AKHIRNYA IBU TERPENGARUH JUA!

Assalammualaikum wbt
Salam 25 Zulkaedah


APA ITU 'AIR FRYER'?
Korang tahu kan mengenai AIR FRYER? Peralatan memasak yang semakin terkenal sekarang. Buat yang masih tak tahu apa AIR FRYER tu, ia adalah alat menggoreng tanpa menggunakan minyak. Alat menggoreng tanpa minyak (air fryer) ini merupakan salah satu penemuan (eh betul ke..haha ayat skema =p) peralatan memasak yang sihat dan paling bermanfaat bagi kesihatan kita.

Sebagaimana yang kita tahu, makanan bergoreng seperti pisang, tempe, tauhu,kentang goreng dan makanan-makanan lain yang seumpama dengannya pasti sudah tidak asing dalam kehidupan masyarakat kita, kan. Malah makanan bergoreng itu juga menjadi makanan kegemaran kita.

SEDAPNYA MAKANAN BERLEMAK DAN BERMINYAK ITU!
Memang tidak dinafikan makanan itu lebih enak dan lazat. Yela, makanan BERLEMAK! memang lazattt kann..huhu Sebab itulah penyakit OBESITI semakin meningkat di negara kita ini. Bukan itu sahaja, kadar kolestrol dalam badan pun menjadi semakin meningkat. Dalam jangka panjang, tingginya kadar lemak pada makanan bergoreng itu dapat menyebabkan kita mudah untuk mendapat penyakit jantung dan stroke!

Tentu kita semua tidak ingin terkena penyakit yang mengerikan itu,kan.

SAYA PENGIRA KALORI MAKANAN,TAU
Macam Yaya, kat rumah Yaya sendiri memang kerap dan boleh kata tiap hari juga la menggoreng makanan buat sarapan pagi atau makan petang macam tu. Biasanya ibu dengan kakak Yaya la masak. Sebab Yaya memang bukan jenis suka makan makanan bergoreng ni semenjak menjadi 'CALORIE COUNTER' ni..hehe kadang je makan itupun tak banyak. Serius! Ibu Yaya biasa kalau masak makanan bergoreng, untuk ayah. Ayah Yaya tu pula ada diabetis. Bila fikir lama-lama, risau juga. Kuantiti makanan susah nak dikurangkan jadi apa yang boleh bantu ayah supaya makan makanan yang lebih sihat (orang tua ni biasalah kan.dah nasihat pun tak jalan.huhu). Jadi Yaya selalu juga usha laman web dalam talian ni (online shoppping la kira nya), tengok mana yang murah tapi ok atau yang berjenama tapi harga mampu milik gitu. Banyak juga pilihan tapi kadang risau ada kerosakan pula. Harga memang semua RM100 lebih dan keatas. Itu paling murah. Kebanyakan memang harga 200-500.

PENGARUHI IBU
Ada sekali hari tu Yaya tanya ibu Yaya mengenai alat menggoreng tanpa minyak ini. Al maklumlah, ibu dengan ayah Yaya suka melayan siaran 'GO SHOP' kat Astro tu. Dan dah jadi 'pelanggan tetap' di Go Shop tu.haha. Jadi Yaya tanyalah kot ada GO SHOP buat sale untuk alat tersebut di siaran tu. Dan memang ada! Berharga RM100 lebih menurut ibu Yaya. Yaya pun apalagi, terus mencadangkan ibu untuk membeli alat memasak tersebut. Dengan alasan, ianya baik untuk kesihatan daripada menggunakan minyak masak untuk menggoreng. Bukan alasan sebenarnya tapi menyatakan kebenarannya. Makanan bergoreng yang menggunakan minyak ni memang tak elok kan. Lebih-lebih lagi dalam kuantitiyang banyak. Kalau dalam lauk pauk kita masak pula,lebih baik bertukar minyak masak yang biasa tu dengan minyak zaitun atau Olive Oil. Ianya lebih sihat.

