Wednesday, 27 February 2019

HILANGKAN JERAWAT DAN PARUT DENGAN VITAMIN C SERUM DARI ANNONA

Assalammualaikum wbt.
Salam 22 Jamadilakhir 1440m

Korang perasan tak sekarang cuaca panas kemain bahangnya kan. Memang salah satu tandanya musim panas datang apabila bulan Ramadhan hampir tiba..tapi perasan kebelakangan ni lain macam panas. Sebab tu la Yaya suka terperap kat rumah sedangkan dari malam hari dah plan nak buat apa, pergi mana esok hari nya.haha. Cuaca makin panas mungkin juga sebab lapisan ozon da makin menipis, ditambah lagi dengan pembangunan yang begitu pesat didirikan. Kadang risau juga apa akan jadi pada bumi ni bila semakin banyak tumbuhan hijau ditebang.

Tapi sekarang bukan nak risau pasal pembangunan tapi lagi risau dengan kulit muka, badan kita yang terdedah pada cahaya matahari yang pastinya ianya bukan cahaya yang baik untuk kulit kita. Silap hari nanti boleh 'SUNBURN' woo.huhu

Nak tanya, macamana penjagaan kulit muka dan badan korang sekarang? Dengan keadaan cuaca yang tak menentu di negara kita ni. 


Mesti ramai yang mengamalkan pengambilan suplimen, dan pelbagai produk penjagaan kulit wajah yang ada di pasaran sekarang,kan? TAPI, korang yakin yang kulit korang tu dah cukup Vitamin C? Tahu tak kulit yang tidak cukup vitamin C adalah antara punca UTAMA yang mengundang masalah jerawat, jeragat, liang pori terbuka, membuatkan kulit kelihatan kusam, gelap, kering dan tidak sihat.haaa..baru tahu kan rupanya semua masalah kulit muka kita ni sebab UTAMA adalah KURANG VITAMIN C!

Ony Nurhusni
Co-founder Annona & Pharmacist 

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Walau bagaimanapun, kecantikan ini sering dicacatkan oleh masalah kulit yang tidak pernah diundang seperti yang Yaya nyatakan diatas tadi.

Kini korang tak perlu risau lagi tau. Eh bukan korang je, Yaya pun sebenarnya tak perlu risau dah.hehe Kenapa? Tahu tak korang yang ada 1 produk Vitamin C yang berjenis serum boleh jadi jalan penyelesaian kepada masalah kulit korang. 



VITAMIN C SERUM ANNONA
10x Vitamin C untuk kulit yang flawless

Cara gunanya ialah cuma perlu titis dan sapu pada bahagian kulit yang bermasalah. Jangan risau. Produk ni mempunyai kelulusan KKM (NOT161004544K). Jadi korang tak perlu risau jika ada bahan-bahan yang tidak dibenarkan ada didalam serum ini.

Yaya tergerak hati nak cuba serum ni bila dapat tahu manfaat dia. Nak tahu?

Antara manfaat vitamin c serum dari Annona ini:
- Memudarkan parut
- Mengecilkan liang pori terbuka
- Memperbaiki kulit rosak akibat salah guna kosmetik
- Mengurangkan jeragat

Serum ini juga tiada campuran Alkohol, tiada pewarna tiruan, tiada pewangi dan sangat sesuai untuk kulit sensitif.

Memang bagus sangat ni untuk kulit Yaya dan Yaya memang tengah mencari produk yang boleh menghilang atau pudarkan parut lebih-lebih lagi parut jerawat. Aduh pening kepala dah cuba macam-macam produk tapi belum ada lagi yang boleh pudarkan parut jerawat ni. 

Dan setakat ini, lebih kurang dah guna dalam masa seminggu lebih. Parut belum pudar TAPI dah tiada jerawat yang timbul.haaa petanda baik ni..hehe. Nak cantik, kenalah sabar kann. Takkan pakai waktu malam esok hari dah hilang parut jerawat tu dik nonn..hehe Takpa,kita tunggu dan lihat. Dan untuk pengetahuan, Yaya bukan saja gunakan serum ni untuk kulit muka tapi ada juga beberapa bahagian badan yang lain. Yang mempunyai masalah kulit kering dan parut luka seperti di kaki dan pergelangan tangan. Seronok guna tau. Serum ni jenis yang mudah serap ke dalam kulit dan tak berminyak pun. Serius!

