CARA TUKAR JUMLAH PENGELUARAN I-LESTARI

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh =)
#sajakongsi

Bagi yang bekerja dan mempunyai caruman KWSP pasti sudah tahu bahawa mereka boleh mengeluarkan simpanan mereka di Akaun 2 melalui i-Lestari dengan amaun minimum RM50 dan maksimum sebanyak RM500 sejak dari awal bulan April sehingga Mei yang lalu.
Ada sesetengah orang yang membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP dan mengambil pelbagai peluang di atas kesempatan yang diberi oleh kerajaan ini dan ada juga yang tidak mahu menggunakan wang simpanan mereka di akaun 2 ini. Itu terpulang pada hak masing-masing. Lambat atau cepat, duit itu tetap milik kita juga cuma masa pengeluarannya sahaja yang berbeza.

Ada yang ingin menukar jumlah pengeluaran i-Lestari tu ke? Maksud Yaya bagi mereka yang membuat had pengeluaran kurang dari RM500 atau mungkin nak mengurangkan jumlah pengeluaran tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mengemaskini semula jumlah had pengeluaran i-Lestari tu.
Mudah je. Bagi yang tidak tahu, boleh lihat langkah dibawah ni ye =)
1. Pergi laman sesawang > i-Lestari <
2. Klik pada 'KEMAS KINI PENGELUARAN' dan tekan sahaja 'OK' untuk Nota Penting seperti gambar diatas ( baca dahulu ye =D ).
3. Isi maklumat seperti yang diminta. INGAT! Maklumat adalah WAJIB seperti yang diisi sebelum ini. Contoh :- Kalau sebelum ini korang buat jumlah pengeluaran tu RM200, jadi letak juga jumlah yang sama, ye.

4. Bila dah isi, borang kemaskini baru akan keluar dan bolehlah korang isi jumlah yang korang ingin keluarkan sebenarnya.
5. Siap! Dah boleh cek pun lulus ke tidak. Tak perlu tunggu berhari.

**UPDATE - 09.09.2020
Alhamdulillah. Cara yang Yaya tunjukkan diatas, yang Yaya sendiri prakktikkan, adalah betul. Tidak diragui lagi. SEBAB?? Hehe..awal bulan dah kan. Faham je la =p

**UPDATE - 18.12.2020
Wahh ramai yang tanya Yaya, kalau buat kemaskini jumlah contoh dalam bulan ni (Disember 2020), bila akan dapat jumlah yang kita baru sahaja kemaskini tu. Ok. Dari pengalaman Yaya, bila korang update @ kemaskini maklumat, jumlah tu di laman sesawang mereka, jumlah yang baru tu korang akan dapat pada bulan seterusnya iaitu Januari 2021.

Tapi Yaya kurang pasti kalau korang kemaskini masa akhir bulan, contoh 25 Disember 2020, adakah jumlah baru akan dapat pada bulan Januari 2021 atau tidak. Senang faham, korang anggaplah ni macam 'claim' gaji korang. Kalau nak claim, kita kena hantar resit pada tarikh sebelum tengah bulan camtu kan (contoh), supaya claim korang dapat bulan akan datang. Tapi kalau korang hantar resit claim lepas tengah bulan - nak ke akhir bulan, korang rasa bila akan masuk claim korang tu? Mestilah akan dapat bulan seterusnya lagi iaitu bulan Februari 2021, haaaa..gitu la. Faham tak? 

Kalau tak faham, mohon berurusan sendiri dengan pihak I-LESTARI @ berkenaan ye. Yaya ni macam korang juga. Pengguna je...haha. Yaya cuma kongsi apa yang Yaya dah berjaya buat. Tu je =) Ada yang dah berjaya (huhu), Alhamdulillah. Tahniah diucapkan.. =p sila belanja Yaya ok. haha gurau! k .

Pada yang masih mencuba, semoga berjaya. Ada baki lebih kurang 3 bulan je lagi untuk korang 'menikmati' duit simpanan korang sendiri ^o^ lol. 

