Monday, 19 December 2011

AMARAN...7 JANUARI & 4 NOVEMBER 2012..!!

Assalammualaikum w.b.t.

Hai..dalam kalendar Islam..sudah masuk pon tahun baru 1433 hijrah..tp bg ikt kalendar biasa..kini sudah hampir pnghujung tahun 2011..ramai yang Yaya tengok cam xsabar nak masuk ke tahun baru 2012..tp..btol ke kamu smua xsbar nak melangkah ke tahun baru 2012...?adakah ianya akan jadi perkara yang mgmbirakan atau mgkin membawa petanda dunia ni hampir berakhir dan hnya menanti masa......

Yaya minat baca buku Mastika..mesti ramai jugak yang tahu kan..tapi sudah xramai anak muda yang membelinye..bg Yaya..memg Yaya xbeli pon..hihi...tapi family Yaya yg beli..famly kami memng da minat baca Mastika ni dari dlu2 lagi..walaupon sekarang bnyk info yg kurng menarik prhatian tp ade sstgh nye jgk yang msih boleh menraik mint utk membaca..dan yang keluaran terbaru ni menarik mint Yaya untuk kongsi bersama dgn saudara2 yang lain untuk kita same2 muhsabh diri sebab Yaya taw memang masih ramai yang xtahu tentang perkara ni coz terlalu leka dengan nikmat dunia yang smentara ni ...dan ape yg Yaya nk kongsi ni tentang apa yang akan berlaku pada 2012...! Baca dengan teliti...(penat Yaya scan ni.... ^o^ )





Adkah perkra seperti dlm filem 2012 akan menjadi kenyataan? Ianya bukan sesuatu yang mustahil bg Allah s.w.t untuk menjadikan ia sesuatu yg realiti..sesunghnya seperti yang kita tgok d gmbr pertama atas ni..'Sesungguhnya pengetahuan ttg hari kiamat itu di sisi Allah, namun masih ramai manusia tidak mengetahuinya....' Wallahualam...kita sebagai hambaNya ape yg kita boleh buat adalah segera bertaubat dan mngisafi dosa2 yg telh kita lakukan smada sedar atau tidak, sengaja atau tidak, kecil atau besar, mintala keampunan padaNya..ssungguhnya dia Maha Penerima taubat jga Maha Pengampun lg Maha Penyayang terutama pada makhluk ciptaan Nya iaitu MANUSIA...

Dan sentiasa berdoa smoga negra kita terselamat dari bencana dan malapetaka besar..dan smoga Allah memanjangkan usia bumi ini lagi...kerna masih ramai lagi umat Islam yang masih leka dan masih tidak sedar lagi akan kedatagan hari Kiamat yang hmpir tiba ini.. 

~ Ya Allah, ampunkan segala dosa kami..berilah petunjuk pada kami dan saudara2 kami ke jalan yg benar Ya Allah...tetap dan kuatkan lah iman kami terhadapMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..lindulingilah dri kami semua dari fitnah Dajjal, dari bala bencana dan malapetaka bila tiba hari kiamat Mu kelak,Ya Allah..! Ya Allah..selamatkan lah umat Nabi Muhammad..selamatkanlah Ya Allah..! Selamatkanlah..kami semua Ya Allah..sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ya Allah..! Amin..amin Ya rabbal alaminn...!

Sekian,Wassalam....


Sunday, 18 December 2011

WAHAI KAUM ADAM & HAWA..DENGARLAH...!

Assalammualaikum w.b.t.

Pesan Rasulullah SAW Buat Kaun Adam
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah".

1) Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2) Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit tentang sesuatu terhadap suami. Wanita ini sering mengatakan 'aku buat tu keranamu'.

3) Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4) Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5) Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6) Wanita Syadaqah: banyak cakap, tidak menentu lagi bising.



Pesan Rasulullah SAW Buat Kaum Hawa

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya

Sekadar perkongsian...
Sekian,Wassalam... =)

TAG! =>

Assalammualaikum w.b.t.

