RAMADHAN YA NUR RAMADHAN..1#

Assalammualaikum w.b.t.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
Kol 3am wa antom be khair...
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
 (Surah Al-Baqarah: 183)

Doa Ramadhan 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..

Alhamdulillah...hari ni hari Ahad bersamaan dengan 2  Ramadhan 1433h..masuk hari ke-2 kita berpuasa..rasanya masih xterlamat lagi Yaya nak ucap Selamat Mnyambut Ramadhan pada semua kengkawan blogger Yaya yang cantik, hensem ni kan. =)

Tengok kat FB status semua update pasal puasa..ada yang wish, ada yg nasihat, yang menyindir orang lain pun ada jugak..huhu..macam2 la korang ni..tapi pada yang wish, yang saling ingat, menasihati satu sama lain, Alhamdulillah...itu barulah makna saudara sesama Islam..kita patut saling ingat-mengingatkan satu sama lain, nasihat, tegur kalau ada perkara yang xelok atau kurang manis yg jika ada dibuat masa bulan mulia ni..

Perlula nak diingatkan puasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga je ye..semua anggota tubuh kita jugak kene berpuasa, MATA, kenelah bpuasa dengan tidak melihat perkara2 yang tidak elok..apa perkara yang xelok tu?haaa..paham2 la yee..TELINGA, haruslah mendengar perkara2 yang bermanfaat je..jangan d0k sibuk dengar orang mengumpat, bergossip tau! Kalau boleh yg selalu dengar lagu yang ntah ape2 tu, tukarlah dengar lagu2 zikir, nasyid ke..kan sekarang bnyak..bleh download, dengar kt utube lagi! Contoh lagu Mahez Zain tu ke...ececehhh nak jugak Maher Zain..ahaks! ;p

MULUT, pulak jangan banyak cakap perkara yg xmendatangkan manfaat kat orang lain, jgn mengumpat hal orang, jangan d0k nak sindir2 orang..perasaan baik la tu..ingat! Kita kene 'HUSNUZON' iaitu BERSANGKA BAIK..
“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.
-Saidina Ummar Al-Khattab r.a.-

dan jgnlah kita 'SUUZON', atau BERSANGKA BURUK..xkesahla apa pun yang orang tu lakukan, kita hendaklah tanamkan dalam diri kita, bahawa orang itu sebenarnya lebih baik dari diri kita dan masih bnyk yg kita perlu perbaiki diri kita dari sibuk tentang hal orang lain..=)

Firman Allah yang bermaksud :“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya.”
(Al-Isra : 36)



Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda

“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan

memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”

(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi

dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)
Bersambung....

Sekian, Wassalam...

Post a Comment

12 Comments

  1. entri yang penuh dengan nasihat.. good job Yaya :)
    selamat menjalani ibadah puasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt mjalani ibadah puasa jugk ashraf..=)

      Delete
  2. salam ramadhan yer and selamat b`puasa yaya..
    http://aminstress.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. bagusla entri ni. memberi peringatan pada semua. tq yaya. ;)

    ReplyDelete
  4. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak , kak yaya!
    :D

    ReplyDelete
  5. hahah,,nak jugak maher zain..kalo ceramah tu dengar la ustaz azhar idrus..selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  6. salam ramadhan & selamat berpuasa ^^

    ReplyDelete