Assalammualaikum wbt
InsyaAllah dalam beberapa hari lagi kita umat islam seluruh dunia akan menyambut bulan yang penuh dengan barokah ini. Justeru itu tanyalah pada diri sendiri, "Adakah ramadhan aku pada tahun ini sama seperti tahun2 yang lalu?
Andainya ramadhan kita masih saja sama seperti tahun2 yang sudah maka kita perlu lagi mujahadah terhadap diri sendiri. Ini kerana puasa bukan saja setakat menahan diri daripada berlapar, dahaga, bersahur, berbuka, bertadarus, bertarawih akan tetapi ianya merangkumi semua aspek kehidupan yang diredhai oleh Allah swt. Kalau setakat berpuasa namun akhlak tidak juga berubah walaupun selepas ramadhan, maka ini yang perlu kita renungi.
Firman Allah yg bermaksud:
Wahai orang2 yang beriman!
Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
(Al Baqarah ayat 183)
Maka jelaslah kepada kita bahawa puasa itu membina taqwa bagi orang2 yang beriman. Maka yang demikian itu kita perlu faham akan hukum hakam puasa itu sendiri dalam membina taqwa.
Banyak perbuatan halal yang ditegah semasa kita berpuasa dibulan ramadhan seperti makan minum, bersetubuh disiang hari didalam bulan ramadhan (suami isteri). Hikmahnya kalau yang halal dapat kita tinggalkan sepanjang siang hari dibulan ramadhan maka tidak menjadi masalah bagi kita untuk meninggalkan benda benda yang haram dibulan lain.
Kerana itu puasa merupakan latihan yang terbaik bagi kita untuk meninggalkan terus perkara2 yang haram dalam kehidupan seharian kita selepas ramadhan. Malangnya ramai dikalangan kita yang berpuasa berdasarkan adat yakni beramal tanpa ilmu.
Justeru itu marilah kita berazam untuk menjadikan ramadhan pada tahun ini adalah ramadhan yang terbaik berbanding tahun tahun yang sudah dan anggaplah ianya mungkin ramadhan yang terakhir buat kita. Semoga ramadhan yang akan tiba tidak berapa hari lagi kita gunakan sepenuhnya untuk mendidik hawa nafsu dan seterus menjadikan kita orang yang benar benar beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. InsyaAllah....
Sumber : telegram/islamituindah
kredit : suaidah salim
Sekadar perkongsian. Semoga bermanfaat. Terima kasih sudi singgah blog dan baca entri Yaya ye. Sekian, Wassalam ^_^
4 Comments
Aamiin
ReplyDeleteBulan di mana ganjaran amalan2 kita dilipatgandakan
btl.ni la masanya nak perbaiki dri mana yg kurang..moga dpt istiqamah
DeleteRamadan kareem
ReplyDeleteAssalammualaikum cik nor =)
Delete