Assalammualaikum wbt
Munafik dari segi bahasa maksudnya iaitu orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar. Dari segi syarak pula munafik bermaksud seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati. Sifat munafik ini terbahagi dua bahagian iaitu:
Pertama : Munafik dari segi akidah dan I’tiqad.
Kedua : Munafik dari segi perbuatan dan amalan.
50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah
1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2.Lupa Kepada Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam JualBeli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa
31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman Bodoh
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.Berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.
Marilah kita semua menjauhi sifat-sifat munafiq. Berusahalah sebaik mungkin untuk menjadi manusia yang beriman kepada Allah s.w.t.
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' dengan ibadah di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.”
(An-Nisaa’ 4 : 142)
"Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka."
(At-Taubah 9 : 17)
Firman Allah swt;
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?. Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.“.
(QS. Ali Imran : 144)
Ya Allah jauhkanlah kita seperti perkara di atas...
kredit : islam itu indah
9 Comments
Semoga kita dapat menjauhi sifat2 munafik itu
ReplyDeleteAamiin. mudah mudahan
Deletebanyaknya sikap org munafik.. semoga dijauhkan dlm golongan ni.
ReplyDeleteMudah mudahan Allah jauhkan kita dari ada semua sikap ni kan Nina =(
DeleteAaminnn.. sekarang ni orang2 munafik dh ada di sekeliling kita. antara perasan dan tak
Deleteallahuakhbar.. semoga jauh kita dari tergolong dalam golongan ni T.T
ReplyDeleteMudah mudahan
Deletesiapa sangka dlm byk2 tu pasti tersangkut dgn sikap kita sekarang Allahuuuuu
ReplyDeletemungkin..kan
Delete