Assalammualaikum wbt.
Mari belajar cara asas penjagaan kulit wajah. Saja Yaya kongsi kat sini supaya jadi ingatan juga untuk diri sendiri.=)
1. Cuci muka sekurang kurangnya 2 kali sehari
Dua kali sehari dah cukup. Penting untuk bagi kulit korang bersih supaya tak berjerawat, berjeragat, yada yada yada. Kebiasaannya pada waktu pagi sebelum keluar rumah dan waktu malam sebelum tidur. Kekerapan mencuci / membersihkan wajah juga bergantung jika korang bersolek @ kuat bersolek (nasib baik Yaya ni tak reti nak bersolek. Takat buh losyen + bedak tabur + lip tint = taraaa! siap! ada jerawat ke dulik hapa kan. Dari duk bersolek nak tutup jerawat silap hari bulan makin galak pula jerawat tu membiak.Ish!)
2. Bersihkan muka dari sisa makeup/solekan
Tanggalkan makeup/solekan sebelum mencuci muka. Gunakan makeup remover agar wajah bebas dari sisa makeup yang boleh menyebabkan liang pori tersumbat. Gunakan makeup remover yang bebas alkohol, ye.
3. Cuci muka dengan air suam
Kita sering kali mencuci muka menggunakan air sejuk. Tukar rutin ini dan gunakan air suam kerana ia dapat membuka pori pori pada wajah dan memberikan impak mencuci dengan lebih maksima. Mahu kesan yang lebih segar, bilas pula dengan air sejuk.
4. Urut muka dengan lembut
Ketika mencuci muka, urut wajah secara lembut dengan gerakan memutar. Lakukan gerakan memutar ini lebih kurang 30 saat. Ia dapat membantu membuang kotoran dan sisa makeup dengan lebih berkesan.
5. Elakkan menggosok muka dengan tuala.
Setelah selesai mencuci muka, keringkan wajah dengan menekap tuala pada wajah dan bukan menggosok. Ini untuk mengelakkan wajah yang telah dicuci terkena iritasi apabila digosok dengan tuala.
6. Gunakan pelembab selepas mencuci wajah
CARA CUCI / BERSIHKAN WAJAH DENGAN BETUL

Kulit kering ke berminyak ke normal ke semua kena ada pelembap. Kulit yang lembab penting untuk elak kulit dimamah usia dan memperbaiki tona kulit. Kulit yang lembap adalah kulit yang sihat.
7) Pengelupasan
Proses untuk buang kulit mati. Ada dua jenis exfoliator/pengelupasan iaitu fizikal dan kimia/chemical. Fizikal ni macam scrub tu, dan chemical selalunya kita guna bahan aktif seperti AHA, BHA, dan PHA. Kalau asas penjagaan kulit wajah pun korang masih belum kukuh, jangan cuba buat chemical exfoliation, atau pada sesiapa yang asas penjagaan kulit wajah masih merangkak, elok buat physical exfoliation je dulu,ok.
Benda ni penting, kulit yang terdedah pada UVA dan UVB senang untuk berjeragat, tona kulit akan jadi tak sekata, kulit jadi lebih sensitif, jadi korang perlukan satu perlindungan pada kulit untuk elakkan kulit korang cepat aging. Sebaiknya cari sunblock yang spf 30 ke atas. Macam Yaya biasa cari dan guna yang SPF 50++. Dan guna sebagai asas solekan. Kiranya, gunakan sunblock/sunscreen ni sebelum pakai foundation. Tapi Yaya jarang guna foundation. Lepas buh sunblock tu, tepek dengan bedak tabur. Siap! hehe
Sekian perkongsian dari Yaya. Adalah kopi pasta sikit dari info yang dapat dari line telegram dengan Khairul Yoi (KY). hee. Moga ada manfaat untuk korang yang membaca, ye.
Wassalam. =)
Sekian perkongsian dari Yaya. Adalah kopi pasta sikit dari info yang dapat dari line telegram dengan Khairul Yoi (KY). hee. Moga ada manfaat untuk korang yang membaca, ye.
Wassalam. =)
~ INDEED! ~
9 Comments
good sharing yaya..:)
ReplyDelete=)
Deletelama tak pakai sunblock.. lupa nk beli. adoi
ReplyDeletekena ade ni ^_^
Deleteheheh.. tulah kena beli
Deleteterima kasih nak share info nie....berkenan betol dengan statement akhir sekali "The best beauty, is beautiful manners."
ReplyDeletehehe sesama =)
Deletenice sharing.. kalo malas tepek yang lain2 biarlah yang basic kita jangan lupa buat. kulit muka kena jaga =)
ReplyDeletemalas betul nk belek muka bila letih ni.. sob2
ReplyDelete