Sunday, 30 December 2018

SELAMAT TINGGAL 2018!

Assalammualaikum wbt.


Kita sudah dalam hari² terakhir 2018. Sedihkan rasa... Tak mengapa, orang bijak kata jangan pandang belakang. Orang beriman kata terus bergerak ikut agama di depan. Jadi...apakah persediaan kita untuk 2019?

Apapun azam, cita² dan impian hidup yang ingin kita kejar dalam 2019, sekurang²nya letakkan 10 perkara ni sebagai leading dalam portfolio kita tahun depan...

* Istiqomah solat awal waktu
* Istiqomah solat malam
* Istiqomah baca Quran
* Perbaiki adab dan akhlak
* Jaga syariat/aurat/iktilat
* Rapatkan hubungan silaturrahim
* Menyantuni keluarga
* Banyakkan sedekah dan zikir 
* Jaga lisan, jangan ghibah & fitnah
* Selalu doa supaya husnul khotimah, terhindar dari siksa kubur 
dan selamat dari api neraka. 

Lepas tu baru letak azam 'keduniaan' kita untuk tahun 2019. Contohnye nak work hard ke, study smart ke, sambung study ke, belajar masak ke, nak settle down ke...dan etc...etc...

Selamat praktik...buat amali yer saudara²ku semua. Bila dah masuk tahun baru nanti, boleh kita speed terus. Kalau tak biasakan diri, nanti asyik gear 1 dan N jer. Tak pun terus P...xde perubahan. Paling teruk kalau terus masuk gear R. Kemudian pujuk hati, it's ok...tunggu 2020 nanti ler capai azam.

Kalau sempat la kan...tapi kalau 2019 pun tak sempat nak buat "home run", half way Allah da 'panggil' kita untuk menghadap NYA semula, macam mana yer? So, banyak²kan berdoa supaya kita masih ada masa untuk beramal soleh tahun depan. InsyaAllah.


Semoga tahun 2019 kita jadi hamba Allah yang lebih baik dari tahun 2018. Semoga hidup kita sekeluarga, rezeki dan ilmu yang kita perolehi lebih diberkati Allah. Semoga hidup kita bermanfaat untuk agama, nusa dan bangsa. Allahumma aamiinn.


Thursday, 27 December 2018

3 WAKTU TIDAK DIGALAKKAN MANDI

Assalammualaikum wbt.

Sekadar perkongsian. =)


1. 30 minit selepas solat Asar.

2. Selepas Maghrib.

3. Selepas Isyak sehingga 12 malam.

PENJELASAN
*1. 30 minit selepas solat asar.*

Adalah waktu dimana darah dalam badan panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi letih dan penat untuk bekerja.

*2. Lepas Maghrib*

Jantung kita sudah mulai lemah untuk bekerja. Kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair.

*3. Selepas solat Isyak*

Ini masanya jantung berehat, jika mandi ketika ini akan mengakibatkan lemah jantung.
Sebaiknya mandi selepas jam 1 pagi.

Antara pukul 2~3 pagi, itu akan lebih memberikan tenaga kepada badan seperti bateri yang telah lemah dicas semula.

Alamak aih. Yaya biasa mandi lepas Isyak. Paling awal pun lepas Maghrib tu. 2-2 waktu pun tak elok..huhu jadi bagaimana? Balik kerja sampai rumah pun nak maghrib. Takkan nak tunggu sampai jam 1 pagi baru mandi? Um.

Tak mengapa kot na. Bukan sengaja nak lewat mandi. InsyaAllah. Banyak selawat, doa minta pada Allah agar diberi kesihatan yang baik. Kalau nak sakit tu, tanda Allah nak hapus dosa kan.hehe.

Wallahua'lam. Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Wassalam.=)

Monday, 24 December 2018

JOM BERCUTI! - RUMAH KEBUN

Assalammualaikum wbt.












~ RUMAH KEBUN ~

4 bilik dan 4 bilik air
Ada 11 katil dan boleh memuatkan lebih 16 org.

Lokasi :
Kampung Sungai Semungkis Batu 14 1/2 Hulu Langat, Langat 43100, Selangor.

Harga Penginapan :

Hari Minggu

2 hari/1 malam : RM1,500/-
3 hari/2 malam ; RM1,950/-

Hujung Minggu, Cuti Umum & Cuti Sekolah

2 hari/1 malam : RM2,000/-
3 hari/2 malam ; RM2,600/-

Untuk Maklumat lanjut boleh berhubung melalui:

Email : rumahkebun.enquiry@gmail.com

AirBnB : https://www.airbnb.com/rooms/9844235

Facebook : https://www.facebook.com/rumahkebunresidence/


Wednesday, 19 December 2018

BACA 3 ZIKIR INI JIKA TERJAGA DARI TIDUR

Assalammualaikum wbt.

