SUPERPARK MALAYSIA

Assalammualaikum wbt.
#sajakongsi #jomsebarkan

BERIADAH DI SUPERPARK MALAYSIA!
Hari ni Yaya nak share satu lokasi menarik yang ada kat Kuala Lumpur ni. Bukan cliche punya. Kalau korang search kat google tempat menarik yang korang boleh datang kat Kuala Lumpur ni, memang macam-macam tempat yang akan keluar untuk korang meluangkan masa dengan family atau kawan-kawan. Tapi baru baru ni Yaya ada pergi satu lokasi yang lebih menarik dimana Yaya jamin korang bukan sahaja dapat meluangkan masa, tapi sekali dengan exercise lagi.Haa suka tak suka tak ^o^


Nama tempat ni ialah SUPERPARK MALAYSIA. Superpark Malaysia ni terletak di Avenue K berdekatan dengan KLCC. So kalau nak datang boleh naik kereta atau lebih mudah, naik LRT je. Hari tu ada kawan mai sini. Dia kat airport. Yaya terus mintak dia naik KLIA Express dan tunggu kat KL Sentral. Apa yang mudahnya Yaya dah siap BOOK KLIA Express online dah untuk kawan ni. So tak ada la kawan tu nak membebel ke apa kalau Yaya mintak dia macam-macam.hehe.

Kalau korang dari airport, nak ke sini dan tak nak naik train pun boleh je. Korang book airport coach, mintak dia hantar terus je ke KLCC ni. Setel masalah. By the way, servis booking tu semua disediakan oleh TRAVELOKA. So chill, trusted seller kan. Gittu.

Kembali pada SUPERPARK MALAYSIA ni. Ia mula dibuka pada orang awam bermula daripada tahun 2018 dan ia merupakan salah satu indoor theme park yang besar dan mempunyai pelbagai aktiviti menarik bagi semua lapisan umur. Yaya boleh katakan korang wajib bawak anak-anak atau kawan-kawan korang beriadah dalam ni. Asyik mengadap telefon je kan? Haa. Buat la pergerakan sikit dalam ni. Baru pemikiran boleh berkembang. Antara kategori-kategori aktiviti yang ada, Yaya senaraikan siap siap kat bawah. Senang korang nak baca.

Kat dalam Superpark ni terdapat 3 area yang korang boleh masuk. Antaranya Adventure area, Game area dan Frestyle Hall.

Adventure Area
Area ni majority aktiviti yang disediakan adalah khas untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, korang yang dah besar ni pun boleh juga main dalam area ni. Dari segi keselamatan pula tak perlu risau. Majoriti area-area yang berisiko, pihak Superpark dah letak 'cover sponge' untuk mengelak dari apa-apa kecederaan yang berlaku. Bagus tak bagus mereka ni. Antara aktiviti menarik dalam Adventure Area ni ialah:


Gambar sumber : superpark.com.my
Gambar sumber : superpark.com.my

Flying fox – Flying fox ni Yaya rasa korang bagi je la budak-budak untuk rasa naik zipline ni. Bagi dorang bina kekuatan tangan dan rasa keseronokan slide dari satu tiang, ke tiang yang lain.
Gambar sumber : superpark.com.my
Parents yang nak join pun boleh. Tak ada masalah
Ui memang berpoluh badan kalau main ni haa 😅

Kid’s Adventure City – Yang ni pula merupakan satu aktiviti yang memerlukan anak-anak korang bergerak dalam ruang tu dan memerlukan dorang untuk memanjat, masuk ke dalam terowong dan merentasi halangan.


Gambar sumber : superpark.com.my

Tube Slide – Kalau korang ada anak-anak yang berani nak naik ni, boleh la bawak. Dorang perlu naik tube ni dari atas dan slide sampai ke bawah. Jangan lupa suruh anak-anak korang jerit kuat-kuat. Biar puas hati dia.