Eh ni kalau Yaya cerita panjang lagi mahu berjela entri Yaya ni.haha. Kalau korang berminat untuk mencuba dan nak tahu lebih lanjut tentang produk VITAMIN C SERUM darai Annona ni, boleh la lihat informasi yabg Yaya bagi kat bawah ni ye.

Untuk maklumat lanjut:

LAMAN SESAWANG : https://vitamincseries.com



HOTLINE : 010-8424243 

Sekian, Wassalam

Friday, 22 February 2019

BERSYUKURLAH DIPILIH SEBAGAI UMAT RASULULLAH SAW

Assalammualaikum wbt.
Salam 17 Jamadilakhir 1440m
Pada suatu masa, terjadi percakapan antara ALLAH SWT dengan NABI MUSA AS.

NABI MUSA AS; " Wahai ALLAH, sungguh aku telah membaca pada kitab TAURAT itu terdapat satu nama yang sangat kau cintai iaitu "AHMAD (NABI MUHAMMAD SAW)". Nabi terakhir yang KAU utus ke dunia ini. Aku juga membaca, bahawa nanti akan ada umat yang apabila dia baru sekadar berniat baik maka KAU sudah mencatat baginya satu pahala, dan apabila niat itu dikerjakannya maka kau akan memberikan baginya 10 pahala. Maka jadikanlah mereka ini menjadi umat ku."

ALLAH SWT: "Wahai MUSA, mereka itu adalah umat "AHMAD (NABI MUHAMMAD SAW)."

NABI MUSA AS: "Aku juga membaca bahawa nanti akan ada umat yang apabila dia baru sekadar berniat buruk, maka kau tidak mencatat baginya dosa. Jika dia melakukannya baru KAU mencatatnya sebagai dosa. Maka jadikanlah mereka umatku."

ALLAH SWT: "Wahai MUSA, mereka itu adalah umat AHMAD."

NABI MUSA AS: "Dan sungguh aku juga membaca dalam kitab TAURAT bahwa nanti akan ada umat yang akan masuk syurga paling dahulu, dan tidak KAU izinkan umat dari NABI dan RASUL manapun masuk syurga sebelum umat ini masuk syurga terlebih dahulu seluruhnya. Maka jadikanlah mereka umat ku."

ALLAH SWT: " Wahai MUSA, mereka itu adalah umat AHMAD."

Lalu NABI MUSA AS berkata lagi: "Jikalau seperti itu, MAKA JADIKANLAH AKU UMAT KEPADA AHMAD WAHAI ALLAH."

ALLAH SWT: "Wahai MUSA, sesungguhnya aku telah menjadikanmu seorang NABI, Kau bergelar KALIMULLAH, kau mempunyai mukjizat dapat bercakap-cakap denganku. Maka, ambillah apa-apa yang telah AKU berikan kepadamu wahai MUSA. "

NABI MUSA AS: "Rodhitu Yaa ROBB, Kalau begitu aku rela, aku redha wahai ALLAH atas ketentuan MU."

Itulah kisah tentang percakapan NABI MUSA AS dengan ALLAH SWT. Dapat kah kalian bayangkan seorang NABI meminta kepada ALLAH SWT agar dijadikannya sebagai umat  BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW.?

Sedangkan kita semua tidak meminta kepada ALAH SWT agar dijadikan sebagai umat NABI MUHAMMAD SAW tetapi ALLAH SWT sudah menjadikan kita sebagai umat kepada NABI MUHAMMAD SAW.

NABI MUSA AS meminta kepada ALLAH SWT agar dijadikan sebagai umat kepada NABI MUHAMMAD SAW lantaran NABI MUSA AS mengetahui bahawa ALLAH memberikan banyak sekali kemuliaan, keberkahan, dan keberuntungan bagi umat NABI MUHAMMAD SAW.

