Assalammualaikum wbt.
Bestnya hari ni Yaya ada terbaca satu tips ni. Bagus sangat untuk kita (khas para wanita ye..hehe) untuk amalkan bagi kesihatan dalaman. Selepas haid, sebaiknya wanita amalkan minuman yang dihasilkan dari air rebusan bahan-bahan alami. Tak perlu pun nak minum setiap hari, mencukupi jika diamalkan sebulan dua kali.
Sebabnya semasa haid, kita akan kehilangan darah. Masa inilah juga keluarnya mukus mahupun sel-sel yang dah mati. Sebab itulah walaupun masih anak dara, kita kena pelihara rahim agar ia sentiasa sihat dan kitaran period berjalan ikut aturannya.
Khasiat Air Rebusan Selepas Haid Ini
* Membersihkan rahim selepas haid.
* Mengeluarkan angin dalam badan.
* Memecahkan lemak-lemak diperut.
* Mengurangkan masalah bau badan.
* Menaikkan seri muka.
* Bagus Untuk Hindari Senggugut (amalan berterusan juga boleh membuatkan senggugut yang anda alami makin berkurangan)
Antara Bahan-bahan:
Halia ( Besar ibu jari )
Kunyit ( Besar ibu jari )
Serai ( 4-5batang )
Daun pandan ( 3 helai )
Madu / Gula batu (Ikut suka)
Air 3 cawan
Caranya:
- Serai tumbuk kasi pecah sikit.
- Kunyit dengan halia tu hiris jangan terlalu nipis. Sederhana je cukup.
- Campurkan ke semua bahan-bahan tadi tu.
- Rebus sampai mendidih.
- Nak Rawat Keputihan
- Tambah sireh – 2 helai
Nak Merapatkan Miss V
Tambah manjakani – 1 biji
Bila Patut Minum?
Sebaiknya selepas bersih daripada haid. Boleh minum suam-suam. Boleh juga minum sebaik sejuk.
Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
Wassalam...=)
Wassalam...=)
1 Comments
thanks for info
ReplyDeletedapat juga ilmu