Dah lame x dtag oleh blogr len..n latest ni bru d tag oleh sowng Blogger Gurl nih...tgh senang ni soo...juz do it je la.. ^,^

THE RULES
  1. You must post these rules.
  2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  3. Answer the questions the tagger set for you in their post.
  4. Create 11 new questions for the people you tagged to answer.
  5. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  6. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
  7. No tag back!
  8. No stuff in the tagging section about 'YOU ARE TAGGED IF YOU'LL ARE READING THIS YOU LEGITIMATELY (a.k.a TRUST, REALLY, WILL BE HONESTLY) HAVE TAG 11 PEOPLE'

11 Perkara tentang diri Yaya


1.Ade laman sosial FB, TGD, IM, BLOG also U-TUBE  ^o^
2.Da hbis study dip..n bru keje tahun ni.. -_-...
3.Bukan jenis yang banyak cakap..mlut ni boleh kate ade emas yg akn keluar kalo bckap..haha ;p
4.Dulu seorang yang agak berisi tp brat mula sust bile da start diet..pcye x berat bdn Yaya pernh mcech 70kg..??!! errrrr...... >,< tp sekrng da 50lbh.. ;p (msih tgh nk trunkan lg....)
5.Suke kart0n Shin Chan (btol ke eja ..?), Sailormoon, Dragon Ballz n paling suke Detective Conan! ^o^
6.Amat fanatic dgn color purple n pink..but paling suke hitam..hoho
7.Suka bca majalh yg info didlmnye menarik dan tidak berulang2 tp paling suke bca bku lebh kpda ilmiah.. ^_^
8.Suke tgok gurl yg chomel, lawa...ayu+sopan.. ^o^
9.Suke karoke walau taw suare xsesdap Dato' Siti..huuu (~,~)


10. Punye mata yang besar..haha
11.Panas bran, kuat merajuk, kuat cmburu..ye..itu smua sy..sy mgaku..tp sy mgaku jgk bleh jd calon wife yg tbaik..haha..(msuk bkul angt sdri nih!)

11 Soalan Random pulak dari Cik Blogger :

1.Filem bergenre apakah yang anda sukai?
= Horror-walaupon penak0t giler.., comedy-suke tgok bile tgh m00dy utk kmblikan mood blik..hihi , action-minat lbh2 kalo citer kungfu... ^o^
2.Anda suka lagu yang jiwang atau lagu yang membakar semangat atau lagi yang berkonsepkan ketuhanan?
= Suke lagu jiwang n bkonsep ktuhanan...
3.Jika diberi peluang untuk mengikuti kem yang diadakan di hutan,adakah anda akan mengikutinya?
= Kalo ade kawan + free + xmnyusahkan dri ikotla kot..tp sblum ni pon penh pergi sbb tpksa..hoho ;p
4.Kalau anda diberi peluang untuk berjumpa dengan PM Malaysia(Prime Minister), apa yang akan anda lakukan?
= Lakukan tu xtawla nk lakukan ape..senyum je kot..tp kalo suh cakap, sy akan cakap, tolgla hentikan pengeluaran kereta lagi (sebb yag da sedia ada yg blum tjual pon bgitu bnyk..sesak jln da) n hentikan pembangunan yg melibatkan penebgan hutan2/pokok di ngra ni..sbb udara lpisan ozon da smkin tipis akibt pmbagunan..dan bnyk akibt burok yg lain... =)
5.Kalau ada orang memperlekehkan kemampuan anda,Apakah yang akan anda lakukan untuk menguatkan semangat anda balik?
= Sabar n think POSITIF always..
6.Siapakah Contoh/Role Model dalam hidup anda?
= Kalo yg msih hidup, ermmm..xde kot...tp kalo yg da xde tentula Pemimpin umat Islam, Rasullullah s.a.w...sunahnye harus kita ikuti agr mdpt syafaat darinye di akhirt kelak..insyalh.. ^_^
7.Apakah salah satu watak dari  filem/drama/anime/manga/komik yang anda minati.
= Tentula Detective Conan...^o^
8.Sebagai seorang anak,apa yang akan anda hadiahkan kepada ibu anda pada Hari Ibu.
= Hari Ibu?xsmbutla plak..tp Yaya harap nanti gaji boleh naik supaya Yaya dpt bg uet skit tiap buln utk mak Yaya...heeee =D hrp dpt mringankan beban keluarge.. >o< (suke nyushkan org..)
9.Kalau ada orang sedang mengejek anda ,apakah yang akan anda lakukan?
= Diam sahaja...dan tunjukkan muke yg plaing manis..klo boleh ckp mse tu, juz say  - THANKS..!
10.Apa benda yang anda tidak boleh tinggalkan di rumah kalau anda keluar?
= Dompetlaaa...haha
11. Drama/Anime apa yang paling awak suka?
= Dan utk keberape kalinye sy ulang Detective Conan...hoho..sekian..=)

