Assalammualaikum wbt.
#sajakongsi
BILA UMUR MASUK 40 TAHUN
1. Lipat tilam dan bantal yang selesa...hidupkan malam dengan amal.
2. Ingat kembali usia yang telah dilalui , hitung masa yang banyak terbuang
- Jangan banyak rehat dan hiburan yang melekakan.
- Kurangkan pakaian mahal dan makanan sedap
- Jangan banyak bersenang kerana kematian semakin hampir.
3. Imam shafie...umur 40 tahun berjalan pakai tongkat supaya ingat diri sedang berjalan ke akhirat.
4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun...syaitan dah nobat sebagai rakannya untuk ke neraka.
5. Kurangkan fikir hal dunia...kumpul amalan untuk mati.
6. Pada usia ini...tukarkan niat kerja kerana ALLAH. Fokus urusan dunia untuk mendapat redha ALLAH.
7. Apa harta yang ada pada umur ini...cukuplah kerana itu saja rezeki yang ALLAH bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal...kurangkan pesona kepada dunia...jika tidak terus tertinggal akhirat.
8. Jangan tamak dengan dunia. Ingat dunia bukan lagi milik kita.
9. Kata ulamak, aku dengar setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang berseru- "wahai anak yang berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematian, wahai anak umur 50 tahun, hitunglah apa yg kamu belum lakukan untuk mati...wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada.."
10. Doa semasa umur 40 tahun ke atas..wahai Tuhanku tolonglah lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yg telah kau beri..kepada kedua- dua ibu bapaku dan redai mereka.
11. Banyakkan taubat- 70 kali sehari
12. Tingkatkan keyakinan kepada agama -hanya Islam yang jadi pegangan sehingga mati.
13. Jaga hati, bersihkan hati, redha dengan ketentuan dan berbaik sangka dengan ALLAH.
14. Tingkatkan iman dan ibadah- tingkatkan amalan sunat...solat lebih khusyuk, Solat Awal waktu, sentiasa Solat berjemaah dan laksanakan semua ibadah lebih berkualiti.
15. Amalkan sifat-sifat Mahmudah, jauhi Dan hindari sifat-sifat Mazmumah. 🧡
Semoga bermanfaat.. In shaa Allah =)
7 Comments
sentiasa beringat...dan mengumpul amalan untuk bekal ke Sana.
ReplyDeletesama2 kita beringat =)
DeleteTK di atas ingatan tersebut
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeletesemoga bertambah amalan kita semua untuk masa akhirat kelak
ReplyDeleteAlhamdulilkah, terima kasih. Gud sharing
ReplyDeletesame cik tie =)
Delete