Assalammualaikum w.b.t.
Salam Jumaat.
Lepas Maghrib hari ni kita sudah masuk ke
bulan baru bagi yang beragama Islam lah kan ..bulan
apa? Aishh..biaq betoi xtau niii..Yaya pon dah lama tunggu kedatangan bulan
ni..iaitu BULAN REJAB..
Alhamdulillah! Eh, Yaya tunggu sebab apa ye? Hehe sebab
bila sudah masuk bulan Rejab ni bermakna bulan Ramadhan semakin tiba, dekat
sangat dah. Rindu rasanya nak sambut bulan Ramadhan. Time sebelum subuh, semua
orang bangun untuk sahur, kemudian bila time berbuka, ada bazaar dan lagi besh
bila nak solat terawih..umm ^_^ suke sangat..semoga kita semua sempat untuk
menyambut ketibaan bulan Ramadhan tu ye. =)
Yaya sebenarnya nak share serba sedikit
tentang Bulan Rejab yang akan masuk lepas Maghrib ni nanti..Bulan Rejab ni
adalah bulan ketujuh (7) dalam calendar Islam. Rejab bermaksud mengagungkan dan
membesarkan. Bulan ini salah satu bulan yang dihormati dan pintu Ka’bah dibuka.
Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak
unta pertama dari induknya.
Rejab juga merupakan
satu lagi bulan suci yang diharamkan perlawanan atau peperangan dilarang
berperang. Ia dikenali juga sebagai ‘Rajab Al-A’sham’ (Rajab yang sunyi) dan ‘Rajab al Fard’. Fard bermaksud keseorangan
atau bersendirian kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan
berbanding Rejab terasing di tengah-tengah.
Kelebihan Bulan Rejab
Perselisihan Pendapat Mengenai
Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Bulan Rejab
Sebelum ni Yaya pon banyak dengar tentang kelebihan2 dalam bulan Rejab ni tapi bila disiasat (ewahh..mcm spy..;p) betul-betul, rupanya kebanyakan hadis tentang kelebihan bulan Rejab ni adalah hadis dhai’f dan ada juga hadis yang palsu.
Ulama berselisih pendapat sama ada
hadis-hadis ini boleh diterima untuk diamalkan atau ditolak berdasarkan
penilaian hadis-hadis yang diklasifikasikan sebagai dha’if, sangat dha’if dan
maudhu’ (palsu). Sebahagian ulama dan para pendakwah masa kini mengambil sikap
berhati-hati dan sebahagiannya menolak hadis-hadis ini dan melarangnya
disampaikan kepada masyarakat. Di antara contoh hadis-hadis mengenai bulan Rejab
yang adalah seperti:-
Ø Sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud; “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku (Nabi Muhammad SAW),
Ramadan bulan umatku”.
(Hadis ini
dikatakan mun’kar bahkan dianggap maudhu’ dan tiada padanya nilai ilmiah yang
boleh dipertanggungjawabkan)
Ø “Dalam syurga ada
sebuah sungai bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis
daripada madu. sesiapa berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya diberi minum air
sungai itu”.
(Hadis ini juga
dhai’f)
Ø “Sesiapa berpuasa
sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan. Sesiapa berpuasa 7
hari nescaya ditutup daripadanya 7 pintu neraka Jahannam. Sesiapa berpuasa 8
hari, nescaya dibuka 8 pintu syurga”.
(Hadis ini
dha’if)
Dan ada banyak lagi hadis2 tentang
kelebihan dalam bulan Rejab ni.Wallahualam la tentang kesemua
kelebihan-kelebihan yang selalu diperkatakan tu, sama ada betul atau tidak Yaya
xberani nak kongsi kat sini..korang boleh search sendiri dan pastikan hadis tu
SAHIH tau.
Amalan dalam Bulan Rejab
Umat
Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu
latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT
banyak memberikan Rahmat-Nya. Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi
mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh
seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda:
“Kembalilah kepada tuhan kamu dengan
keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan
mulia, iaitu Rejab.”
Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
- Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
- Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
- Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
- Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
- Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
MALAM 27 REJAB
Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga
sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar,
bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa.
Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya
dan amal ibadat yang lain. Sekiranya tidak dapat diamalkan setiap hari dan
malamnya pada bulan Rejab, maka amalkanlah pada hari Isnin, Khamis dan
Jumaat. Jika tidak dapat lakukan kesemuanya, janganlah tinggalkan semuanya.
Faham x ayat terakhir ni? =)
Bagi Yaya, xkira apapun, lakukanlah
segala amal ibadah tu dengan hati yang ikhlas, sentiasa berdoa agar hati dan
diri ni mudah mengingati dan menyebut (berzikir) nama Allah setiap masa dan
ketika walau saat kita duduk, berdiri mahupun berbaring atau dalam setiap apa
jua perkara yang kita lakukan. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima Allah
SWT dan tidak menjadi sia-sia.
Mari, kita sama-sama tambah amalan dan
melatih diri dalam 2 bulan sebelum masuknya bulan Ramadhan tahun ini. Semoga
Allah memanjangkan umur kita dan kita sempat untuk menjalani ibadah puasa
Ramadhan. Xsabar rasanya ni.
Pada yang belum ganti puasa yang lepas
tu, cepat2 lah ganti ye..jangan sampai masa nanti akan menyusahkan orang lain
untuk gantikan pula puasa kita tu.
Renung2kan & selamat berpuasa ^_^
22 Comments
salam cik yaya..
ReplyDeletepuasa yang belum diganti 2 hari je ni..
insyaallah, akan diganti secepat mgkin..
wslm...
Deleteha gnti cpt tau wlau 2hari je lg..heee =D
salam yaya..
ReplyDelete1 rejab jom posa..
wslm..=)
Deletebyk info baru ni.. thnks! =)
ReplyDeleteAlhmdlh..same2..=)
Deletepuasa ke esok yaya? singgah sini sambil $$
ReplyDeletestart pose isnin =)
DeleteKejap je kan yaya masa berlalu.
ReplyDeleteSeelok2nya, kita tak tunggu bulan2 tertentu untuk berbuat amal.. amalan kena berterusan.. :)
mmg btul..yaya pon biasakan dah dgn pose ari Isnin dgn Khamis.=)
Deletecuma sebab bulan Rejab,Syaaban kan antra buln terbaik sebelum nak ke bulan Ramadhan =)
nice sharing.. selamat beramal, yaya ^^
ReplyDeletesame2la kita beramal =)
Deletekite tunggu bulan ramadhan :P
ReplyDeletebulan rejab kini menjelma lagi...marilah kita banyakkan berzikir...
ReplyDeleteInsyaAllah =)
Deletekejan je dah rejab kan..
ReplyDeletekan..=)
Deleteperkongsian yang sangat menarik ni yaya...cepat je rasanya masa berlalu :)
ReplyDelete=)
Deletemana satu blog yaya ni.adoi.byaknya blog..
ReplyDeleteha..? bnyak..?
Delete1 je p0nn..
tgok blog sape tuu..huhu
selamat beribadah di bulan Rejab nie yaya..:)
ReplyDelete