LAKUKANLAH SEBELUM SUBUH!

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Assalamualaikum WBT
12 Jamadil Akhir 1442H | 25 Januari 2021 
#77lagikebulanRamadhan1442H
kredit photo : juwan
Bila dengar azan Subuh, jangan pula terus Solat Subuh, tapi buatlah dulu solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu subuh. 

Sebab, banyak hadith Nabi tentang kelebihan solat sunat sebelum Subuh ni, antaranya :

1. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Tidak ada satu pun solat sunat yang lebih dijaga Baginda melainkan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh"
(Riwayat Muslim)
2. Rasulullah SAW telah bersabda,
"Dua Rakaat solat (sunat) sebelum subuh lebih baik dari dunia dan seisinya"
(HR Muslim)
3. Dalam riwayat lainnya menyebut,
"Tidaklah Baginda SAW lebih tekun dalam menjaga solat rawatib melainkan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh"
(Muttafaqun 'Alayh)

Rugi kalau kita tak rebut peluang ini untuk menambah amalan, tambahan amalan tersebut tidak pernah sekali pun ditinggalkan oleh Baginda. Sama-sama raih keberkatan darinya. 

Jom, istiqomah jadikan ini sebagai satu amalan =)

"Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa"
(Al-Baqarah : 193)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

سبحان الله
الحمد لله
لا اله إلا الله
الله اكبر

Post a comment

14 Comments