Monday, 29 October 2018

JAM PUSINGAN TAWAF DARI AL ISRA

Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah. Lama dah Yaya usha jam pusingan tawaf ni. Dapat juga grab satu. Tu pun masa depa wat harga promo dan jam ni pre-order. Hampir sebulan juga tunggu. Dan baru je dapat ni.

Unik kan. Cantik pun cantik. Memula nak ambil jam pusingan terbalik jenis SPORT. Tapi bila nampak jenis LADIES DIAMOND ni tertarik pula. Takpa, next time bole ambil yang jenis SPORT pula. Hadiahkan pada orang yang tersayang.Eh! =p

✔ TREND TERKINI – Design limited edition lebih bergaya dan luar biasa dengan pusingan tawaf. Viral di sosial media, telah masuk TV9 dan TV AL-Hijrah serta di akhbar tempatan.

✔ UNIK – Sangat exclusive kerana jarum jam mengikut pusingan tawaf dan tiada jual di kedai biasa. Bangga bila orang rapat sekeliling mula beri perhatian bila tgk jam ini dan tanya cara utk dapatkannya.

✔ KEMBALI KPD FITRAH – Konsep pusingan jam mengikut arah tawaf. Pusingan ni sgt positif kpd jasad tubuh badan si pemakainya.

✔ ENJIN QUARTZ BUATAN JEPUN – Enjin jenis ini menghasilkan frekuensi yang teratur dan tepat. Jadi, ia adalah lebih tepat dari jam mekanikal dari segi penentuan masa.

✔ WARRANTY 1 TAHUN – Jaminan kerosakan enjin kami cover utk 1 tahun. Wah, berbaloi kan, dahlah murah, siap ada warranty

✔ EXCLUSIVE GIFT BOX – Percuma kotak dengan setiap pembelian jam. Sesuai sgt nak buat hantaran kahwin kan.

ON x ON??heeee

If ada yang nak grab juga boleh la usha laman sesawang mereka kat bawah ni:

IG: AL ISRA
FB: AL ISRA
WEBSITE : AL ISRA

Sekian,Wassalam =)

Sunday, 28 October 2018

MERAHKAN JARI DENGAN INAI JENAMA YANG SEMAKIN POPULAR INI

Assalammualaikum wbt.

Saja nak share satu jenis or jenama inai yang Yaya baru try pakai. Inai apa? It's INAI DAMIA. 

Rasanya ramai dah mula mengenali INAI DAMIA ni kan. Yaya excited nak share sebab dalam banyak-banyak inai yang Yaya pernah pakai sebelum ni, hasil dia tak seperti INAI DAMIA yang Yaya baru cuba pakai ni. Totally different dan Yaya suka gila dengan inai ni. Merah + pekat + cantik dan yang paling penting, warna dia tak bercapuk. Eh da macam makeup pula guna perkataan tu.haha Tapi memang betul.

Kalau sebelum ni, inai Yaya guna baru je sehari dua, warna dah jadi macam bertompok-tompok, lepas tu macam luntur pula warna dia gitu tapi dengan INAI DAMIA ni, warna dia cantik dan smooth je. Tak caya cuba tengok gambar Yaya ambil kat bawah ni:



Cantik tak warna dia..?memang nampak sebati and smooth je

Ni kalau time nak langsung nanti memang pakai inai ni la. Cantik pun cantik. Harga pun ok. Berbaloi la dengan hasil nya.

Ni cara nak pakai kalau nak dapat hasil yang cantik. Masa Yaya pakai hari tu sebelum tidur. 
Jadi esok paginya boleh terus basuh inai. Memang maveles la hasil dia =)

Kredit : instagram - inaidamia

If korang nak cuba, boleh lawat INSTA dan FB mereka macam dalam gambar 1st kat atas tu atau info Yaya share kat bawah ni. Yang ni Yaya beli masa diorang buat promo hari Malaysia Bulan September lepas.hehe lama kan =p ala kurang berapa ringgit je. 


Untuk yang tinggal area Klang/Shah Alam boleh berhubung dengan agen dalam gambar atas ni. Puan Ratenadiana. Dia boleh COD untuk area ni.Cas berapa ringgit je untuk delivery. Mana yang nak beli untuk hari bahagia korang tu atau nak suka-suka pakai tu boleh la cuba.
INAI DAMIA




Sekian review Yaya untuk hari ini.hehe. Selamat mencuba ye. Wassalam =)

Saturday, 27 October 2018

KUIH BATIK COKLAT RANGUP

Assalammualaikum wbt.


Rangup!

Serius sedap!

