Wednesday, 23 January 2019

PERSOALAN : SUCI DARIPADA HAID PADA AKHIR WAKTU SOLAT

Assalammualaikum wbt.

SOALAN :

Pelajar : Nak tanya tentang qadha' solat setelah haid. Satu waktu sahaja ke? Atau dua waktu? Setahu saya contoh satu qadha' asar, Zohor tak perlu. Tapi ada ustaz kata Zohor perlu. Sebab ikut hukum jama' solat pula. Tak faham. 

Mesti ramai yang kurang faham tentang maksud pertanyaan pelajar di atas tadi kan. Begini, contoh:  haid telah berhenti pada waktu Asar dan setengah jam hampir pada waktu Maghrib. Adakah perlu solat Maghrib sahaja atau perlu lakukan juga solat Asar tetapi dengan niat qadha'.

Jawapan :

Tiada khilaf dalam kalangan ulama bahawa apabila seseorang wanita yang haid atau nifas telah suci. Sedangkan baki waktu solat masih ada sekadar sempat dilakukannya 1 rakaat. Maka dia wajib menunaikan solat itu. 

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda;

 مَنْ أَدْرَكَ رَكْعَةً مِنْ الصَّلَاةِ فَقَدْ أَدْرَكَ الصَّلَاةَ

"Barangsiapa yang sempat mendapat satu rakaat daripada solat, maka dia mendapat solat itu."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Adapun jika wanita itu suci dan waktu solat yang tinggal hanya memadai untuk dia melakukan takbiratul ihram atau kurang daripada 1 rakaat. Contohnya dia suci sebelum terbit matahari (akhir waktu Subuh) dan waktu yang berbaki hanya sekadar sempat untuk dia melakukan takbiratul ihram. Justeru, menurut pendapat yang lebih sahih (asah), apabila wanita itu selesai bersuci, maka dia WAJIB mengqadha' solat Subuh tersebut. Ini kerana dia telah mendapat sebahagian daripada waktu Subuh.

Bahkan, wanita itu juga wajib mengqadha' solat bagi waktu yang sebelumnya jika solat itu boleh dijamakkan dengan waktu solat yang dia sedang berada. 

Oleh itu, dia wajib menunaikan solat Zohor dan Asar jika dia suci dan sempat mendapat takbiratul ihram ketika akhir waktu Asar. Begitu juga solat Maghrib dan Isyak jika dia suci dan sempat mendapat takbiratul ihram pada akhir waktu Isyak. Ini kerana waktu yang kedua juga adalah waktu yang pertama dari sudut keharusan menjamak antara kedua-dua solat itu. 

Inilah pendapat yang sahih di sisi ulama Mazhab Syafi'i. Ia juga adalah pendapat sebahagian para sahabat seperti Abdul Rahman bin Auf, Ibn Abbas radhiallahu anhuma, tujuh orang fuqaha (ulama fiqah) Madinah, Ahmad bin Hanbal dan selainnya.
اليسع

Wallahu a'lam.

Rujukan:
- AlMajmuk
- Tuhfah al-Muhtaj
- Nihayah al-Muhtaj
- Mughni al-Muhtaj
- Hasyiah al-Syarqawi
- Safinah al-Solah
- Al-Ihatah
- Al-Taqrirat al-Sadidah
(petikan daripada Koleksi Q&A Ustaz Alyasak)

Ok. Sampai disini sahaja buat masa ini. Yaya baru tahu perkara ni jadi sebab itu Yaya nak kongsi dengan sesiapa yang baca entri Yaya ni. Mungkin ada juga yang baru tahu. Semoga bermanfaat ye. Sekian, Wassalam.=)

Monday, 14 January 2019

TANDA HATI MATI

Assalammualaikum wbt.
Untuk renungan bersama..


"DI ANTARA TANDA-TANDA HATI YANG MATI"

 1. TARKUSH SHOLAH : Berani meninggalkan solat fardhu.

 2. ADZDZANBU BIL FARHI : Tenang tanpa merasa berdosa padahal sedang melakukan dosa besar. (QS al A'raf 3).

 3. KARHUL QURAN : Tidak mahu membaca Al-Qur'an.

 4. HUBBUL MA'ASYI : Terus menerus maksiat.

 5. ASIKHRU : Sibuknya hanya mengata dan buruk sangka, serta merasa dirinya selalu lebih suci.

 6. GHODBUL ULAMAI : Sangat benci dengan nasihat baik dan ulama.

 7. GOLBUL HAJARI : Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian, kuburan dan akhirat.

8. HIMMATUHUL BATHNI : Gilanya pada dunia tanpa peduli halal haram yang penting kaya.

10. ANAANIYYUN :  Tidak mahu tahu, atau masa bodoh keadaan orang lain, bahkan pada keluarganya sendiri sekalipun menderita.

11. AL INTIQOOM : Sangat pendendam.

12. ALBUKHLU : Sangat pelit.

13. GHODHBAANUN  : Cepat marah kerana keangkuhan dan dengki.

14. ASYSYIRKU : Syirik dan percaya sekali kepada dukun/pawang dan yang seumpamanya.

● Semoga Allah menghiasi hati kita dengan keindahan iman dan kemuliaan akhlak.

