Assalammualaikum w.b.t.
Sebelum ni pernah juga Yaya dengar..wanita mengandung ni,banyak pahalanya. Segala amal kebaikan yang dilakukan pahalanya dilipat gandakan, doa sentiasa makbul (yang baik je la..), malah malaikat, tumbuhan dan haiwan juga memohon keampunan dosa pada Allah SWT bagi wanita yang mengandung tu. Tapi sejauh mana kebenaran perkara tu..?
Firman Allah SWT yang bermaksud (Surah ke-31, Ayat ke-14) :
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertimpa-timpa dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah tempat kembali”
Rasulullah saw bersabda,
“Wanita yang meninggal kerana mengandung adalah syahid (orang yang mati syahid).
(H.R Malik, Ahmad, Abu Daud dll. Disahihkan oleh Albani. )
Jika wanita bersabar
ketika dia mengandung maka akan di berikan pahala yang besar oleh Allah SWT
kerana pahala bersabar dan redha dengan kesusahan.
Di bawah ini adalah
hadis palsu mengenai kelebihan wanita mengandung dan bersalin yang tidak boleh
digunakan atau disebarkan:
- Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari dan pahala beribadat pada malam hari di jalan Allah.
- Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, akan dikurniakan penyejuk mata yang tidak diketahui oleh penduduk bumi dan langit.
- Wanita yang menyusukan anaknya akan mendapat satu pahala dari setiap titikan susu dan satu pahala dari setiap sedutan susu.
- Wanita yang berjaga malam kerana menjaga anaknya akan mendapat pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.
Hadis ini palsu kerana
perawinya ‘Amru al-khawlani banyak meriwayatkan hadis palsu, seperti yang
dijelaskan oleh Ibn Hibban, Ibn Jauzi dan Zahabi.
Rujukan: Silsilah
Dhaifah wal Maudhu’ah oleh Albani: 5/76
Wallahua'lam..
(Sumber dari : www.islamituindah.my)
Moga mendapat sedikit pencerahan dan bermanfaat ye..
Sekian,Wassalam =)
4 Comments
moga kita diberi kesempatan utk dapat pahala2 ni... :)
ReplyDeleteInsyaAllah cik Thirah..
Deleteaminn ^_^
Sdg menunggu waktu itu,doa2kn ye....;-)
ReplyDeleteAminnn..cikna ^,^
Delete