INSIDEN LANGKAWI - KERETA KABEL

Assalammualaikum wbt.
Salam 3 Jamadilakhir 1439h


SEMUA 1,126 penumpang dan kakitangan perkhidmatan SkyCab yang terkandas di Gunung Machinchang di sini, sudah diselamatkan dan dibawa turun ke stesen kaki gunung pada jam 11 malam tadi.

Syarikat pengendali SkyCab, Panorama Langkawi Sdn Bhd (Panorama Langkawi) memaklumkan operasi memulihkan perkhidmatan SkyCab sejauh 2.2 kilometer dengan puncak tertinggi 708 meter dari aras laut mengambil masa kira-kira lima jam.

“Operasi SkyCab tergendala ekoran gangguan dalam sistem pengendalian yang berlaku pada jam 5.48 petang.

"Ketika kejadian seramai 88 penumpang terkandas dalam 16 buah gondola dan berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 9.50 malam," kata Panorama Langkawi dalam satu kenyataan di Langkawi, malam ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kakitangan Panorama Langkawi telah berusaha dan berjaya menjalankan kerja-kerja pembaikan sistem pengendalian kereta kabel yang rosak.

"Semua penumpang dan kakitangan yang terkandas akhirnya berjaya dibawa turun mulai pukul 11.00 malam.

"Selain penumpang yang terperangkap dalam gondola, turut terkandas adalah 210 penumpang dan 36 kakitangan di stesen tengah, manakala 750 penumpang dan 42 kakitangan di stesen tertinggi," katanya.

Tambah kenyataan itu, operasi SkyCab pada hari ini (19 Februari) akan bermula mulai jam 12 tengah hari bagi memberi ruang kakitangan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

(Sumber : Harian Metro)

Allahu. Alhamdulillah semua selamat. Seram juga bila dengar perkara sebegini berlaku,kan. Yaya dengan family pula bercadang nak ke sana dalam bulan 8 ni. Agak-agak nak naik ke tak kereta kabel ni nanti..huhu seriau pula bila fikir. Takut nasib tidak baik masa tu kalau naik. Tapi rugi pula bila da sampai sana tak naik kereta kabel tu. Dahla setahun sekali nak pergi sana pun belum tentu dapat...ahaha adeii..korang rasa,macamana agak-agak...any suggestion? Patut atau tidak kami naik bila sampai sana nanti...?? Hmm...*dalam dilema ni* =(

Ok. Itu sahaja perkonsgian dari Yaya, kot ada yang tak dengar berita lagi pasal insiden yag sedang berlaku sekarang ni,kan. Dan minta tolong bagi cadangan samada patut atau tidak Yaya dan family naik kereta kabel bila bercuti disana nanti,ok.hehe. Terima kasih yaaaa.

Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

1 Comments

  1. adoiyai.. ade baca orang share kat FB.. seramnyaaa. suka naik benda2 macam ni kalo pergi jalan tapi minta elak la kejadian2 macam ni..

    ReplyDelete