SELANGKAH CARA MENCINTAI RASUL ALLAH

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni suda 11 Rabiulawal...sok..?mesti semua tahu..hari apa yg penting esok kan..(tapi ada jugak yg msih xtahu, xsedar..krna leka dengan hal duniawi... =< ) Esok..12Rabiulawal 1433hjrh adlah hari keputraan baginda Rasulullah S.A.W. yg kita cintai...


SEGALA pujian ditujukan kepada Allah SWT , Tuhan semesta alam yg telah bnyk mberi nikmat, yg mhidupkan dan akn mematikan sgla yg bnyawa. Selawat dan salam, dtujukn kpd Nabi Muhammad S.A.W. seorang yg ummi ttpi sgt tinggi drjatnya dsisi Allah SWT. 

Baginda merupakan seorang kekasih Allah yang tetinggi di antara makhluk di bumi dan di langit. Ia lebih mulia daripada nabi, lebih mulia dari seluruh jin dan syaitan, lebih mulia dari seluruh makhluk Allah yang nyata atau ghaib. Baginda menjadi penghulu kepada seluruh para nabi dan rasul.

Ada keterangan mengatakan jumlah seluruh nabi ialah 124,000 orang, di antara 124,000 orang itu, 313 darinya berpangkat rasul, dalam 313 orang rasul itu yang wajib dipelajari dan diketahui 25 orang. Dan dalam 25 orang rasul itu 5 orang darinya berpangkat Ulul Azmi, dalam lima orang rasul Ulul Azmi itu ada seorang yang teristimewa di antara seluruhnya, iaitu Nabi Muhammad S.A.W. yang tercinta <3.

Jadi Nabi Muhammad ini adalah rasul teragung, bahkan kerananya Allah SWT akan mengasihani dan membenci seseorang itu.
Firman Allah SWT yang bererti:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika engkau (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku (Nabi Muhammad), nescaya Allah mengasihanimu dan mengampuni dosa-dosamu dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang..."
(Ali-Imran: 31)
Demikianlah janji Allah, siapa yang benar-benar cinta kepada Allah mestilah ia terlebih dahulu mengikuti, menuruti dan mentaati Rasulullah S.A.W.maka Allah juga akan mencintai dan mengampunkan orang tersebut, tetapi barang sesiapa yang membenci, memusuhi dan mengingkari Nabi Muhammad SAW, maka Allah juga akan memusuhi, membenci dan tidak meredhai orang tersebut. Begitulah tinggina darjat Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, sangat bertuahlah kita dapat menjadi umat kepada seorang rasul yang terlalu mulia dan agung di antara seluruh makhluk Allah di bumi ini. Apa salah satu cara untuk menunjukkan yang kita ni cinta kepada Rasulullah..? Sila lihat dibawah.....: ^_^
:
:
:
:
:
:
:
:
Bersabda Rasulullah S.A.W.:
"Sesiapa membaca selawat untukku sekali, maka Allah Ta'ala memberikan kepadanya sepuluh selawat. Barang siapa membaca selawat untukku sepuluh kali, maka Allah Ta'ala memberinya seratus selawat dan barangsiapa membaca selawat untukku seratus kali, maka Allah mencatat pada dua matanya dua kebebasan: Bebas dari sifat munafik dan bebs dari neraka, bahkan di hari Qiamat Allah Ta'ala memasukkannya ke dalam syurga bersama-sama dengan mreka yng mati syahid.."

*Bagaimana untuk selawat ke atas Rasul kita yng mulia ini, salah satu cara yang Yaya lakukan adalah selawat 10x sebelum mula solat dan 10x selepas solat..tiap 5wktu ye...=) tapi jika kita berselawat tiap atas pekerjaan yg kita lakukan seperti nk keluar/masuk rumah, memakai pakaian, makan, memandu kenderaan, sewaktu mula kerja, semasa berslaman, dan lain2, pastinya kita dapat berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W lebih dari 100x...dalam kita xsedar.. ^_^ 

Mudah-mudahan kita termasuk ke dalam golongan yang mencintai, merindui serta mengikuti baginda rasul yang mulia, Amin ya Robbal Aa Lamin!



Sekian, renung2kan & selamat beramal! Wassalam.. =>

Post a Comment

6 Comments