CADANGAN : KERETA MALAYSIA ATAU KERETA IMPORT?

Assalammualaikum wbt.
Salam 9 Rejab 1439h

Apa khabar semua? Diharap semua sihat walafiat hendaknya. Aamiin. Terima kasih sebab sudi singgah ke blog Yaya yang tak seberapa ni walaupun hanya tengok dengan sekilas pandang je...huhu (sadisnya) terima kasih ye. Tujuan entri ini dibuat adalah untuk meminta pendapat korang semua (yang membaca entri Yaya ni lah ye). Pendapat apa?

New Toyota - CHR
MashaAllah cantik! <3

Preve? hmm boleh tahan...

Yaya harap dapat komen dari korang semua mengenai jenis-jenis kereta yang bagus yang ada dipasaran negara kita ni. Tak kira lah kereta import atau kereta keluaran negara kita sendiri. Kenapa tanya? Yaya nak beli kereta ke? Nak tukar kereta ke? Heeee =D lebih kurang begitu lah kengkawan semua..

Kereta yang Yaya guna sekarang adalah Ford Fiesta 1.6 hatchback tahun 2011/2012. 2nd hand je yang mampu..huuu. Kereta yang Yaya boleh kata sedap dan best dibawa. Dengan sound yang memang terbaik la bole kata. Buka volume kuat pun tak rasa bingit telinga..haha cuma kalau dah volume kuat tu, memang tak dapat dengan la apa-apa yang berlaku kat 'luar' tu..huhu (bahaya ni kalau apa-apa hal terjadi,please jangan tiru macam Yaya =p)

Dah ada yang positif, mesti ada yang negatifnya. Yup. Terlalu sakit dirasa jika ada problem dengan kereta jenis ni. Bukan Yaya sorang je tapi boleh dikata hampir semua owner kereta jenis ni meluahkan perkara yang sama. Yaya baru guna kereta ni dalam 2 tahun lebih. Masuk tahun 2018 ni tahun ke-3 dah la. Memang dah banyak juga 'pengeluaran' berlaku sepanjang tempoh penggunaan/pemakaian ^o^ tapi cuma masalah kecil la.Alhamdulillah belum lagi muncul masalah yang besar. Ya Allah minta jauh la. Kalau jadi kat rumah xpe lagi. Dibuatnya masalah tu jadi tengah jalan, tak ke haru teman..dahla selalu bawa sensorang je, tiada yang sudi teman..ececehhh =p

Well, sebab banyak juga dengar owner lain yang bermasalah dengan kereta diorang, Yaya pun yang dengar ni rasa lagi lah risau. Kereta Yaya guna boleh kata dalam seminggu tu dalam 3-4 kali je. Jarak perjalanan pun takdalah jauh. Setakat area Klang, Shah Alam dan kadang-kadang je pergi KL. Servis kereta pun ontime. Biasa bila da masuk 3 atau 4 bulan memang akan pergi servis.Tak pernah miss.Yela, kereta ni, memang sensitif, nak kena jaga elok-elok. Bila rasa sesuatu yang tak best dengan kereta, memang terus refer workshop (ford specialist).Kalau nak pergi SC tu setakat servis biasa bole lah,nak tukar spare parts kat sana memang tak la. Harga double-trouble kott.. ^o^ lol

Antara ciri-ciri kereta yang Yaya cari:
- Yang boleh trade in dengan kereta Yaya sekarang ni.
- Second atau baru tak kisah. Bergantung dengan keadaan kewangan Yaya nanti la..huhu
- Kereta jenis tak banyak hal atau kurang bermasalah atau senang citer jenis yang tak terlalu sensitif la.
- Jenis sporty.
- Spare parts mudah cari dan tak mahal.
- kereta luar @ import kalau boleh..haha tapi kalau ada dalam negara yang best + bagus pun boleh. Kalau kereta Malaysia Yaya minat SUPRIMA S dengan SATRIA NEO GTI..hehe Kalau kereta luar tu hmm banyak sangat sampai tak tahu nak pilih yang mana.hahahaha =p

Buat masa ni, atas ni je lah antara ciri-ciri yang Yaya cari. So, if korang ada pengalaman untuk kereta apa yang bagus + baik tolong suggest kat Yaya beserta dengan reason ok. Tak mau yang komen bagitahu minat kereta apa.haha Sebab Yaya mencari orang yang ada pengalaman dengan kereta yang akan korang suggest tu. Setakat minat, macamana boleh tahu, betul tak?

Tak perlu tanya Yaya bajet kereta berapa ke, apa ke. Yaya cuma nak SUGGESTION dari korang sahaja untuk kereta yang baik + bagus. Harap boleh bantu Yaya, ye.Terima kasih daun keladi yee.

Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

0 Comments