بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
03 Ramadhan 1443 Hijrah | 05 April 2022
12 Pesanan - Ustaz Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al- Hamid
Mari hadirkan azam & niat Ramadhan Yang ikhlas.
Azam Di Bulan Ramadhan dari Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid hafidzohullahtaala
1- Niatkan agar Ramadhan kali ini lebih baik & lebih mantap berbanding tahun-tahun yang lalu dengan amalkan segala sunnah Rasulullah ﷺ semampu kita.
2- Niat untuk bertadarus, bertadabbur & khatam Al-Quran (minimum sekali).
3- Niat untuk bertahajud, qiamullail setiap pagi (sebelum sahur).
4- Niat untuk tunaikan solat sunnat Tarawih 20 rakaat serta solat sunnat Witir 3 rakaat (di masjid/surau/rumah).
5- Niat untuk bangun sahur setiap pagi walaupun sekadar meneguk air (ianya sunnah, ada keberkatan dalam bersahur itu).
6- Niat untuk perbanyakkan amal ibadah seperti solat sunnat, sedekah, memberi makan orang yang berbuka puasa dsb.
7- Niat untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar.
8- Niat untuk perbanyak sedekah dan infaq.
9- Niat untuk menjaga lisan, mata, telinga, mulut dan hati.
10- Niat memberi makan kepada orang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
11- Niat jadi hambaNYA, umat Rasulullah SAW, suami/isteri, anak, abang/kakak, saudara, ayah/ibu, jiran, rakan sejawat, manusia dsb yang terbaik & bermanfaat sebaik sahaja selesai ibadah Ramadhan ini.
12- Niat untuk syukuri segala nikmat yang dikurniakan Allah سبحانه وتعالى
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya...Aamiin
Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat bagi yang membaca. InsyaAllah =)
Setiap hari yang datang
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam
rahmat, taufik dan hidayah Nya
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
6 Comments
terima kasih berkongsi. tak mampu buat semua. ada 1 - 2 tu pun cuba istiqamah sampai habis
ReplyDeleteAlhamdulillah. yg penting ada buat daripada xbuat lgsung. =)
Deletememang kena buat, yaya. kalau tak sia2 je jadi manusia, kan?
DeleteMashaAllah peringatan yang bermanfaat, sekarang sedang cuba solat sunat, membaca Quran tu Alhamdulillah, rasa bersalah kalau tak baca..
ReplyDeleteAlhamdulillah. =) xpe buat sikit2 yg penting beterusan
Deleteharap dpt bertemu bulan ramadhan lg
ReplyDelete