Buat lagi biskut kegemaran Yaya sekeluarga. Tapi kali ni serius buat bahan sedia ada kat rumah. Versi biskut 'keras'. hehe keras bukan keras sampai boleh baling kat orang tau. Tapi lebih kepada RANGUP la..haaa tu perkataan dia. Adoi. Lupa pula perkataan RANGUP tu..hehe

Yaya lupa apa bahan yang Yaya campak masa buat kuih ni ^o^ tapi Yaya share juga la untuk yang entah keberapa kali ni RESEPI BISKUT BATIK yang Yaya biasa buat ni. Ramai dah tahu tapi Yaya nak share juga. Tak best la bagi tengok gambar kuih ni je kan.


Bahan-bahan:


* 240gm butter/marjerin
* 3/4 cawan serbuk koko
* 1 cawan milo
* 1 tin kecil susu pekat manis
* biskut marie (plain) secukupnya (350gm)
* Nestum perasa original atau madu (bukan3 in 1 ye) Yaya guna Nestum Madu.


Tambahan:
- 3 in 1 Nescafe
- Coklat yang korang suka.
* Coklat rice/apa2 hiasan untuk dicampak atas kek tu nanti.. ^o^ 


Cara-cara:


- Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil
- Setelah cair masukkan susu pekat, kacau sebati, masukkan pula koko, kacau hingga sebati.
- Seterusnya masukkan milo. Kacau sebati. Kacau sampai tidak berketul.
- Yang ada bahan tambahan tu, boleh masukkan dah cepat2 tau. INGAT! Jangan sesekali buka api besar kalau tak nak coklat korang tu hangit dibawah..huhu
- Kacau. Setelah pekat dan semuanya sebati, boleh padamkan api.
- Masukkan 1 1-2 cawan nestum. Kacau sebati.
- Kemudian, maukkan biskut meri. Buat sikit-sikit supaya semua biskut diliputi coklat, barulah melekat. ^,^
- Sambil tu sediakan bekas untuk letak kek tu. Better lapik dengan plastik putih yang orang guna bungkus nasi lemak tu...(eh nak jugak nasi lemak..ngeee) supaya senang korang nak keluarkan nanti time nak potong kuih/kek tu.
- Bila da buh dalam bekas, campak pula hiasan yang korang ada kalau nak la..kalau xde pun xpe. Tidak menjadi kesalahan besar disitu.. ^o^. Ok. Siap...!

Oh ye, baru Yaya ingat, masa Yaya buat biskut batik macam dalam gambar kat atas ni, Yaya guna biskut meri yang perasa coklat tu. That's why nampak gelap biskut tu kan.hehe.

Serius sedap! Rasa manis manis pahit gitu. Kalau nak cuba, sila la. =)Selamat mencuba ye.


Sekian,Wassalam..

Friday, 26 October 2018

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

Assalammualaikum wbt.


1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iaitu jari ibu, telunjuk dan tengah. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI (khas lelaki)
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

DOA BANGUN TIDUR



44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK


Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sebarkan...supaya lebih ramai lagi yang mengamalkan sunnah...

Jom amal sunnah nabi!!

Thursday, 25 October 2018

BELAJAR SELAMA 33 TAHUN, HANYA MENDAPAT 8 PERKARA?

Assalammualaikum wbt.
Salam 16 Safar 1440h

Suatu hari, Imam Syaqiq al-Balkhi bertanya kepada muridnya yang bernama Hatim al-Asom:

■ Imam Syaqiq : "Sudah berapa lama engkau menuntut ilmu daripadaku?".

● "Sudah 33 tahun", jawab Hatim.

■ "Apa yang telah engkau pelajari, selama 33 tahun ini?", tanya Imam Syaqiq.

● "Hanya 8 perkara", jawab Hatim.

■ "Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun ! 

Ku habiskan umurku untuk mendidikmu, namun engkau hanya mempelajari 8 perkara daripadaku?", Ucap Imam Syaqiq kehairanan.

● "Benar Yaa Syeikh, aku hanya mempelajari 8 perkara sahaja, aku tidak mahu mendustaimu", jawab Hatim.

■ "Cuba sebutkan 8 perkara yang telah kau pelajari itu !". Kata Imam Syaqiq.

● Hatim al-Asom pun berkata :

1) "Kulihat setiap manusia memiliki seorang kekasih. Ketika dia mati, kekasihnya ikut menghantarkannya hingga ke kubur, lalu meninggalkannya sendirian di sana."
  • Maka, Aku lebih memilih amal kebajikan sebagai kekasihku. Sehingga ketika nanti Aku masuk liang kubur, amalku akan ikut bersamaku.