Perkongsian hari ini. Pada yang belum amalkan, jom sama-sama kita mulakan. Zikir yang sangat mudah. Dah biasa sangat lidah ni mengucapkannya. Jadi pasti tiada masalah jika terbangun dimalam hari. Jangan malas baca ye. Bila dah baca, boleh kongsi dengan kengkawan yang lain.=)

Tidur Tiba Tiba Terbangun • Baca Do'a Ini,Pasti Allah Kabulkan | Ust Dr Khalid basalamah MA



Dari ‘Ubadah bin Shamit RA, dari Rasulullah SAW, beliau bersabda,


“Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca :

لا إله إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ ولهُ الْحَمْدُ وهُوَ على كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، 
الحمدُ للهِ، وسبحانَ اللهِ، ولا إله إلا اللهُ، واللهُ أَكْبَرُ، 
ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللهِ

Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, 
lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syain qodiir. 
Alhamdulillah wa subhanallah, wa laa ilaha illallah, wallahu akbar, 
wa laa hawla wa laa quwwata illa billah

Segala puji bagi Allah Tiada sembahan yang benar kecuali Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia maha mampu atas segala sesuatu, segala puji bagi Allah, maha suci Allah, tiada sembahan yang benar kecuali Allah, Allah maha besar, serta tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah.

Kemudian dia mengucapkan:
اَللّهُمَّ اغْفِرْ لي
“Ya Allah, ampunilah (dosa-dosa)ku“, atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwudhu dan melaksanakan shalat maka akan diterima shalatnya”[1].

Hadits yang mulia ini menunjukkan besarnya keutamaan orang yang berzikir ketika terjaga di malam hari, kemudian dia berdoa kepada Allah atau melakukan shalat[2].

Imam Ibnu Baththal berkata: “Allah menjanjikan melalui lisan (ucapan) nabi-Nya SAW bahawa barangsiapa yang terjaga dari tidurnya (di malam hari) dalam keadaan dia lidahnya selalu mengucapkan (kalimat) tauhid kepada Allah, tunduk pada kekuasaan-Nya, dan mengakui (besarnya limpahan) nikmat-Nya yang karenanya dia memuji-Nya, serta mensucikan-Nya dari (sifat-sifat) yang tidak layak bagi-Nya dengan bertasbih (menyatakan kemahasucian-Nya), tunduk kepada-Nya dengan bertakbir (menyatakan kemahabesaran-Nya), dan berserah diri kepada-Nya dengan (menyatakan) ketidakmampuan (dalam segala sesuatu) kecuali dengan pertolongan-Nya, sesungguhnya (barangsiapa yang melakukan ini semua) maka jika dia berdoa kepada-Nya akan dikabulkan, dan jika dia melaksanakan solat akan diterima solatnya. Maka bagi orang sampai kepadanya hadits ini, sepantasnya dia berusaha mengamalkannya dan mengikhlaskan niatnya (ketika mengamalkannya) untuk Allah Ta’ala“[3].

Faedah-faedah penting yang terkandung dalam hadits ini:

– Imam Ibnu Hajar berkata: “Perbuatan yang disebutkan dalam hadits ini hanyalah (mampu dilakukan) oleh orang telah terbiasa, senang dan banyak berzikir (kepada Allah), sehingga zikir tersebut menjadi ucapan (kebiasaan) dirinya sewaktu tidur dan terjaga, maka Allah Ta’ala memuliakan orang yang demikian sifatnya dengan mengabulkan doanya dan menerima solatnya”[4].

– Keutamaan mengucapkan zikir ini juga berlaku bagi orang yang terjaga di malam hari kemudian dia mengucapkan zikir ini (berulang-ulang) sampai dia tertidur. Imam an-Nawawi berkata: “Orang yang terjaga di malam hari dan ingin tidur (lagi) setelahnya, dianjurkan baginya untuk berzikir kepada Allah Ta’ala sampai dia tertidur. Zikir-zikir yang dibaca (pada waktu itu) banyak sekali yang disebutkan (dalam hadits-hadits Rasulullah SAW), di antaranya … kemudian beliau menyebutkan hadits di atas[5].

– Di antara para ulama ada yang menjelasakan bahwa peluang dikabulkannya doa dan diterimanya solat pada saat setelah mengucapkan zikir ini lebih besar dibandingkan waktu-waktu lainnya[6].

Penulis: Ustadz Abdullah Taslim, MA
Artikel : KLIK SINI

Wallahua'lam. Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Wassalam.=)

Sunday, 16 December 2018

GIVEAWAY THE BERKAT DI MIALIANA.COM

Assalammualaikum wbt.


The Berkat (theberkat.com) ialah portal yang berkongsi pandangan tentang pendidikan dan kerjaya untuk golongan B40.