Sliding Mountain

Pedal Car Track
Sumber : thestar.com.my
Game Area
Yaya rasa dalam tiga-tiga area ni, Yaya jamin korang sebagai orang dewasa pun akan suka game kat area ni. Game ni melibatkan sukan-sukan seperti basketball, futsal, baseball dan kebanyakkannya menggunakan bola la. Apa yang bestnya, scoring untuk game yang korang main ni dikira oleh sistem. Kalau gol, sistem digital dorang akan kirakan. Tak perlu la nak referee bagai haha. Antara game yang ada:


Gambar sumber : superpark.com.my

Baseball – Aktiviti ni terhad untuk kanak-kanak 10 tahun ke atas je. Sama konsep macam main baseball kat padang. Cuma yang ni, bola tu mesin yang lontar. Nanti korang lawan la siapa score hit bola paling banyak.


Sumber: google
Hot Stepper – Yang ni konsep main dia macam dalam pusat hiburan keluarga. Korang perlu pijak pada pad yang dipaparkan kat dalam screen. Boleh lawan sebelah-sebelah. Tips dia pergerakan kaki korang kena la cepat kalau nak menang.

Tiap jarak yang dilontar ada score tersendiri

Superhoop – Pernah main basketball? Pernah tengok NBA? Game ni memerlukan korang untuk lebih fokus jaringkan gol sebab lagi jauh jarak jaring yang korang pilih, lagi tinggi markah yang korang dapat. Mencabar juga ni. Masa nak melontar da rasa rasa macam Michael Jordan lak kan.ahaks! 😆

Freestyle Hall
Freestyle hall ni kebanyakkannya aktiviti orang dewasa. Kalau ada anak-anak korang nak main pun boleh. Tapi awasi keselamatan dorang. Walaupun Superpark dah control semua aspek keselamatan dia, korang sendiri pun kena ambil langkah berjaga-jaga juga bagi anak-anak kecik kan. Jangan leka sangat ye.


Gambar sumber : superpark.com.my

Climbing Wall – Sama macam korang buat aktiviti wall climbing. Tapi yang lagi best, dengan menggunakan lampu digital di sebalik dinding, wall climbing ni akan jadi lagi mencabar! Fuh. Lagi suspen camni.


Kredit : bykido.com

Obstacle Wall – Kalau korang suka mendaki atau memanjat, haa yang ni boleh uji sejauh mana kekuatan dan stamina korang untuk panjat dengan lebih tinggi. Ada macam-macam halangan okay kalau nak panjat lagi tinggi. Yang ni hakak suka.


Gambar sumber : superpark.com.my

Free Drop – Yang ni, Yaya tak tahu nak suka atau seram. Hahaha. Korang pernah tak rasa nak terjun dari ketinggian, tapi tak nak sakit? Nak terjun, tapi tak berani dan tak boleh sebab sakit. Haa. Kat area ni, nama pun free drop. Korang terjun la kot macam mana gaya sekali pun. Takdo sakitnyo. Seronok lagi hado. Lepas segala masalah. Wajib cuba!

Okay guys. Itu la dia beberapa aktiviti yang korang boleh buat kat Superpark Malaysia ni. Untuk tiket, korang boleh dapatkan online. Murah sikit tak silap Yaya. Memang berbaloi bawak anak-anak. Tak perlu datang bawak kasut tau. Sebab nanti dia ada bagi stoking anti licin. So pakai je stoking tu. Apa-apa pun, Yaya harap info yang Yaya share sedikit sebanyak ni dapat bantu bagi idea kat korang nak bawak anak jalan ke mana di musim cuti sekolah ni ye =)
SUPERPARK MALAYSIA

Post a Comment

3 Comments

  1. salam yaya. serius, memang ika dah bertahun tak singgah blog ni. entah yaya masih ingat ke tak. nice entry, seronok bawa anak2 beriadah cuti2 sekolah ni. jemput singgah entry terbaru ika. baru nak remove sarang2 lebah yang ada.. hehe

    https://cartiecacloset.blogspot.com/2019/12/resipi-cheesy-buttermilk-prawn.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. hi ikaaa..ingat2 lupa la yaya.hehe
      tapi nama mcm familiar ^o^
      tq singgh blog yaya =)

      Delete
  2. www.magspremiums.com MAGS PREMIUMS Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!

    ReplyDelete