BERSELAWATLAH

Assalamualaikum wbt.
Salam Jumaat

Amalan apa yang sebaiknya berkekalan bacaannya disetiap masa bagi kita umat akhir zaman ini...


Tidak lain tidak bukan ialah bacaan selawat kepada nabi saw. Biar penuh seluruh buku catatan amal kita dengan selawat.

Selawat merupakan salah satu cara kita mencintai dan mengakui kerasulan Baginda Nabi Besar Muhammad saw dan memohon kepada Allah swt supaya menganugerahkan keutamaan dan kemuliaanNya demi kebaikan kita sebagai umatnya. 

Dalam hal ini...nampak jelas bahwasanya hakikat selawat bukan hanya sekadar menyenandungkan madah atau qasidah kepada baginda Nabi akhir zaman saja...

Melainkan juga memiliki sisi lain iaitu bermunajat kepada sang Khaliq sebagai Raja Semesta Alam...

Hingga ada segenap harapan yang di maksudkan dan perlu perantara sosok kekasihNya yang tak lain ialah Rasulullah saw agar di perkenankan.

“Sesungguhnya Allah dan malaikat malaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya .” (QS. al-Ahzab : 56)

Telah banyak kisah kisah menakjubkan mengenai faedah dan pelbagai hikmah yang di alami oleh orang orang yang gemar berselawat...baik mereka yang telah di panggil kehadrat ilahi maupun yang masih hidup di zaman sekarang ini. 

Bagaikan cahaya terang yang bertahan dalam kembara zaman...terus menerus lama terkenang dan tak pernah lekang oleh waktu. 

Melantunkan selawat tak hanya mendatangkan ketenangan hati...melainkan juga mengundang hikmah hikmah tersendiri yang bahkan tak kan mampu di jangkau akal kita. 

Rugi besar bila seseorang tidak mahu membaca selawat kepada Rasulullah saw atau membaca selawat tapi ala kadarnya saja...tanpa disertai oleh niat yang ikhlas dan kemauan yang kuat untuk dapat berkumpul dengan Rasulullah nanti di akhirat.

Orang yang membaca selawat kepada Nabi Muhammad saw...selawatnya akan langsung diterima oleh Allah dan dijawab oleh baginda saw. Kerana itu...baginda saw mengetahui siapa orang yang membaca selawat kepadanya.

Dengan demikian...semakin sering orang membaca selawat maka semakin dikenal dirinya oleh baginda saw.

Sebaliknya orang yang tidak mahu membaca selawat maka baginda saw pun tidak akan  mengenal dirinya.

Walaupun dia mengaku sebagai umat nabi Muhammad saw tapi umat dalam erti yang bersifat umum...bukan mengenal secara peribadi Nabinya.

Jadinya...selawat inilah sebagai sarana untuk mengenal beliau secara peribadi. Demikian pula baginda saw dapat mengenal dirinya...kerana selawat yang dibacanya akan langsung beliau terima.

Hiasilah siang dan malam dengan bacaan selawat dan katakan 'tanpa hari jika tiada selawat'.

Wallahualam

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم 

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

Post a Comment

2 Comments

  1. اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

    صلى الله عليه وسلم

    ReplyDelete
  2. selawat pun dpt pahala.. senangnya nk cari pahala

    ReplyDelete