Assalammualaikum w.b.t.
#sekadarperkongsian
Ada orang yang suka makan secara berseorangan. Baginya, waktu makan ialah waktu untuk berehat daripada dunia sekeliling dan untuk mengecas kembali tenaga yang telah hilang.
Ada juga dalam kalangan manusia yang gemar makan secara berkumpulan. Baginya waktu makan ialah waktu untuk bergelak ketawa. Ada juga yang tidak biasa makan berseorangan kerana baginya akan terasa sunyi dan selera juga boleh berkurangan.
Walau dengan siapa anda makan, ia tidak menjadi masalah asalkan anda selesa dan mood anda juga tidak terganggu.
Dalam masa yang sama, jangan diabaikan adab makan kerana Baginda SAW amat menekankannya. Makanan yang masuk ke dalam mulut kita akan menjadi darah daging kita.
Disebabkan itu kita perlu menitikberatkan apa yang kita makan dan juga adabnya. Walau ia nampak kecil kepada kita, namun sebenarnya ia boleh memberi impak yang besar.
Tahukah anda, sebenarnya syaitan boleh menemani anda untuk turut makan bersama? Tidak kiralah jika anda sedang makan secara berseorangan atau dengan kawan-kawan, namun syaitan juga boleh turut menjamu selera bersama anda.
Dalam situasi bagaimana syaitan akan makan bersama anda? Ia akan berlaku apabila kita tidak membaca basmallah sebelum makan.
Basmallah, kelihatan kecil namun besar hikmahnya kepada seseorang. Ia merupakan amalan permulaan yang perlu diamalkan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan termasuklah makan.
Jadi, apabila anda tidak mengungkapkannya sebelum makan, syaitan akan turut menjamah selera bersama anda. Ada sebahagian ulama juga mengatakan bahawa, itulah yang akan menyebabkan seseorang itu cepat lapar atau kurang kenyang apabila makan, kerana bahagiannya turut dijamah syaitan.
Maksud: “Jika kami bersama Nabi SAW menghadiri jamuan makan, maka tidak ada seorang pun di antara kami yang meletakkan tangannya hingga Rasulullah SAW memulainya. Dan kami pernah bersama Baginda menghadiri jamuan makan, lalu seorang budak wanita datang yang seolah-olah tangannya terdorong lalu ia meletakkan tangannya pada makanan, namun Baginda SAW memegang tangannya. Kemudian, seorang Arab Badwi datang sepertinya ia hendak meletakkan tangannya dan Baginda SAW bersabda:
“Sungguh, syaitan menghalalkan makanan yang tidak disebutkan nama Allah padanya. Syaitan datang bersama budak wanita, dengannya syaitan ingin menghalalkan makanan tersebut, maka aku pegang tangannya. Dan syaitan tersebut juga datang bersama Arab Badwi ini dengan menghalalkan makanan tersebut, maka aku pegang tangannya. Demi zat yang jiwaku ada di tanganNya, sesungguhnya tangan syaitan tersebut ada di tanganku bersama tangan mereka berdua.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2017)
Kesimpulan
Membaca basmallah itu hukumnya adalah sunat sahaja,tidak jatuh kepada hukum wajib. Namun, tidak salah untuk kita mengamalkan sunnah. Bukankah menyebut nama Allah sebelum menjamah makanan itu adalah bukti kita bersyukur dengan rezeki yang diberikan.
Ia juga merupakan doa kepada Allah agar rezeki yang dijamah itu berkat dan diredaiNya.
Adapun, jika anda terlupa membaca basmallah dan hanya mengingatinya semasa sedang makan, anda boleh mengucapkan بِاسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ Ø£َÙˆَّÙ„َÙ‡ُ ÙˆَآخِرَÙ‡ُ.
Sekian, moga bermanfaat.
Sumber: Mufti Wilayah
3 Comments
Kita diajarkan memulakan sesuatu aktiviti dengan bacaan bismillah dan doa
ReplyDeletebetul.. =)
Deletemulakan bismillah dlm apa jua pekerjaan
ReplyDelete