SAAT KELUAR AD-DAJJAL, YAKJUJ & MAKJUJ

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
29 RABIUL AKHIR 1445H | 13 NOVEMBER 2023 

Ad-Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa Alaihissalam dengan menggunakan tombak yang dicucuk tepat mengenai dadanya dihadapan Baitul Maqdis.

Setelah 3 tahun Ad-Dajjal dibunuh, akan keluar pula Yakjuj dan Makjuj.

Bilangan Yakjuj dan Makjuj ini sangat banyak kerana dikatakan 1 Yakjuj dan Makjuj boleh melahirkan sehingga 1000 Yakjuj dan Makjuj yang lain. Yakjuj dan Makjuj akan memakan segala tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan ternakan yang terdapat atas muka bumi ini.

Kelebihan yang Allah berikan kepada Yakjuj dan Makjuj ini adalah mereka tidak dapat dibunuh dengan apa cara sekali pun melainkan dengan izin dari Allah.

Penyakit kulat yang Allah turunkan kepada Yakjuj dan Makjuj atas asbab doa dari Nabi Isa Alaihissalam itulah yang akan membunuh mereka, betapa banyaknya bilangan bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di atas muka bumi ini sehingga tidak menampakkan tanah dan bau busuk yang bertebaran atas muka bumi ini serta semua binatang yang memakan bangkai menjadi gemuk-gemuk belaka.

Setelah Nabi Isa Alaihissalam berdoa kepada Allah, diturunkan hujan sehingga banjir dan banjir tersebut membawa kesemua bangkai-bangkai Yakjuj dan Makjuj ke lautan, barulah bumi ini pada ketika itu menjadi bersih dan tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan suburnya serta bumi ini menjadi sangat indah.

Di katakan pada ketika itu segala buah-buahan yg tumbuh menjadi sangat luar biasa sehingga dikatakan juga 1 buah delima tumbuh dengan besarnya sebesar kubah masjid dan isinya boleh dimakan sekian ramainya orang pada ketika itu.

Satu tangkai anggur dikatakan juga boleh dimakan sehingga kenyang. Setelah bumi ini dipenuhi dengan keindahan tumbuh-tumbuhan, Allah mencabut segala perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia. Satu sifat kemesraan antara makhluk dgn makhluk.
Gambar sekadar hiasan
Sehinggakan pada waktu itu dikatakan singa boleh berjalan dengan lembu, harimau boleh berjalan dengan unta, serigala boleh berjalan dengan kambing. Bahkan dikatakan di dalam hadith, anak-anak kecil boleh bermain dengan ular dan tangan kanak-kanak tersebut boleh masukkan ke dalam mulut ular.

Ketika kemesraan antara manusia sesama manusia, haiwan sesama haiwan sehingga tiada pembunuhan yang berlaku, barulah Nabi Isa Alaihissalam meninggal dunia kemudian Allah menghantarkan angin lembut untuk menarik nyawa setiap orang-orang yang beriman.

Sebelum ditarik nyawa orang-orang yang beriman, tiada lagi manusia yg sibuk mengejar dunia. Pada waktu itu kita tidak akan dapat menjumpai orang yang ingin menerima sedekah kerana tiada lagi sifat rakus terhadap dunia.

Seperti sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud :

"Bersedekahlah kamu sebelum tiba satu zaman yang manusia tidak mahu menerima sedekah."

Setelah kesemua orang-orang beriman meninggal dunia, Allah akan mengangkat Al-Qur'an sehingga tiada satu orang pun yang akan menyebut dan melafazkan nama Allah, dan barulah akan terbitnya matahari disebelah barat, dan kiamat pun akan berlaku pada ketika itu.

"Moga-moga Allah menyelamatkan kita dan juga keturunan kita dari termasuk dalam golongan fitnah Ad-Dajjal serta fitnah Yakjuj dan Makjuj juga tidak tergolong dalam golongan orang-orang akhir zaman yg pada ketika itu hidup tidak ada lagi yang menyebut dan melafazkan nama Allah Subhannahu wa Ta'ala, insyaAllah. Aameen Allahumma Aameen."

- Al Habibuna Ali Zaenal Abidin Al Hamid -

Wallahua'lam

JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :
'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, 
serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan 
orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

4 Comments

  1. vla fukur ttg ni sy jd takut. adakah sy kekal hidup keyika mrk muncul? atau sudah tiada lg?

    ReplyDelete
  2. takutnya nk menempuhi zaman2 dajjal yg semakin berleluasa ni

    ReplyDelete
  3. Moga kita bukanlah manusia yg hidup di akhir zaman yg penuh dgn fitnah itu..

    ReplyDelete