Siapa itu golongan B40?
Golongan B40 atau Bottom 40 ialah golongan yang ‘struggle’ untuk hidup. Mereka ini golongan yang berpendapatan 40% terendah di Malaysia, dengan purata gaji seisi rumah sebanyak RM3,860 sebulan.

Kenapa bantu B40?
Cara terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup dan kemiskinan ialah dengan ilmu. The Berkat ingin melihat golongan B40 berjaya dalam pendidikan supaya mendapat kerjaya yang bagus.

Contohnya dalam pendidikan, The Berkat berkongsi cara untuk fasih berbahasa Inggeris, tips menghadapi UPSR dan PT3, tips untuk berjaya dalam SPM, permohonan SBP, permohonan MRSM serta permohonan UPU.


Sekadar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Tak apa duit tak banyak, janji rezeki berkat.


Giveaway ini dianjurkan oleh TheBerkat.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2018/12/giveaway-the-berkat-di-mialianacom.html#ixzz5Zpx2nUn6

PENCARIAN BLOGLIST 2019 MAMAPIPIEDOTCOM

Assalammualaikum wbt.

*Klik banner untuk join =)*

Segmen ini berakhir pada 31/12/2018 11.59 Malam

Thursday, 13 December 2018

UMMU ZUFAR - WANITA HITAM PENGHUNI SYURGA

Assalammualaikum wbt.
5 Rabiulakhir 1440h

Sekadar renungan.. <3


Atha’ bin Abu Rabah berkata: Ibn ‘Abbas RA berkata kepadanya:

"Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang wanita daripada kalangan penghuni syurga."

Aku menjawab: Sudah pasti !

Ibn ‘Abbas berkata: "Inilah perempuan kulit hitam yang datang berjumpa Rasulullah SAW lalu dia berkata kepada baginda: 

"Sesungguhnya aku menghidapi penyakit sawan (lalu apabila sawan ku datang),
aurat aku akan terbuka. Doalah kepada Allah untuk diri ku."

Baginda SAW menjawab: Jika engkau mahu, engkau boleh bersabar, dan untuk engkau syurga. Jika engkau mahu, aku akan mendoakan engkau. Allah akan menyembuhkan engkau.

Wanita itu berkata: "Aku akan bersabar, tetapi aku sering terbuka aurat (bila penyakit sawan datang). Berdoalah kepada Allah agar aurat aku tidak akan terbuka."

Maka Rasulullah SAW mendoakan beliau.

Atho’ bin Abu Rabih memberitahu Ibn Juraih bahawa dia melihat Ummu Zufar (wanita di atas) yang tinggi lampai dan berkulit gelap di sisi Kaabah.

[Sahih al-Bukhari, (كتاب المرضى) Kitab Pesakit, (باب فَضْلِ مَنْ يُصْرَعُ مِنَ الرِّيحِ) Bab Kelebihan Orang Menghidap Penyakit Sawan, hadis no : 5220]

Siapakah wanita kulit hitam penghuni syurga ini?

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah menyebutkan dalam Fathul Bari bahawa nama wanita ini adalah Su’airah al-Asadiyyah (سعيرة الأسدية).[1] Beliau merupakan tukang sikat kepada isteri baginda, Khadijah bte Khuwailid RA.

Kisah Ummu Zufar yang ringkas ini wajar menjadi teladan kepada Muslimah khususnya. Siapakah di antara kita yang berdoa agar dia menjadi muslimah solehah? Ya, ramai daripada kita berdoa untuk diberikan kebaikan dunia dan akhirat, dijadikan anak yang soleh/solehah, dimurahkan rezeki, diberikan suami yang soleh, tetapi adakah siapa di antara kita pernah meminta doa sebagaimana yang diminta oleh Ummu Zufar?

Dia sedar auratnya terbuka ketika diserang penyakit sawan, tetapi dia mahukan syurga, tetapi dia juga mahu maruahnya terjaga.

Bagaimana pula dengan keadaan kaum Muslimah kini, khususnya di Malaysia. Adakah masih wujud alasan untuk membuka aurat sedangkan wanita kulit hitam penghuni syurga ini pun masih berusaha menjaga auratnya walau ketika diserang penyakit sawan.

Wahai saudari ku,
Kita semua insan yang tidak sempurna. Berdoalah agar kita menjadi insan yang solehah, berdoalah agar aurat kita tertutup sentiasa, berdoalah agar kita menjadi insan yang bermaruah sebagaimana bermaruahnya Su’airah al-Asadiyyah !
Rujukan:Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari
Al-Isobah Fi Tamyiz as-Sahabah

Wallahua'lam. Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.


