BILA SUAMI 'GAMERS'

Assalammualaikum wbt
Salam 17 Rabiulawal 1441m

#situasidalamrumahtangga
#isteri


"Baik kau berambus ! Nak main game pun tak senang ! Kau patut bersyukur aku main game dari aku main dengan betina lain !"

ADA berlaku situasi diatas dikalangan masyarakat kita sekarang. Tak percaya? Sebab korang tak lalui apa yang isteri ini lalui. Realitinya memang wujud situasi sebegini.


Bila terbaca mengenai ketagihan game sang suami, ramai suami dan lelaki yang kaki games ni tak rasa mereka dah tersasar jauh.


Mereka tetap dengan pendirian yang ketagihan game ini bukan satu masalah yang serious.

Pernah tengok penagih dadah bila dia marah? Mana ada dia peduli siapa di depan. Bila dia sedang ketagih, semua orang dimakinya termasuklah isteri sendiri. Betul?

Pernah tengok penagih game marah? Dia pun tak peduli siapa di depan dia. Anak ke, isteri ke, memang kena maki punya. Semua orang salah. Isteri salah kerana menegur, anak salah kerana mengganggu. Mak ayah pun salah kerana masuk campur urusan keluarga.

Mereka mahu terus hidup di dunia mereka. Dari 11 malam sampai ke 7 malam esoknya bermain P**G. Berapa kerat sahaja tenaga yang tinggal? Sudah semestinya rasa sangat mengantuk. Tidur yang tak cukup juga boleh mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi.

Bila dalam situasi tu, isteri mengadu barang dapur dah habis pun boleh dapat makian. Anak naik atas badan pun silap - silap kena lempang. Adudu

Kamu lelaki yang lemah, yang dayus. Kamu dahulukan game berbanding anak dan isteri. Kamu takut jika kamu menghabiskan masa tanpa bermain, kamu akan ketinggalan rank. Betul?!

Duit pun kadang - kala boleh habis disebabkan game. Ada yang menghabiskan beratus sebulan untuk nampak cantik dalam P**G. Bangga apabila kita nampak lain dari yang lain. Sedangkan dapur kita sudah lama tidak berasap. Anak - anak sudah lama tak bertukar bajunya. Rumah pula sudah lama tunggang terbalik tanpa perhiasan.

Game telah mendahului segalanya. Untuk suami seperti ini. Insaflah sebelum kamu kehilangan keluarga kamu. Tak berbaloi rank A*E dengan Conquerer tu jika dibandingkan dengan anak isteri. Sanggup kamu memaki dan menghalau isteri kerana game kamu tu?

Kamu memang tak layak bergelar suami. Ketagihan kamu bakal menjadi penyebab kemusnahan keluarga kamu sendiri.
.
Kongsikan ini kepada pasangan kamu. Biar la dia suruh lukis ke nyanyi ke. Ini untuk masa depan keluarga.

Harap dapat beri pandangan dan nasihat kepada si isteri yang berada dalam situasi ini. Beliau perlukan nasihat anda semua.
Penulisan Oleh :  Akhtar Syamir

Yaya cuma kongsikan apa yang Yaya pernah baca dan tahu. Harap ada manfaat buat yang datang menjengah blog Yaya yang tak seberapa ni. Maaf. Masih banyak kekurangan dan perlu dipelajari.

Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

2 Comments

  1. Main game tu boleh tapi kena berpada pada lah kan. main pada waktu yang tak ada komitmen penting dan main sekejap pun okay lagilah..tapi jenis gamers tegar ni tak tahulah nak kata apa. Harap mereka cepat sedar.

    ReplyDelete
  2. apa2 hobi pun, kalau dah fanatik keterlaluan, tak elok.. x kira la main game ke, memancing ke, kpop ke...

    ReplyDelete