AWAS! KITA BELUM MENANG!

Assalammualaikum wbt
#sajakongsi

Alhamdulillah. Walau musim Virus Covid masih belum pulih sepenuhnya di negara kita, tapi rakyat negara kita ni makin lama mula ada kesedaran betapa bahayanya virus ni jika semakin berleluasa dan kes positifnya masih meningkat di negara kita.

Sumber : mkn

Semakin 'mendengar kata' dan boleh mengikut SOP yang kerajaan sudah tetapkan. Hanya SEGELINTIR manusia je yang masih kurang kesedaran dan masih berdegil tidak mengikuti SOP. Tidak faham juga kadangkala pada sikap segelintir manusia yang sebegini.




Allahu. Macam-macam pula kluster yang timbul =(

Tidak sayang nyawa kah? Jika tidak sayang nyawa pon tolonglah ada sikap AMBIL TAHU dan menjaga keselamatan/kesihatan orang lain yang berada disekeliling kita. Jangan kerana sikap degil diri menjadi penyebab kesusahan dan kesengsaraan orang lain pula yang terpaksa menanggung.

Kita jaga kita, boleh?

Post a Comment

2 Comments