Semoga bermanfaat. Jika ada tersalah maklumat, sila beritahu Yaya ye. ^_^ Terima kasih

Post a Comment

38 Comments

  1. wahhhh nak buat belanja apa tu?😊😊

    ReplyDelete
  2. ooohhh, gitu.. Nice Sharing Yaya. ^^

    ReplyDelete
  3. hi assalamualaikum saya dah buat ikut step tapi dia cakap maklumat saya salah , tapi maklumat saya terdahulu semuannya sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam . confirm ke tu semua btul.jumlah yg dipohon sebelum ni sama? kalau masih tak boleh, kena hubungi@bhubung dgn mereka la ^_^

      Delete
  4. Terima kasih atas berkongsi maklumat ni, dah boleh hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..boleh ke?sy buat dia kata maklumat xsama sedagkan semua nye betul dah.mcm mana ye

      Delete
  5. Maaf, nak tanya knpe saya tak boleh ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg xboleh tu ye ^,^ kne double check la apa yg awk buat ms apply yg 1st tu =) semua kena sama.termasuk jumlah yg pernah awk apply sblm ni ^_^

      Delete
  6. Saya nk Tanya klu jumlah pengeluaran terdahulu saya rm200 tpi sya tersalah tertaip rm500 mcm mna

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya cara yang sama juga mcm sy nyatakan di atas =)

      Delete
  7. misalnya kita dah kemaskini amount tu dia akan masuk ke bank tarikh yg lain atau tarikh yg berlainan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tarikh yang lain @ tarikh yg berlainan tu lain maksud ke? ^,^
      kalau tak silap tarikh yang sama tiap bulan kita dapat tu =)

      Delete
  8. Tak ada pun borang untuk update amount baru

    ReplyDelete
  9. hye nak tanya..kata kan kita ubah jumlah amoun hri ini tapi selalu nya dia keluar 15 hri bulan..so mahu tunggu 15 juga kah keluar atau esok lusa dah keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf yang ni xpasti.kalau nak tahu kena tunggu next month la ^_^ sblm ni pun sy tgu juga nak tau bila tarikh dia klua.sama atau tak dgn sblumnya. tapi xsama pun. mungkin juga stgh org sama tarikh. jadi, xpasti =)

      Delete
  10. lpas dah update nilai byaran bulanan tu , mcmna nak tahu berjaya atau tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia akan mention kat sana LULUS atau TIDAK (rujuk gmbr diatas yang terakhir) =)

      Delete
  11. Dah isi dah semua.. Tapi x dpt pun ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf apa yang tak dapat tu ye? ^,^ kurang jelas..

      Delete
  12. Sy pn dh isi mlm td..tp dia tulis mklumat salah..adakah ada 2 borang? 1st kna isi borang yg kna tulis amount yg mula2 kta isi dlu..lps tu ada borang sterusnya utk pnukaran amount?? Mcm tu ke mksd nya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. isi borang apa tu? utk apply atau penukaran amount? kalau baru apply, cuma ada 1 borang je. maklumat salah isi tu bgantung org yg isi form tu. tukar amount ni utk org yg nak tukar amount yg memula dia apply kat 1st form tu =)

      Delete
  13. Kalau kite isi bulan ni, terus amount tukar bulan ni atau kne tggu bulan dpan?

    ReplyDelete
  14. Saya dah isi semua lengkap. Tapi tetap dia keluar kata info xsama dgn masa mula pendaftaran...ke perlu saya batalkan permohonan dan mohon yg baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.
      ye kena semak semula jumlah dan maklumat awak isi tu btul ke sama dgn masa mula daftar. amaun kena sama (dgn yg kita mula dftar) masa isi, lepas tu baru tukar amount yang btul (yang kita nak)
      =)

      Delete
  15. Dh tukar amaun dri rm250 ke rm500 dan dia tulis situ lulus jdi maksudnya bulan ni saya akn dpt rm500 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. amaun yang baru ditukar akan dapat pada bulan seterusnya =)

      Delete
  16. saya nk tanye, contohnya sy tkr pada 25/11, so amount tu sy akan dpt pada bulan 12? atau knee tggu bulan 1?

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni da bulan 12 pun..amaun da tuka ke? hehe kalau x lagi tu mksudnya bulan 1 la kot . mgkin sbb update akhir bulan... =)

      Delete
  17. slm sis nak tanya selepas kita buat perubahan jumlah tu bila duit tu kita akan dapat ye..adakah akan sama dengan tarikh yang kita terima sebelum ni..tlong jwb sis..sebab saya baru buat perubahan tadi..spatutnya pemgeluaran saya yang tiap2 bulan tu lusa..adakah dia akan masuk sma tarikh dengan sebelum ni...eheaha..trima ksih sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam
      bole baca jwpan saya dalam komen2 diatas ^_^ ramai yang tanya dah.
      jumlah yang kita baru tukar akan dapat pada bulan seterusnya

      Delete
  18. Dh brapa kali cuba, semua dapat maklumat salah. Maklumat mmg dh isi betul sama dgn maklumat lama. Atau memang site ilestari masalah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin wsite mereka yg bermasalah. boleh cuba call mereka direct isnin depan nanti ye =)

      Delete
  19. nice sharing yaya.. boleh tukar nanti

    ReplyDelete