ANTARA LOGIK & TAKDIR

Assalammualaikum w.b.t.
#sekadarperkongsian
Gambar sekadar hiasan
"Ada dua orang bersahabat, yang satu bernama "LOGIK" dan yang satunya lagi bernama "TAKDIR". Keduanya naik kereta, dalam sebuah perjalanan yang panjang.

Di tengah jalan kereta mereka kehabisan minyak dan mati enjin. Keduanya berusaha melanjutkan dengan berjalan kaki sebelum datang waktu malam. Tapi sebelum itu keduanya berusaha menemukan tempat beristirehat, setelah itu baru melanjutkan lagi perjalanan. Si LOGIK memutuskan untuk tidur di bawah sebatang pohon. Sedangkan si TAKDIR memilih tidur di tengah jalan.

LOGIK berkata kepada TAKDIR:
"Kamu gila! Kamu menjatuhkan dirimu kepada kematian. Boleh jadi ketika kamu tidur ada kereta yang lalu dan melanggar tubuhmu."

TAKDIR menjawab:
"Saya tidak akan tidur kecuali di tengah jalan ini. Sebab boleh jadi ada kereta yang datang lalu ia melihatku dan mengajakku bersamanya."

Akhirnya LOGIK betul-betul tidur di bawah pohon dan TAKDIR tidur di tengah jalan.

Tidak beberapa lama setelah keduanya tertidur, lalu sebuah lori dalam kelajuan tinggi. Tatkala pemandu melihat ada yang tidur di tengah jalan, ia berusaha berhenti dengan mendadak, tapi sayang tidak boleh. Akhirnya demi mengelak dari terlanggar, pemandu tersebut memusing stering lori itu berbelok ke arah pohon dan langsung melanggar LOGIK yang sedang tidur dipohon tersebut, sehingga selamatlah si TAKDIR.

PENGAJARAN
Inilah kenyataan hidup, bahawa TAKDIR memainkan peranannya di tengah-tengah manusia. Kadang-kadang TAKDIR yang berlaku bertentangan dengan LOGIK fikiran manusia. Contoh lain yang berlaku di sebuah lapangan terbang. Kadang mendapat berita jadual penerbangan kita terpaksa ditangguhkan untuk beberapa jam. Kemungkinan terjadinya jadual penerbangan kita tertunda, ada keselamatan dari kecelakaan di sebalik itu. Boleh jadi juga tertundanya kita mendapatkan suatu hak kerana ada hak orang lain yang selama ini kita abaikan dan tidak kita pedulikan.

Boleh jadi ditolaknya lamaran kerja kita ada hikmah besar di sebalik itu. Tertundanya pertolongan dan kemenangan juga pasti ada manfaat yang sangat besar di belakang itu.
"Boleh jadi kita membenci sesuatu padahal ia baik"

Yang dikagumi terkadang tidak mengerti
Yang dicintai terkadang tidak merasa
Yang dirindukan terkadang tidak tahu
Yang dikasihi terkadang menyakitkan perasaan
Yang di-inginkan terkadang tidak sesuai dan sejalan
Yang tidak disangka terkadang terjadi
Yang kaya terkadang boleh jatuh miskin
Yang dihina terkadang boleh jadi sangat berjaya

LOGIK adalah salah satu alat dan cara untuk berjuang memperbaiki nasib mahupun keadaan. Tetapi tidak boleh lupa untuk tetap bersandar dan memohon kepada Allah Azzawajalla

Sedangkan TAKDIR adalah suatu misteri, tapi jika kita seorang yang bertaqwa dan mengikuti jalan-Nya, maka yakinlah bahawa TAKDIR di sebalik sesuatu perkara itu INDAH sebenarnya, kerana hanya Allah swt yang boleh mengubah semua aspek hidup kita menjadi indah pada waktu yang telah ditetapkan-Nya.

Sama-sama muhasabah diri. Sekian, Wassalam.
Sumber : quotephotovideo

Post a Comment

6 Comments

  1. Saya suka cerita pasal Logik dan Takdir nih.
    I loe this, dan percayalah bahawa takdir Allah itu terbaik untuk kita semua walaupun sekerasnya kita cuba menolak keadaan tersebut

    ReplyDelete
  2. benar. kita merancang, Allah merancang, perancangan dia lebih terbaik <3

    ReplyDelete
  3. Logik dan Takdir boleh berubah atas kehendak dan keizinan-Nya

    ReplyDelete
  4. takdir dh tertulis utk setiap manusia

    ReplyDelete