HARAPAN 2018!

Assalamualaikum wbt.

Selamat Tinggal Tahun 2017

2017 baru sahaja meninggalkan kita semalam. Kalau nak dicerita segala pahit, manis, suka dan duka yang berlaku disepanjang tahun yang lalu memang terlalu banyak. Lebih lebih perkara yang melibatkan hati dan perasaan. Lebih banyak kesakitan dari ketenangan. 

Allahu....hanya Dia yang tahu bagaimana diri ini menghadapi ujian yang di beri.. Diri ni hanya redha dan cuba untuk hadapi dengan lebih tenang, lebih membuka fikiran... Yakin. Yang memberi ujian dan dugaan ini tahu diri ini boleh untuk laluinya seorang diri. Dan sudah pasti, ada hikmah yang terbaik yang Dia ingin berikan. InsyaAllah (∩_∩) 

Selamat tinggal 2017. Tahun yang penuh kesedihan bagi ku..tinggallah kamu wahai segala kenangan yang menyakitkan diriku. Jangan pernah mengikutiku di tahun baru ini...

Selamat Datang Tahun 2018


Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk berada dalam tahun baru, tahun 2018 ini. Hanya satu harapanku di tahun 2018 ini..

Semoga ditahun ini, ada sesuatu yang lebih baik untukku. Bukan untuk jangkamasa yang pendek. Tetapi untuk jangkamasa yang panjang..kalau boleh yang dapat dikekalkan hingga akhir hayat..

Eh. Apa pula yang Yaya harapkan sampai ke akhir hayat ni...huhu. Hm. Antara harapan Yaya, nak beri kesenangan pada ibu ayh. Lebih lebih lagi ibu Yaya baru je pencen. Dan ayah Yaya pula kurang sihat. Lebih banyak perbelanjaan yang perlu digunakan. Bukan nak bagi senang apa, Cuma berharap, Yaya dapat menyumbang segala yang diperlukan oleh ibu ayah. Walau Yaya tahu, ibu ayah memang mampu menampung perbelanjaan untuk diri mereka sendiri. Tapi sebagai anak, perlukan beri apa yang patut kan. Dan harap juga dapat bawa lebih banyak tempat untuj ambil angin sebab ayah Yaya ni suka jalan-jalan tengok kawasan, tengok orang...hehe. Nak tengok tempat yang boleh merilekskan minda la senang cerita. 

Memang itu antara harapan utama Yaya untuk tahun 2018 ni. Nak tengok ibu ayah gembira. Siapa yang tak nak perkara tu kan. =) Dan juga berharap dapat jejakkan kaki ke tanah suci, Mekah. Nak buat umrah. Allah...teringin sangat kot. Kalaulah ada rezeki lebih..dan kalau ditanya tempat mana yang teringin nak pergi, itu lah satu satunya tempat yang Yaya teringin nak pergi..sangattt..Moga Allah perkenankan 2 hajat utama Yaya ni.Aminn. ^_^

Ada lagi ke hajat or harapan Yaya yang lain ni?emm. Ada. Antara harapan lain, mengenai kerja. Tahun 2018 kira masuk tahun ke-2 Yaya kerja kat tempat sekarang ni. Salah sebuah syarikat yang agak kukuh di Malaysia. Tapi tipu lah kalau dikata tiada ujian yang dihadapi bila berada disalah sebuah syarikat yang besar, yang punya nama ni. Dan Yaya berharap, dapat bertahan dan lebih majukan diri bila berada disini. Hati kena kental kan..hehe Sebab rasanya semua tempat kerja sama. Ujian yang dihadapi lebih kurang je. Terpulang kat diri kita samada mampu atau tidak untuk hadapi. Betul tak?


Ok..ada lagi ke...uishh gila takda! hahaha maunya kalau diberitahu semua juling mata nak membaca kang. Hahaahah ^o^ jadi rasanya cukup la 3 tu je harapan utama Yaya untuk tahun 2018 ni. Kalau tak berjaya dapat semua dapat 2/3 pun ok da kan..hehe =p yang tak berjaya dibawa ke tahun hadapan lagi..hahah ceh! Hm. InsyaAllah. Rezeki Allah nak bagi. Dia lebih tahu apa yang lebih baik untuk para hambaNYA kan. Tugas kita, berusaha sedaya mampu, doa, solat jangan tinggal, dan tawakal je pada DIA. Yakin. DIA lebih Mengetahui. =)

Apa azam / harapan / hajat korang? Yang tahun lepas tak nak cerita dah. Tahun ni buka buku baru ok! Semoga kita sama-sama dapat mencapai apa yang kita ingini. Amin. InsyaAllah.

Sekian,Wassalam=)


Post a Comment

4 Comments

  1. Selamat Tahun Baru !
    Semoga tercapai segala hasrat....AMIN.
    Semoga kehidupan diberkatiNYA dan be nice ~ hehe

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru. semoga dipermudahkan semuanya.. aaminn..

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru 2018.
    Semoga semua impian akan terlaksana.

    ReplyDelete