AKU HAIRAN DENGAN 3 ORANG . . .

Assalammualaikum w.b.t.
#sajakongsi

Sebuah petuah/nasihat mengatakan:
Kredit : Serpihan Dakwah
Aku hairan dengan tiga orang (golongan):

1. Orang yang selalu mengejar harta, padahal harta itu pasti meninggalkannya.

2. Orang yang khawatir dengan rezekinya, padahal Allah pasti memberikan rezekinya.

3. Orang yang membangun istana untuk dirinya, padahal kuburanlah tempat tinggalnya.

Berusahalah mencari dunia semampunya, jangan sampai melanggar batas-batasNya…

Dan agar Anda selalu bahagia dalam setiap keadaan; berusahalah untuk MENIKMATI dan mensyukuri jalan takdir Anda.
Dari : Ustadz DR. Musyaffa’ Ad Dariny MA, حفظه الله تعالى

Rezeki masing masing dah ditetapkan. Jangan sedih, mungkin Allah nak kita perbanyakkan hal Akhirat kita supaya dari situ Allah bagi rezeki Dunia yang lebih luas pada kita.

Kelebihan orang yang bersyukur dan sentiasa menghargai pemberian Allah SWT termasuk nikmat usia, kesihatan, harta benda, anak serta keluarga, akan merasa kebahagiaan hidup.

Begitu juga, apabila diuji dengan kemiskinan, penyakit, masalah dan pelbagai rintangan lain, hati tetap sabar serta bersyukur kerana yakin setiap sesuatu itu ada hikmahnya.

Mereka yang bersyukur sentiasa memuji Allah SWT, menunaikan setiap suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Golongan yang bersyukur juga mengakui kebesaran Allah SWT.

Manakala bagi yang tidak bersyukur, bermakna mereka kufur kepada nikmat Allah SWT, merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki dan mudah dihasut oleh syaitan.

Mengkhianati amanah yang diberi, tamak dengan harta, sentiasa merasa tidak puas melihat kesenangan orang lain dan tidak takut kepada azab Allah SWT.

Oleh itu, jadilah hamba yang bersyukur kerana mengetahui segala nikmat datangnya daripada Allah SWT dan menterjemahkan rasa syukur dengan menggunakan kurniaan itu pada jalan yang diredai-Nya.


Wallahualam
Semoga bermanfaat…

Post a Comment

4 Comments