4 TIPS BERBUKA PUASA

Assalammualaikum w.b.t.

Ye. Tau dah nak habis Ramadhan. Tapi ini general tips bila kita berpuasa. Tak kira yang wajib atau sunat ye. Tips Yaya ambil dari EZDIET.COM.MY untuk perkongsian kita bersama. Kan kita nak SIHAT dan CERGAS together gether ^o^

Jom,sama sama kita amalkan bila time berpuasa ye..

MULAKAN DENGAN KURMA
Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama) untuk bolehkan anda solat Maghrib terlebih dahulu sebelum makan betul-betul. Kurma juga kaya dengan potassium untuk bantu stabilkan bendalir badan setelah berpuasa sehari.

Ingat: Kurma tetap berkalori. Jangan makan 10 biji! 1 hingga 3 biji kurma saiz sederhana sudah cukup untuk bekalan tenaga dan alas perut bagi mereka yang ingin tunaikan solat maghrib terlebih dahulu.

20 MINIT

Dari suapan kurma semasa berbuka sehingga berasa kenyang ambil masa 20 minit. Kalau anda belasah makanan sepanjang 20 minit, barangkali besar anda akan makan berlebihan. Jadi makan dulu dan faham bahawa rasa kenyang datang selepas lebih-kurang 20 minit. Sunnah Nabi S.A.W pun menyatakan, 
“Berhentilah makan sebelum kenyang”.

SASARAN KALORI = 700

Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700 kcal. Tapi tak kira betapa sedap kuih-muih dan manis-manisan yang disediakan, bermulalah dengan hidangan yang seimbang untuk kawal nafsu makan dan elak makan berlebihan, pilih:
Segenggam sumber karbohidrat: nasi, bihun, kentang, mee, roti dll.
Sumber protein yang berkualiti: seperti ayam, ikan, tofu, daging dll.
Sumber serat: seperti sayur, kekacang, buah-buahan dll.
Last sekali baru makan sikit kuih dan manis-manisan.

3 JENIS AIR SEMASA BERBUKA


Air panas: Ini biasa untuk berbuka. Ini untuk bantu ‘panaskan’ sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12 jam. Tapi taklah panas mendidih.
Air kosong: Ya untuk dahagalah kan dan ia tidak berkalori. Apa-apa pun tak perlu terus belasah 3-4 gelas air – nanti buncit perut dan tak selesa. Take it slow and easy.
Air manis: Untuk air manis, nasihat saya, minum last sekali. Ini untuk nafsu tapi kalau berlebihan, kalori pun berlebihan.

Ok. Adakah membantu anda? hehe. Hope sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk berbuka dengan lebih bijak dalam pemilihan makanan ye. INGAT tau! Kita berpuasa untuk sihat, bukan untuk menambah penyakit, jadi bila berbuka haruslah dengan makanan yang sihat dalam kuantiti yang sepatutnya. Ok? ^_^

Sekian,Wassalam
Kredit : ezdiet.com.my

Post a Comment

4 Comments

  1. kurma dan air masak bru makan bubur tak nak perut tekejut sbb seharian xmakan 😁

    ReplyDelete
  2. saya pernah baca yang kalau berbuka terus terjah minuman berais badan akan rasa sangat lesu dan malas. tips menarik, boleh amalkan untuk puasa enam dan puasa ganti jugak

    ReplyDelete
  3. hee yaya pun kurang update blog 😌😌 makin malas dh nk tulis

    ReplyDelete