah pada
agama kami dan janganlah jadikan dunia menjadi keinginan kami yang
terbesar dan menjadi kesudahan ilmu kami serta janganlah Engkau
kuasakan ke atas kami orang yang tidak menyayangi kami.
Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan
peliharalah kami dari azab neraka.

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

سبحان الله
الحمد لله
لا اله إلا الله
الله اك

Post a comment

5 Comments