Saturday, 25 June 2016

10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Assalammualaikum w.b.t.

Lama hakak tak hupdated belog ni..ni baru pas sapu dengan bulu ayam sat..berhabuk sikit..hihu =p Alhamdulillah. SYUKUR! Masih lagi bernafas di Ramadhan yang ke-20 ni..ini bermakna banyak lagi perkara yang kita perlu perbaiki diri ni. Bertimbun lagi DOSA kita yang mungkin ada lagi kita tidak memohon ampun pada DIA..ALLAHU...mana mana perkara yang belum 'selesai' tu elok la disegera selesaikan. Malaikat Maut tengah 'ushaaa' je tuu..heeee

Bulan RAMADHAN ni bulan ALLAH..yang mana segala apa yang kita buat, baik atau buruk, dengan DIA sahaja kita 'deal'..DIA Maha Pengampun, kan. Hanya kita ni je yang xfaham2, melambatkan masa untuk memohon keampunan padaNYA..masih belum terlewat lagi di bulan yang penuh barakah ni kita SPEED untuk perbaiki dan menambah segala yang kurang dalam diri kita ni. Biarlah apa orang nak kata, kita tunjuk baik ke, tunjuk alim ke, segala apa yang mereka kata yang buruk tu semua lempar dalam TONG SAMPAH! fuh.cam mara beno Yaya ni..hee xdela..just untuk bagi semangat kat DIRI SENDIRI je.. =D
Yang mana kita ni??ehem



Buat yang tengah dalam 'cuti' tu, harap tidak cuti dari membuat amal ibadah juga ye..jangan biarkan masa yang berlalu ni terbiar begitu sahaja atau berlalu dengan SIA-SIA..rugi sangat tau.. >,< (ingatan untuk diri..ehe)


MARI! Sama-sama kita SPEED amal ibadah kita, terutama di 10 MALAM TERAKHIR NI... =) Semoga kita semua mendapat RAHMAT dariNYA dan menjadikan Ramadhan yang datang ni, lebih bermakna..WaAllahua'lam..
SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR
LAILAHAILLALLAH

Sekian,Wassalam..

Popular Posts