Ok. Berbalik dengan pertanyaan Yaya kat ibu Yaya tadi tu. Ibu Yaya pun macam bersetuju juga untuk membeli alat tu tapi macam was-was je. Dalam fikiran Yaya, kalau ibu Yaya beli,Yaya bayar la balik nanti kan. Anggap itu hadiah hari lahir untuk ibu Yaya yang bakal tiba tak lama lagi dalam bulan Ogos ni.hehe.


AKHIRNYA TERPENGARUH JUA
Yaya tak tahu pun ibu Yaya jadi beli AIR FRYER tu disebabkan terpengaruh dengan 'pujukan' Yaya.hehe. Tahu pun bila kami sekeluarga pergi berjalan-jalan di Aeon Jusco Shah Alam minggu lalu. Ibu mula buka cerita mengenai alat yang beliau beli di GO SHOP tu bila kami masuk ke kedai peralatan elektrik di dalam Jusco tu. Kakak Yaya kata ni semua sebab terpengaruh dengan pujukan Yaya la minta beli alatan menggoreng tanpa minyak itu lah. Tapi yang Yaya tak sangka harga alat tersebut bukanlah RM100 lebih seperti yang ibu Yaya beritahu di awal dahulu. Katanya RM263++ gitu tapi disebabkan ada 'point' jadi harga pun berkurang jadi cuma RM208 je. Murah juga la kalau begitu fikir Yaya. Takpelah. Bayarkan semula duit yang Ibu Yaya dah keluarkan untuk beli alat memasak tu.

KURANG SEDAP HASIL MASAKAN
Beberapa hari selepas dapat alat memasak menggoreng tanpa minyak itu, ibu Yaya pun cubalah 'menggoreng' ayam menggunakan alat tersebut. Yaya masa tu takda kat rumah. Bila balik tu,tahu ibu da mula guna alat memasak tu agak 'excited' lah bertanya bagaimana rasa ayam yang 'digoreng' tanpa menggunakan minyak tu. Jawapan ibu Yaya, TAK SEDAP!
Tergelak juga Yaya dengar.haha.apalagi Yaya perli la. Memang la kurang sedap dah takda minyak, kurang berlemak + kolestrol semua. Yang sedap tu semua jenis yang berlemak + tinggi kolestrol + gula semua penyakit ada. hehe

HARGAI KESIHATAN YANG DIBERI
Apa yang pasti lepas ni, Yaya rasa lebih selamat la kalau nak 'menggoreng' makanan lepas ni. Boleh la lepas ni Yaya goreng ikan guna 'AIR FRYER' tu je. Tak kisah pun sedap ke tak sebab memang da biasa makan makanan yang tawar dan kurang gula ni.cewahh.hehe. Tapi memang betul, benda dan perkara macam ni,orang macam Yaya atau jenis pengira kalori ni memang amat titik berat perkara ni. Sebab punca utama naik berat badan dan berat badan berlebihan adalah kerana terlalu banyak makan makanan berminyak. Tahu kan, minyak ni bila masuk dalam badan kita apa jadi? 

Jadi jomlah bertukar cara masakan kita. Daripada menggunakan minyak sebagai bahan utama masakan, lebih baik guna alat menggoreng tanpa minyak ni untuk memasak. Kurang berkalori + kurang kolestrol dan pastinya badan jadi lebih sihat!=)

Itu sahaja perkongsian dari Yaya mengenai 'AIR FRYER' ni. Harap dapat mengubah pemikiran atau cara hidup sesetengah orang diluar sana supaya mendapat kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah. Tugas kita kan menjaga kesihatan yang telah dikurnia oleh NYA. Jadi jagalah sebaiknya,ye.
Sekian,Wassalam.

Post a Comment

4 Comments

  1. Betul jaga pemakanan dari sekarang kan. Risau memacam penyakit dah skrg ni lagi2 memang dri pemakanan kita.

    ReplyDelete
  2. Waa seronoknya Yaya daha ada air fryer. AS dah masuk 6 bulan dah masih di dalam wish list.ahaks. Kena tunggu next round dapat duit kutu pulak kot kikiki. AS follow ye #2021

    ReplyDelete
  3. masak tanpa minyak mmg bagus utk kesihatan.. ada juga niat nak beli nie..

    ReplyDelete
  4. senangnya nk masak.. semua makanan sihat

    ReplyDelete