TAMAN REKREASI GUNUNG LANG, IPOH, PERAK

Assalammualaikum wbt.


Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh telah menjadi satu tarikan terbaru buat orang ramai berekreasi santai bersama keluarga. Cantik tempatnya. Tenang. Bawa anak2 mesti seronok. 


APA YANG MENARIK?

Dipintu masuk Taman Rekreasi Gunung Lang ini juga, pengunjung berpeluang menikmati percikan air dari air terjun buatan yang merupakan air terjun buatan manusia tertinggi di Malaysia.

Tapi ada waktunya untuk air terjun ini beroperasi iaitu Isnin-Jumaat (10 pagi-12 tengah hari)(4 petang-6 petang) dan pada Sabtu/Ahad/cuti umum (9 pagi-11 pagi)(1 petang-3 petang) dan (5 Petang-7 Malam) sahaja.

Malah masuk sahaja di perkarangan taman ini, anda boleh lihat orang ramai begitu teruja memberi makan kepada ikan jenis keli Afrika dan Ikan Koi, talapia dan lampam yang bersaiz besar.


Makanan ikan ada dijual di gerai makanan cuma berharga RM1 sahaja.




Selepas itu anda boleh bergerak memasuki Gunung Lang dengan menaiki bot khas yang disediakan bagi menyeberang tasik dan melihat mini zoo, Rumah Perak dan pelbagai taman di dalam taman tersebut.



Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 300 meter.


Operasi bot adalah pada Isnin hingga Khamis 8 pagi hingga 6 petang, Jumaat (8pagi-12 Tengah Hari)(3 petang-6 petang) manakala pada Sabtu/Ahad/cuti umum (8.30 pagi -6 petang)

MINI ZOO

Taman ini turut menyediakan mini zoo, sepanjang perjalanan anda di dalam taman tersebut anda akan dapat saksikan haiwan seperti burung, burung kasawari, rusa, kuda padi dan landak yang dijaga rapi di dalam kandang masing-masing.



Namun anda dilarang memberi makanan kepada binatang tersebut ye. Jadi jangan sesekali menghulur sebarang makanan, takut dimarahi pula.

Jadi, pada sesiapa ibub bapa yang ingin berjalan-jalan dihujung minggu dengan anak-anak, boleh bawa mereka ke sini.=)

Manfaatkan masa yang ada ye. Semoga bermanfaat. Sekian, terima kasih kerana sudi singgah blog Yaya ye. ^_^

Post a Comment

3 Comments

  1. akak penah singgah sekali sini.. naik boat tapi tak turun. tunggu bot patah balik. jap memang ada eh zoo tu.. kami tatau haahaha kalo tau mesti turun da =P

    ReplyDelete