11 Soalan suka suki dari saya untuk kamu plak...:

1.Secara jujur, berapa usia anda tahun 2012 @ tahun 1433 masihi ni...?
2.Azam tahun yg lepas da success ke blum..??hehe
3.Dalam banyak laman sosial ni, mana yang paling suke?Kenapa?
4.Pencapaian paling membanggakan tahun ni?
5.Perkara paling tak boleh dilupakan dalam tahun 2011.
6.Produk wajah ape yang sedang dgunakan sekarang, dan produk ape yang kamu impikan untuk memakainya?
7.Suka barang berjenama? Kenapa? dan apa brgan bjenama yg kamu telah miliki?
8.Permainan waktu kecil yang paling digemari.
9.Tempat yang paling diimpikan untuk pergi...


10. Buku paling tebal pernah baca..(setiap muke surat ok..)
11.Apa impian kamu dalam hidup yang singkat dan dalam dunia yang semetara ini.... ^_^

11 Blogger yang Yaya tag:
p/s: Bole waty bile u ollzz ade mase...kalo xphm ble rujuk Cik Blogger yang tag Yaya tu..hihi... ;p
Sekian,Wassalam.. =)

Friday, 16 December 2011

RAHSIA MEMOTONG KUKU =)

Assalammualaikum w.b.t.

Ramai antara kita yang masih tak tahu hari2 yang disunatkan potong kuku atau rambut2 di badan...tahu tak segala apa yang kita buat itu mendatangkan kesan pada hari yang akan datang pada kita..?ye..betul..xtipu... ^_^ kalau orang yang banyak bfifkir tentang kejadian alam ciptaan Allah ni pasti boleh mengesan kesannya..nak tahu x, hari Jumaat ni adalah antara hari yang paling baik..bukan je hari paling baik untuk mendirikan masjid..tp paling baik jugak untuk melakukan segala perkara..kat bawah ni Yaya bagitau ye hari ape yg paling baik dan xbaik untuk potong kuku dan rmbut d bdn kita ni... ^,^

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

* Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit 
* Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Selamat beramal.... =)

Sekian,Wassalam... ^_^

Thursday, 15 December 2011

AYAT-AYAT ♥♡♥♡♥ #11

Assalammualaikum w.b.t.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama.. 
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati..
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat..
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana aku serikandi dengan silam yang kelam Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia..
Dan 
Yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan Ilahi..



Sekian, Wassalam... =)


Thursday, 8 December 2011

AYAT-AYAT ♥♡♥♡♥ #10

Assalammualaikum w.b.t.

~BINGKISAN DOA~

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.




YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.

NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

 YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.

YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.
  
YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.

YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.
aminn…
Sekian,Wassalam..... =)


Thursday, 1 December 2011

AYAT-AYAT ♥♡♥♡♥ #9

Assalammualaikum w.b.t.



MENCINTAI…


BUKANlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN.
BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu MENGERTI.
BUKANlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu RASAKAN.
BUKANlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu BERTAHAN..


p/s: sygnye cintaku xdpt dpthnkan lg..Ye..silapku krna xtaw nk mgambil htimu..silapku krna terlalu tidak mprcyaimu..silapku krn terlalu mgikut kata dan keras hatiku..dan mgkin silapku jg krna mbiarkan dri ini terlalu mnyayangimu...dan akhrnya mlukai dri sendiri.. -_- untuk drinya-maafkan sgla kslhan ku..smoga drimu berbahagia d smpingnya..

Sekian, Wassalam....


Popular Posts