Sebelum Yaya terang lagi jauh pasal kira mengira ni, nak bagitau sikit pasal kalori yang kebanyakan dari kita xperasan tentang kepentingannya pada tubuh badan kita. Kalori ialah suatu
unit tenaga. Nilai kalori dalam sesebuah makanan wujud kerana kehadiran 3 unsur macronutrient, iaitu Karbohidrat (Carbohydrate),
Protein dan Lemak (Fat). 1g Karbohidrat bersamaan dengan 4kcal, 1g Protein bersamaan dengan 4kcal,
manakala 1g Lemak bersamaan dengan 9kcal.
Sebagai contoh, sekiranya makanan A mengandungi 10g karbohidrat, 10g protein dan 10g lemak, maka jumlah kalori dalam makanan A ialah:
(10g x 4) + (10g x 4) + (10g x 9) = 170kcal (90kcal dari lemak)
Berapa kalori yang diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa setiap hari secara purata?
LELAKI = 2000 - 2500 kalori
WANITA = 1500 - 2000 kalori
Apa jadi kalau makan lebih dari kalori yang diperlukan setiap hari?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan. Wuuu..sekarang baru korang tau camana berat korang leh naik kan..makan banyak makanan berlemak, dah tu, lemak tu xdibakar, tu yang naik KG tu...ngeee >,<
Macamana nak hilangkan balik atau bakar kalori yang dah masuk dalam badan kita tu? Sebenarnya setiap pekerjaan yang kita lakukan sehari-hari
memerlukan tenaga, dan tenaga ini disukat juga menggunakan unit kalori. Sebagai
contoh, seseorang akan menggunakan (membakar) 70kcal apabila berjalan selama 30
minit, dan 110kcal apabila mengemas rumah selama 30 minit. Ketika tidur juga
kita membakar kalori untuk memastikan kita terus bernafas dan jantung kita
terus-menerus mengepam darah keseluruh badan. Pendek cerita, apa sahaja yang
berlaku dalam badan kita, dan apa sahaja yang kita lakukan, semuanya
menggunakan kalori.
Setiap individu mempunyai had kalori harian (Daily Calorie Requirement/DCR) yang berbeza, unik, bergantung pada faktor umur, jantina, berat, dan ketinggian seseorang. Persoalannya sekarang, bagaimana nak tahu DCR masing-masing? Untuk mengetahui nilai DCR, kita terlebih dahulu perlu menentukan nilai BMR (Basal Metabolic Rate), iaitu jumlah kalori asas yang kita perlukan agar kemandirian tubuh kita berterusan (bernafas, degup jantung, proses biokimia badan), menggunakan formula Harris-Benedict seperti berikut:
Lelaki:
BMR = 66 + (13.7 x KG) + (5 x CM)
– (6.8 x UMUR)
Wanita:
BMR = 655 + (9.6 x KG) + (1.8 x CM)
– (4.7 x UMUR)
Kemudian, apabila nilai BMR
sudah diperolehi, nilai tersebut hendaklah didarab dengan ‘faktor aktiviti’
seperti berikut:
Sedentary (little or no
exercise) = BMR x 1.2
Lightly
active (sports 1-3 days/week) = BMR x 1.375
Moderately active (sports 3-5
days/week) = BMR x 1.55
Very
active (sports 6-7 days/week) = BMR x 1.725
Extra
active (sports twice a day) = BMR x 1.9
JOM MENGIRA! ^,^ Contoh mengira korang boleh ikut mcam kat bawah ni:
Cik Siti Wan Kembang berumur 28 tahun, berketinggian 160 cm, dan mempunyai berat 58 kg. Beliau bersukan 4 kali seminggu, maka:
BMR Cik Siti = 655 + 556.8 + 288 – 131.6 = 1368.2 kcal/hari
DCR Cik Siti = 1368.2 x 1.55 = 2120.71kcal/hari
Sekarang korang semua dah tahu apa
itu kalori, dan berapa kalori yang kalian perlu makan dalam sehari. Timbul pula
satu persoalan, apa kaitannya kalori dengan TURUN dan NAIK berat badan? Macamana nak turunkan berat atau nak naikkan berat? Ini Yaya akan sambung on the next entri mengenai KALORI ni lagi ye....siapa nak turunkan berat angkat tangan????!! hehe..so,kene tungguuu.. ;p ok.!
Sekian,Wassalam =)
36 Comments
alamak....selalunya bedal jer makan apa pun
ReplyDeletesamala yaya sblm ni pun ngeee
Deleteyg penting jaga kesihatan
ReplyDelete=)
Deletebila dah jumpa makanan tak sempat nak kira :p
ReplyDeletesbb tu kena pndai2.. =)
Deletepergh.. pening juga nak mengira tu..haha
ReplyDeletexde pening sgt pon.. ^_^
DeleteKG didiey dah bertambah2 dah ni..adoi!
ReplyDeletehehe..
Deletepemakanan yg sihat..bila ler nak mula ni.. :p
ReplyDeletetu la.bile tuuu =D
Deletebtul la yaya.. akak pn kdg2 mkn main hentam je..
ReplyDeletebla bdn dh naik bru tau nk gelabah,... hihihi
hehe..bru tau kan ;p
DeleteSalam yaya :)
ReplyDeleteTiap bulan kan yaya, mak lana salu beli majalah Rapi tu..selalu juga la topik berkaitan kalori ni dikuarkan.. tpi..amik port skit2 je,kih3
Skrg ni mmg dlm usaha turunkn berat bdn, skrg ni mcm terlebih skit,huhu.
wslm w.b.t.
Deletewah mak lana beli rapi?mak yaya selalu beli MIDI je..ngeee
MIDI pun beli juga :) hehehe. Tiap bulan, beli 3skali yaya, HARMONI (keluaran Utusan), pastu Rapi n Midi.
DeleteHARMONI mmg sesuai sgt untuk kita2 ni yaya,kih3 *kita2,kemain ayat aku,hik3
hehe...yke..
Deletemak yaya selalu beli midi..yaya beli rapi..tp tgok topik jgk la..lau menarik bru beli..heee
puteri tak kira pun..selagi makanan tu boleh dimakan dan menyihatkan..puteri makan je :)
ReplyDeletekene kira jgk tu cik puteri..
Deletewalaupun sht tp ttp punya kalori =)
salam..
ReplyDeleteala, kekadang anna lapar, anna bedal je sampai kenyang..
hahhahaha..
x leh nak stop dah :)
wslm...
Deletekene jaga tu cik anna ^,^
acik x pernah maen kira bnda neh..
ReplyDeletemaen belasah aje mkn..
lepas ni blaja mngira ye =D
Deletetak pernah nak kira2 kalori. main bedal jer makan. janji perut kenyang
ReplyDeletesbb tu dikata perut tu punca penyakit...
Deletemcm2 msuk..huhu
salam selasa yaya :)
ReplyDelete=)
Deleterasa mcm tgh baca lecture notes je.. hahaha!
ReplyDeletenext entry yang xsabar ni. hehe
ReplyDeletehehe..
DeleteSy makan byk tp xleh nak naik jugak berat. Then kerja mmg byk jalan sana jalan sini smpai kaki nik letih... Kalori asal makan je dia bakor kot. Hehehe
ReplyDeleteagknye la tu..=)
Deletekena tgu ni...sy pun dlm process nk turunkan berat..kena kaji la sikit bab² kalori ni...
ReplyDeletehehe tunggu ye
Deleteklau cmtu sy amat x cukup kalori laa, erkk...
ReplyDelete