2) "Aku merenungkan firman Allah" : 

"Dan adapun orang² yang takut kepada Kebesaran Rabbnya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya, maka syurga-lah yang akan menjadi tempat tinggalnya."
(Surah al-Naazi'aat [79] : 40-41).
  • Aku sedar, bahawa Firman Allah pastilah benar, Maka aku pun berjuang untuk melawan keinginan nafsuku, hingga nafsuku tunduk kepada Allah.

3) "Ku perhatikan manusia selalu memuliakan dan menyimpan harta benda berharga yang mereka miliki, lalu ku pelajari Firman Allah":

"Apa yang ada disisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi Allah akan kekal."
(Surah al-Nahl [16] : 96)
  • Maka setiap kali aku memperoleh sesuatu yg berharga, aku pun sedekahkannya di jalan Allah, agar hartaku selalu tetap terjaga di sisi-Nya.

4) "Aku melihat setiap manusia mengejar harta, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan nasab. Namun setelah aku mempelajarinya, ternyata semua itu tiada apa²nya, dikala aku membaca firman Allah" :

"Sesungguhnya, orang yang paling mulia disisi Allah, 
adalah orang yang paling bertaqwa (kepada Allah) di antara kalian."
(Surah al-Hujurat [49] : 13)

Kerana itulah, aku pun beramal untuk mewujudkan Taqwa, agar aku memperolehi kedudukan yang Mulia di sisi Allah Ta'ala.

5) "Aku melihat manusia saling mencela dan melaknat, dan punca semua itu adalah hasad (kedengkian). Lalu aku mempelajari Wahyu Allah" :

"Kami telah membahagikan untuk penghidupan mereka di alam dunia."
(Surah al-Zukhruf [43] : 32)

Aku pun sedar, bahawa semuanya telah dibahagi oleh Allah. Maka aku tinggalkan sifat Hasad (dengki), ku jauhi manusia, dan aku tidak bermusuhan dengan seorang pun.

6) "Kulihat manusia saling menganiaya dan saling membunuh, padahal Allah telah berfirman":

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, 
maka jadikanlah ia sebagai musuh (mu)."
(Surah Fathir [35] : 6)

Oleh sebab itu, kutinggalkan permusuhan dengan manusia dan kujadikan syaitan sebagai satu²nya musuhku. Aku selalu mewaspadainya dengan sekuat tenaga, sebab Allah sendiri yang telah menjadikan syaitan sebagai musuhku.

7) "Aku melihat setiap orang hanya demi sepotong roti (harta), mereka rela menghinakan diri mereka sendiri dengan melakukan hal² yang diharamkan oleh Allah.
Lalu kuperhatikan Firman Allah" : 


"Dan tiada suatupun binatang melata di bumi,
 melainkan Allah telah menanggung rezekinya."
(Surah Hud [11] : 6)

Aku sedar, bahawa diriku adalah salah satu daripada yang melata itu, dan Allah Ta'ala telah menjamin rezeki ku. Oleh kerana itu, kusibukkan diriku untuk menunaikan kewajiban yang telah diberikan oleh Allah dan aku tidak pernah merisaukan sesuatu yang telah dijamin oleh Allah untukku.

Sekadar perkongsian untuk muhasabah diri bersama-sama. Maaf jika tersilap informasi. Yang baik segala datag dari Allah SWT, yang buruk dari diri Yaya sendiri. Jemput share untuk manfaat bersama. =)

Sekian, Wassalam.

Wednesday, 24 October 2018

WORDLESS WEDNESDAY - STOCK!

Assalammualaikum wbt.
Salam 15 Safar 1440m

Beli + beli + beli = tak sedar da banyak stok LOL ^o^
Sapa macam Yaya juga? haha

Thursday, 18 October 2018

NOSTALGIA ZAMAN KANAK KANAK

Assalammualaikum wbt.
Salam 9 Safar.

Pastinya semua orang mempunyai nostalgia yang tidak boleh dilupakan di zaman kanak-kanak mereka, kan. Antara nostalgia tu, mengenai hobi, permainan, kawan bermain, makanan kegemaran dan banyak lagi.

HOBI
Dulu memang suka mengumpul barang atau apa-apa sajalah yang boleh disimpan. Hehe. Macam gambar yang boleh dilihat kat bawah ni. Setem ni bukan Yaya yang kumpul. Tapi kakak Yaya. Tapi (eh banyak tapi pula ^,^") bukanlah pengumpul tegar kata orang. Kumpul sekadar suka-suka. Cuma ada 2 buku setem je. Itu pun tak penuh. Sebab apa? Satu buku tu kumpul setem lama, yang dah diguna, satu buku lagi pula setem baru yang agak rare. Bukan rare apa lah pun. Cuma dedulu kan POS kadang tiap minggu ke bulan (lupa dah) ada tema-tema mereka (gituu). Contoh boleh tengok gambar kat bawah ni.