Ketahuilah, sesungguhnya adalah wajib bagi kita bersyukur kepada ALLAH SWT kerana telah dijadikan kita sebagai umat NABI MUHAMMAD SAW. Perbanyakkanlah berselawat keatas Rasulullah saw sebagai tanda syukur tersebut.


Sollu AlanNabi S.A.W


KISAH CINTA NABI MUHAMMAD S.A.W.

Assalammualaikum wbt.
Salam 17 Jamadilakhir 1440m

K I S A H C I N T A Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah r.ha




Daripada Aisyah r.ha meriwayatkan, "Hampir setiap kali keluar rumah, Rasulullah selalu menyebut dan memuji Khadijah. Suatu hari, baginda menyebut namanya sehingga menimbulkan kecemburuanku. Aku berkata, 'Wahai Rasul, bukankah Khadijah hanyalah seorang perempuan tua, dan Allah telah memberikan gantinya dengan yang lebih baik bagimu?'

Mendengar hal itu, Rasulullah s.a.w marah hingga rambut di ubun-ubunnya bergerak.

Kemudian, baginda bersabda, 'Tidak, demi Allah. Allah tidak menggantikan untukku seorang pun yang lebih baik daripada dirinya. Ia beriman kepadaku ketika orang lain mengingkariku, mempercayaiku ketika orang lain mendustakanku, membantuku dengan hartanya ketika orang lain tidak mahu memberikan hartanya kepadaku, dan Allah menganugerahiku dengan anak-anaknya ketika isteriku yang lain tidak dapat memberinya kepadaku.'

(Setelah mendengarkan penjelasan baginda) Aku pun berjanji dalam hati, bahawa aku tidak akan menyebut Khadijah lagi dengan sesuatu yang buruk."

SubhanaAllah...(^_^)

Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad
@islamitu_indah

Monday, 18 February 2019

ISTIDRAJ

Assalammualaikum wbt.
Salam 13 Jamadilakhir 1440m

WASPADA DENGAN ISTIDRAJ


Ketahuilah bahawa ISTIDRAJ itu adalah pemberian Allah kepada seseorang hamba yang berkehendakkan apa yang dihajatinya didunia ini tetapi perkara itu (istidraj) membawanya kepada bertambahnya KEBIADAPAN, KESESATAN, KEJAHILAN dan KEDEGILAN terhadap Allah.

Contoh istidraj ialah orang tersebut tidak pernah sakit, badan kebal, tidak pernah susah dan sebagainya. Contohnya seperti apa yang berlaku kepada Firaun, Haman, Qarun dan Namrud. Kesemua mereka ini diberikan kelebihan, kenikmatan dan kemewahan akan tetapi mereka semuanya mengingkari dan mendurhakai Allah swt hingga akhirnya mereka telah dibinasakan oleh Allah dan mati dalam kehinaan.

Daripada Abu Hurairah ra dan ia berkata, "Ada seseorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah saw lalu baginda bertanya kepadanya ;

"Apakah Ummu Mildam pernah menggangumu?"

Maka Arab Badwi itu pun bertanya kembali,

" Apakah itu Ummu Mildam? 

Jawab baginda, "Demam panas yang terasa diantara kulit dan daging.

Lalu Arab Badwi itu berkata," Aku tidak pernah mengalaminya sama sekali.

Lalu baginda bertanya lagi, "Adakah sakit pening kepala pernah menggangumu?'

Arab Badwi itu bertanya kembali, "Apa itu pening kepala?

Jawab baginda, "Sakit saraf yang dirasakan oleh manusia, berdenyut dikepalanya.

Maka Arab Badwi itu berkata, 

"Aku juga tidak pernah mengalaminya sama sekali."