Wassalam.=)

REDHA DENGAN UJIAN ALLAH

Assalammualaikum wbt.
5 Rabiulakhir 1440h



Sebagai seorang mukmin yakinlah Allah sayangkan kita. Dengan ujian, hadirnya perasaan bergantung harap padaNya. Dengan ujian, ianya dapat melatih hati sanubari kita agar redha dengan keperitan hidup yang menusuk jiwa raga.

Hayatilah hadis di bawah ini yang menggambarkan keindahan sifat redha:

“Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. 
Barang sesiapa redha menerima ujian itu, Allah redha pula kepadanya. 
Dan barang siapa yang marah, maka Allah murka kepadanya.”

(Hadis riwayat at Tarmizi)

Ada yang tak redha apabila isterinya tidak pandai masak. Ada yang tidak redha apabila suaminya itu tidak mewah kehidupannya.

Ada yang tidak redha bila di uji dengan penyakit. Ada yang tidak redha  kerana kegagalan dalam perniagaan. Ini semua penyakit hati yang perlu dibersihkan.

Penawar penyakit ini adalah kembali pada Allah. Kita jaga solat, Allah jaga kita. Rendahkanlah suara penuh khusyuk tatkala menongkat tangan ke langit (berdoa).

Berzikirlah siang dan malam. Berjagalah malam solat tahajud menghadap wajah ke arah kiblat. Hayatilah al-Quran dari segi makna dan tafsirannya

Alunan al-Quran menjadi penawar mujarab duka lara. Hiasilah diri dengan sifat terpuji seperti sedekah, sopan, pemalu, berlumba lumba mengejar kebaikan dan rendah diri.

Cucilah jiwa ini dengan majlis ilmu. Barangsiapa yang menempah jalan menuntut ilmu yang benar, insyaAllah syurga ganjarannya.

Ujian ini pencuci dosa. Jangalah putus asa wahai insan. Sesungguhnya redha itu ajaib. Tawakal itu ajaib.

Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam samada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah menghapuskan sebahagian daripada dosanya.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُشَاكُ شَوْكَةً فَمَا فٌوْقَهَا إِلَّا كُتِبَتْ لَهُ بِهَا دَرَجَةً وَ مُحِيَتْ عَنْهُ بِهَا خَطِيْئَةً – مسلم

Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya,

”Tidaklah dari seorang Muslim yang tertusuk duri hingga apa-apa yang lebih berat darinya, kecuali dicatat baginya derajat dan dihapus darinya dengan hal itu kesalahan

(Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, para ulama berkesimpulan bahwa segala musibah yang menimpa seorang Muslim, maka itu akan mendatangkan balasan berupa pahala dan pengampunan terhadap dosa.

Jangan memberontak dan marah tatkala ujian yang menimpamu. Redhalah dengan ujianmu. Redhalah dengan keperitan jiwamu. Semoga ujian ini menjadi pengasah jiwamu.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? …..”

(Surah Al-Ankabut: 2-3)

Kesimpulannya , apabila kita sabar dan redha ujian di dunia ini yakinlah Allah SWT akan redha pada kita di dunia dan akhirat.  Jika dipilih mendapat redha Allah tidak ada balasan yang terbaik melainkan syurga. Aamiin. InsyaAllah =)

Monday, 10 December 2018

SKYTROPOLIS INDOOR THEME PARK, GENTING HIGHLAND

Assalammualaikum wbt.

Musim cuti sekolah ni bawa anak-anak pergi mana ibu-ibu bapa-bapa sekalian?? Jika ada kesempatan, boleh bawa mereka berseronok di Skytropolis Indoor Theme Park, Genting Highland ni. Memang menarik. Lepas tu boleh la pula pergi shopping di sana atau naik cable car.













Lokasi bertempat di :
Level 1, First World Plaza

Waktu Operasi:
10 pagi - 10 malam

Harga tiket bagi setiap permainan:
Hari biasa (Ahad - Khamis) : RM10
Hari Minggu (Jumaat - Sabtu, Cuti Umum, Cuti Peristiwa, Cuti Sekolah) : RM15

Pass Preview : Membolehkan anda mempunyai pengalaman tanpa had berdasarkan permainan yang tersedia.

Skytropolis Funland Preview Pass : RM50

PAKEJ JIMAT!


Dapatkan pakej kombo di mana-mana lokasi dibawah : - Skytropolis Funland ticketing counter (Level 1, First World Plaza) - SnowWorld ticketing counter (Level 2, First World Plaza) - SeniKome Péng Hēng (Level 4, First World Plaza) * Tertakluk kepada Terma dan Syarat * Kesemua pas masuk adalah dalam mata wang Ringgit Malaysia termasuk 10% duti hiburan (entertainment tax). * Harga adalah berdasarkan permainan yang ada.

PARK MAP

Untuk maklumat lanjut, boleh juga lawati laman sesawang dibawah ini ye =)


Selamat bercuti! Hati-hati dijalan raya.
Sekian, Wassalam =)

Sponsor