Kalau setem yang biasa kan gambar buah je, atau gambar apa lagi ada ye..alamak lupa lagi. Nampak tak kesan faktor usia disitu haha. Lepas tu, dulu kan zaman hantar surat-menyurat sebelum wujud aplikasi 'Whatsapp, Facebook, Insta' dan yang seumpama dengannya ada. Kadang, bila nak menghantar surat tak sempat nak pergi pejabat pos untuk beli setem, Yaya minta je kat kakak Yaya satu-dua setem, haha. Lelama habis setem baru kakak sampai naik angin dia dibuatnya.haha. Tapi bila da amik, Yaya bayar la kat dia balik. Da macam POS kedua dah dia, tempat beli setem.hehe

PELEKAT
Lagi satu kenangan zaman kanak-kanak Yaya ni. Suka beli dan kumpul pelekat macam kat bawah ni ha. Beli kat company apa ntah pun dah lupa dah Yaya. Masa tu, company tu akan hantar katalog tiap bulan. Company ni jual pelekat (macam kat bawah ni), gambar artis korea la, barat la, Malaysia pun ada juga tu ha. Yang femes beli time ni macam gambar kat bawah ni la. Beli artis yang popular masa tu. Zaman Britney Spears, N'sync, Back Street Boys haaaa. Budak-budak lahir tahun hujung 80an dgn awal 90 an taula.

Zaman Britney muda mudi selim melim gituuu tau..haha

KOMIK
^o^

Haa ni lagi satu. Komik! Tak sah kalo takdo. Dedulu minat baca komik Shin Chan (tak cukup tengok kat TV =p), doraemon, paling fevret 2 komik ni. Sailormoon dengan Detektif Conan! ha. Siapa yang pernah layan 2 komik ni tau la addict dia macamana. Lepas satu Vol, beli lagi sambungan Vol dia yang lain sampai berpuluh Vol dah baca.haha. Komik Sailormoon rasanya dah takda tapi komik Detektif Conan tu macam ada lagi. Tapi bukan Vol. baru la. Mereka terbit semula je. Kali terakhir tengok ada jual kat Kedai Buku Popular tapi itupun tak ingat tahun bila.

Suka tengok kartun dia. Cantik..





























Siap ada Fan Club. Pretty Guardians lagi tu. wuuuu
Tapi tak sempat nak join.da close.haha

Merchandise yang dapat if join to da club..hehe
Menarik betul!

Ada banyak lagi koleksi zaman kanak-kanak sebenarnya. Apa yang Yaya tunjuk ni pun sebab kebetulan malam tengah kemas sikit laci dalam bilik tu haaa sekali terjumpa benda-benda ni.Haha. Terus mengimbau kenangan silam zaman kekanak dulu. Lahai best pula teringat. Tapi pastinya ia takkan dapat kembali pada zaman gajet canggih sekarang ni. Budak-budak pun sibuk dengan IPAD la, smartphone la,game semua guna gajet. Main permainan dalam tu. Itulah yang akan jadi memori zaman kanak-kanak mereka nanti,kan. 

Rasanya itu perkara baik atau tidak ye.? 

Mungkin baik untuk zaman mereka sekarang. Tapi dengan syarat, ibu bapa kena selalu pantau anak-anak mereka. Apa yang mereka tengok, apa yang mereka main, kalau boleh nak beri mereka main game pun biarlah permainan yang mencabar minda, yang boleh memberi manfaat yang baik bukan game/permainan yang entah apa-apa yang tiada kebaikan langsung tu. Dan kalau boleh seeloknya, jangan terlalu kerap dan manjakan mereka dengan gajet sepanjang masa. Kita, sebagai orang dewasa ni kena selalu ajar mereka untuk isi masa yang ada dengan belajar, baca buku pelajaran, kalau main, ada waktu bermain mereka, hal agama pun perlu dititik berat juga, ajar mengaji dan seumpamanya agar hal dunia dan akhirat ni dapat diseimbangkan. Dari kecil la mereka perlu dididik. Disaat mereka masih tidak tahu apa-apa, diwaktu umur mereka mempunyai banyak persoalan tentang segala benda dan perkara. Ajar mereka apa yang boleh, apa yang tidak. Kalau dah besar nanti, nak mendidik pastilah amat sukar dan lebih mencabar,kan.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi anak-anak kita dari segala perkara yang tidak baik Aamiin. InsyaAllah. Itu je yang Yaya nak kongsikan. Maaf jika ada tersilap kata dan ayat dalam entri Yaya kali ni.

Sekian, Wassalam. =)

Sponsor