Assalammualaikum wbt
Tetiba nak share satu resepi RARE ni. Iaitu
Resepi : Daging Mayat Saudara Kita
Bahan-bahannya :
Daging sedara kita yang dah mati atau dok elok hidup lagi
- bawang
- cili
- tepung
- kunyit
- minyak goreng
- rencah ikut suka
Cara masak :
Ambil daging sedara kita tadi dan potong ikut saiz mulut. Kalau mulut tempayan tidak potong pun tidak mengapa
Lepas itu, gaulkan dengan rencah ikut sedap hati, lagi banyak rencah lagi rancak borak. Bawang jangan lupa bila membawang
Kunyit ikut trend terkini. Kunyit jantan ke kunyit pon### tak kesah janji kunyit.
Masukkan garam secukup rasa. Kalau geram tambah lagi garam sampai tahap naik darah tinggi gitu
Ajinomoto sikit. Makaji pun boleh. Orang sini panggil #hajjahmolotnoinsuren. Lepas itu, gaul la ramai ramai. Lagi ramai lagi syok.
Lepas tu pakat goreng ikut sedap tekak. Nak goreng celup tepung pun boleh
Tambah la apa nak tambah, reka la apa resepi pun asal happy. Nak lagi sedap daging sedara kita tadi tu kita perap dalam sosmed biar dia viral dulu satu alam siber baru rasa dia ada kick gitu haaa 😋 hukhuk
Lepas tu letak disclaimer
"Tiada kaitan dengan sedara yang masih hidup atau sudah mati"
Hahaha…
Macam la akak akak kesah 😂 Lepas tu bila dah goreng garing ke girang ke, boleh hidang untuk santapan bersama, boleh potong cili sebagai hiasan walau tiada kaitan dengan hidangan, nak sedap lagi boleh perah limau dan tabur fitnah kat atas 'dia'
Tadaa!!!
Siap dah hidangan daging mayat sedara kita masak ikut suka yang macam Al-Quran dok kata.
Memang tak selera nak jamah kalau nak kira, tapi mulut jahat dan hati hitam pekat bak kicap kita memang suka tak ingat nak habaq hang... sempoi!
So selamat mencuba
Bak kata Nabi SAW, kalau betul pun tetap dikira mengata, dan kalau tidak betul apatah lagi, sudah jadi fitnah yang dosanya lagi dahsyat dari membunuh manusia. Na'uzubillah min zalik!
Yang menarik semua pahala yang korang ada korang dah bagi kat 'dia' yang jadi mangsa bawang tu, dan kalau da habis pahala, dosa dia pulak korang pakat pikul sorang sikit. Pergh! Sedapnyaaa 😘
Jangan malu² nak share resepi ni ye. Selamat membawang dan merewang.
Sekian, Wassalam
Tulisan : copy & repost dari Group : Cinta Islamic
2 Comments
Erk. Terkesima kejap baca resipi ni.
ReplyDeleteSemoga kita dijauhkan dari menjadi begini dan tidak dikelilingi dengan orang yang begini sifatnya.
InsyaAllah =)
Delete