SALAM 5# RAMADHAN : PUASA YANG SEBENAR

Assalammualaikum wbt
5 Ramadhan 1441h
28 April 2020

SIFAT TAQWA
Puasa mempunyai pakej latihan yang bersepadu yakni, BERLAPAR, BANGUN MALAM, BERTADARUS dan sebagainya. Andai semua ini dilakukan dengan sempurna barulah puasa itu akan melahirkan sifat taqwa dan apabila sifat taqwa itu meresapi jiwa barulah orang yang berpuasa itu layak mendapat ganjaran yang besar sebagaimana dengan para sahabat semasa terjadinya perang badar.

Lihat bagaimana Rasulullah SAW mendidik serta mentarbiah para sahabat walaupun mereka sedang berpuasa sehingga mencapai kemenangan.

SIAPA MUSUH UTAMA
Justeru itu adalah tidak patut bagi kita mengatakan bahawa bulan puasa adalah bulan ibadah lalu kita melalaikan soal2 perkerjaan serta tugas kita seharian. Maka disinilah kita perlu mengambil renungan kerana bulan ramadhan itu bermakna kita perlu MELAWAN MUSUH UTAMA yang ada dalam diri kita yakni musuh batin dan syaitan yang sentiasa berjuang untuk memalaskan kita.

BELAJAR MENGAWAL DIRI
Umpama brek sebuah kenderaan. Jika brek tersebut dalam keadaan yang baik maka kenderaan itu dpt dikawal dengan baik sehingga selamat sampai kedestinasinya. Begitulah puasa pada diri kita yang mana puasa itu ibarat brek yang mengawal diri agar tidak terjerumus kpd perkara yang sia2 hingga boleh membatalkan puasa atau kita hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Oleh yang demikian itu, marilah kita belajar daripada sifat para sahabat dalam menghadapi puasa walau dalam keadaan apa sekalipun kerana puasa itu dapat membentuk peribadi seorang MUKMIN kearah untuk mendapat ketaqwaan kepada Allah SWT. Wallahua'lam.

Sekadar renungan kita bersama-sama ye. Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan. Semoga Allah menerima amal soleh dan ibadah kita. InsyaAllah. Aamiin.

Sekian, Wassalam =)

Post a Comment

6 Comments

  1. Semoga amalan puasa kita dan amalan2 lain di bulan ramadan ini dapat membentuk keperibadian kita

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  3. Semoga dapat membuat kita dapat lebih dan lebih lagi taqwa kepada Allah SWT

    ReplyDelete