Assalammualaikum wbt.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi SAW bahawasanya baginda SAW pernah berdoa:
"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta)."
(HR Muslim No: 2721) Status: Hadis Sahih
Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah SWT, bukan kepada yang lain.
Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim: mengatakan, “Afaf bermakna menjauhkan dan menahan diri dari perkara yang tidak diperbolehkan. Sedangkan al-ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu kepada apa yang ada di sisi manusia.”
Berdoalah dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita seperti:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan al-ghina (kecukupan serta tidak meminta-minta)
Rasulullah mengajar kita agar meminta empat perkara dalam doa ini:
1. Al-huda iaitu petunjuk dalam ilmu dan amal.
2. Al-taqwa iaitu sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan.
3. Al-afaf iaitu dijauhkan dari perkara yang diharamkan seperti zina dan yang seumpamanya.
4. Al-ghina iaitu dicukupkan oleh Allah dari apa yang ada di sisi manusia dengan sifat qonaah, selalu merasa cukup ketika Allah memberinya harta sedikit atau pun banyak.
JOM amalkan doa ini. Moga Allah menganugerahkan kita dengan petunjuk yang akan memandu kita menjadi orang yang bertakwa serta memiliki sifat yang menjauhkan kita dari yang haram dan sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang ada. ❤️
8 Comments
Aamiin
ReplyDeletesemoga kite semua terus dipelihara dan di bawah lindung Allah SWT :)
ReplyDeleteAamiin
Deletememang kita kena selalu mohon semoga kekal iman dan hidayah dalam hati kita sampai bila2. kena doa smoga Allah sentiasa dorong ke arah yang baik2 saja.. pimpin kita ke arah yang Dia redhai..
ReplyDeleteAamiin InsyaAllah
DeleteAmin..
ReplyDeleteapa pun doa2 yg yaya share semua bermanfaat..
ReplyDeleteAlhamdulillah. InsyaAllah
Delete