Wallahua'lam. Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Wassalam.=)

Friday, 11 January 2019

UCAPAN UNTUK PENGANTIN

Assalammualaikum wbt.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ

Dari Abu Hurairah RA bahawa jika Nabi SAW mendoakan orang yang baru menikah baginda membaca: 
"BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR"
(semoga Allah memberi barakah kepadamu dan keberkatan atas pernikahan kamu,
dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan)." 
(Sunan Tirmizi No: 1011) Status: Hadis Hassan Sahih

Pengajaran:

1.  Apabila seseorang mendapat kebaikan, kita digalak mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan buat mereka.

2.  Apabila ada orang yang berkahwin, kita disunahkan memberi ucapan dan mendoakan kepada pasangan pengantin yang kita raikan seperti diatas.


Pada minggu ini dan pada hari-hari yang bakal mendatang, pada pasangan yang bakal mengadakan majlis walimah, marilah kita sama-sama mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin dengan doa penuh keberkatan dan kebaikan ini. Semoga keberkahan juga melimpah pada kita yang mendoakan. Aamiin. InsyaAllah.

Sekian, Wassalam =)

Thursday, 10 January 2019

KAWASAN LARANGAN MEROKOK DI RESTORAN DAN PREMIS MAKANAN

Assalammualaikum wbt.

KAWASAN LARANGAN MEROKOK DI RESTORAN DAN PREMIS MAKANAN


Bermula 1 Januari 2019 yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menguatkuasakan undang-undang kawasan larangan merokok di restoran dan premis makanan. 

Ini bukan lagi auta tapi fakta yang membuka mata rakyat Malaysia bahawa kerajaan komited ke arah masyarakat bebas rokok dan mengamalkan gaya hidup sihat. 

Jika undang-undang ini gagal dipatuhi individu termasuk pemilik premis boleh didenda atau penjara (rujuk info grafik di bawah). 

KATAKAN TIDAK PADA ROKOK! 

Sumber Infografik : BERNAMA
Sekian, wassalam =)

GIVEAWAY SEMAKAN ONLINE.COM DI MIALIANA.COM

Assalammualaikum wbt.

Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my



Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Syarat Penyertaan Giveaway :
  1. Buat entri bertajuk Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com
  2. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  3. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
  4. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual oleh SemakanOnline.com dan akan diumumkan pada 21 Januari 2019.
  5. Giveaway ini berlangsung dari 9.00 pagi 2/1/2019 sehingga 11.59 malam 16/1/2019.
Jom join! Sesiapa yang ada kesempatan tu support KAK MIA kita ni ^_^

Monday, 7 January 2019

TAMAN REKREASI GUNUNG LANG, IPOH, PERAK

Assalammualaikum wbt.


Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh telah menjadi satu tarikan terbaru buat orang ramai berekreasi santai bersama keluarga. Cantik tempatnya. Tenang. Bawa anak2 mesti seronok. 


APA YANG MENARIK?

Dipintu masuk Taman Rekreasi Gunung Lang ini juga, pengunjung berpeluang menikmati percikan air dari air terjun buatan yang merupakan air terjun buatan manusia tertinggi di Malaysia.

Tapi ada waktunya untuk air terjun ini beroperasi iaitu Isnin-Jumaat (10 pagi-12 tengah hari)(4 petang-6 petang) dan pada Sabtu/Ahad/cuti umum (9 pagi-11 pagi)(1 petang-3 petang) dan (5 Petang-7 Malam) sahaja.

Malah masuk sahaja di perkarangan taman ini, anda boleh lihat orang ramai begitu teruja memberi makan kepada ikan jenis keli Afrika dan Ikan Koi, talapia dan lampam yang bersaiz besar.


Makanan ikan ada dijual di gerai makanan cuma berharga RM1 sahaja.




Selepas itu anda boleh bergerak memasuki Gunung Lang dengan menaiki bot khas yang disediakan bagi menyeberang tasik dan melihat mini zoo, Rumah Perak dan pelbagai taman di dalam taman tersebut.



Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 300 meter.


Operasi bot adalah pada Isnin hingga Khamis 8 pagi hingga 6 petang, Jumaat (8pagi-12 Tengah Hari)(3 petang-6 petang) manakala pada Sabtu/Ahad/cuti umum (8.30 pagi -6 petang)

MINI ZOO

Taman ini turut menyediakan mini zoo, sepanjang perjalanan anda di dalam taman tersebut anda akan dapat saksikan haiwan seperti burung, burung kasawari, rusa, kuda padi dan landak yang dijaga rapi di dalam kandang masing-masing.



Namun anda dilarang memberi makanan kepada binatang tersebut ye. Jadi jangan sesekali menghulur sebarang makanan, takut dimarahi pula.

Jadi, pada sesiapa ibub bapa yang ingin berjalan-jalan dihujung minggu dengan anak-anak, boleh bawa mereka ke sini.=)

Manfaatkan masa yang ada ye. Semoga bermanfaat. Sekian, terima kasih kerana sudi singgah blog Yaya ye. ^_^

Sponsor