Maka tatkala Arab Badwi itu pergi baginda pun bersabda :

Barangsiapa yang ingin melihat seorang lelaki daripada ahli neraka, maka lihatlah kepada orang ini.
(HR Ahmad, al Bazzar al Bukhari an Nasai Ibnu Hibban)

Hadis ini merupakan peringatan kepada kita agar sentiasa berwaspada jika kita sering melakukan banyak dosa dan kesalahan namun dalam masa yang sama kita sentiasa diberikan nikmat, keafiatan dan kesihatan yang baik tanpa mengalami sebarang sakit atau apa-apa kesusahan.

Maka yang demikian itu hendaknya kita yang diberikan akal fikiran melihat kepada seseorang manusia yang menzahirkan perkara-perkara yang luar biasa kita tidak boleh menghukumkan individu itu sebagai wali dan kita juga tidak boleh menganggap perbuatannya sebagai karamah sehinggalah kita dapat memastikan dahulu tingkah laku dan pegangannya terhadap syariat Allah.

Firman Allah yg bermaksud :

Maka ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, 
Kami pun membukakan semua pintu (kesenangan) untuk mereka. 
Sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara tiba-tiba maka ketika itu mereka terdiam putus asa
(Al An'Am ayat 44)

Wallahua'lam..

RENUNG-RENUNGKANLAH
(Kredit : telegram - islam itu indah)

Tuesday, 12 February 2019

TAHU TAK.....?

Assalammualaikum wbt.
Salam 7 Jamadilakhir 1440h

Sekadar perkongsian pengetahuan umum. =D

Tahukah Anda?


Bahwa ikan yg ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus AS itu ternyata masih lagi hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. Hal ini sudah dijelaskan dalam Al-Qur'an: "Andai Yunus itu tidak beristighfar, sudah tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan.."

Maka banyakkanlah beristighfar.

Tahukah Anda?


Bahwa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia sudah dilihatkan perjalanan hidupnya bermula dari lahir sampai mati. Kerana itu, kadang-kadang ketika kita berkunjung ke sesuatu tempat yang baru, kita rasa seolah-olah tempat tersebut sudah tidak asing lagi bagi kita.

Tahukah Anda?


Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah-olah kita mati untuk sesaat. Ini terjadi dalam hitungan yang sangat pantas. Setelah itu ianya berfungsi seperti normal semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

Tahukah Anda?

Menguap itu bukan tanda bahawa kita mengantuk tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

Tahukah Anda?


Bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yg genap itu akan menghasilkan gula dalam darah. Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah GANJIL , agar ianya berubah menjadi karbohidrat.

Tahukah Anda?

Bahawa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

Tahukah Anda?


Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat? Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.

Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah lebih lama sedikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa kita yang berguguran..

Tahukah Anda? 


Diceritakan ada seorang wanita soleha yang meninggal dunia. Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dari dalam kubur tersebut. Kemudian suaminya menjelaskan bahawa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutamanya setiap kali mahu masuk tidur. Sesungguhnya surah Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari seksa kubur. SubhanAllah.

Tahukah Anda?


Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat, maka tiada halangan antara kita dengan syurga kecuali mati.

Tahukah Anda?

Bahawa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat, Maka janganlah kita terburu2 untuk beranjak dari tempat duduk setelah usai solat.

WallahuA'lam. Benar ataupun tidak, jika ianya membawa kebaikan, InsyaAllah tiada masalah untuk kita ikuti, bukan. Tetapi jika ianya bertentangan dengan ajaran agama Islam, berusahalah kita untuk menjauhi dan tidak mengikutinya.

Semoga bermanfaat. Terima kasih sudi singgah blog Yaya. =)

Monday, 11 February 2019

ANDAI AJAL DALAM TIDUR

Assalammualaikum wbt.

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR 
WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN


Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra. :

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :

“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al – Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran.

” Bismillaahirrahmaa nirrahiim, 
‘Qul huallaahu ahad’
Allaah hussamad’
Lam yalid walam yuulad’
Walam yakul lahuu kufuwan ahad’
( 3x ) “

2. "Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat

“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad
( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau

“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih"
( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah
Walhamdulillaah
Walaa ilaaha illallaah hu
wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...

Jangan jemu saling mengingatkan. Moga bermanfaat.
Sekian, Wassalam =)

Sponsor