Monday, 30 July 2018

KENAPA HARGA 'SPARE PART' DI PUSAT SERVIS KERETA (SPECIALIST) LEBIH MAHAL DARI BENGKEL BIASA DI LUAR?

Assalammualaikum wbt.
Salam 17 Zulkaedah 1439h

Hari Isnin biasa mood memang lemau sikit kebiasaanya buat Yaya. Dan mungkin buat kebanyakan orang juga tapi hari ni mood ok. Tak moody macam selalu. Haha. Dah kenapa Yaya nak moody je. Aishh =_=

LANGIT TIDAK SELALU CERAH
Tapi ku sangka siang cerah bercahaya sehingga ke petang rupanya hujan lebat guruh kilat di tengah hari. Adedei..mengapa Yaya berkata begitu ?(eh ayat skema tetiberrr) Sebab dapat 1 whatsapp dari staff Service Center tempat Yaya hantar kereta servis baru-baru ni yang telah mengemukakan satu 'QUOTATION' bagi barang-barang gantian @ 'spare parts' untuk kereta Yaya yang sedang dilanda demam kuning barangkali. Huhu

CERITA BERMULA BEGINI
2 minggu lepas baru hantar kereta untuk servis. Kereta ni sebenarnya Yaya baru amik. 'Used car' la senang cerita. Bukan kereta baru. Tahu, sememangnya kereta second hand ni memang banyak masalahnya. Sebelum nak amik pun family semua suruh amik je kereta baru. Tapi seketul Yaya ni adalah seorang yang degil. Apa yang dia nak, itu je la bendanya. Jangan disuruh tukar benda lain. Mau muncung seminggu nanti.haha

Panjang sangat pula kalau nak dicerita dari awal. Sapa je la nak baca panjang-panjang kan.haha *gelak diri sendiri* Dipendekkan cerita, bila da dapat keluar kereta second tu, Yaya terus bawa pergi services center brand kereta tu. Kenapa tak hantar je kat bengkel kereta biasa kat luar? Bukan tak nak pergi @ bukan berlagak nak servis kereta kat center je tapi untuk pertama kali servis kereta second ni biarla dari center sendiri plus++ nak minta mereka cek keseluruhan kereta mana-mana part yang bermasalah sebab tak nak nanti akan timbul masalah lain pula bila kereta dibawa dijalan raya. Yaya dah la lone ranger, yang selalu keluar seorang. Independent la sangat. Tapi sapo nak tolong den ni ha kalau tetengah jalan bawa 'hang' kereta tu tiberr kang, haaaa...jadi sebelum kerosakan besar berlaku eloklah mana-mana part yang elok ditukar tu, diganti secepat yang boleh.

MINTA 'QUOTATION'
Lepas mereka dah list kan bahagian-bahagian alat ganti kereta mana yang perlu ditukar mahupun diperbaiki, Yaya minta mereka buat senarai tu sekali dengan harga. Jadi mudahlah sikit Yaya nak buat 'kerja' nanti. Buat bajet tiap bulan. Tukar mana yang penting terlebih dahulu. 

Agak lama dalam seminggu jugala menunggu sebut harga senarai barangan dari mereka. Dan bila tiba masanya iaitu hari ini, memang agak mengejutkan. Nak tau berapa kos keseluruhan?

Almost RM7k uolss >,<
Kemain tau cas labour tu. 1k++ kooo jangan memain..haha

Tapi taklah terkejut sangat bila memikirkan itu harga dari CAR SERVICE CENTER jenama kereta tu sendiri, bukan bengkel biasa. Kalau bengkel biasa di luar mungkin harga lebih murah. Terus sakit kepala hakak dek non bila tengok harga tu. Yup. Kalau tak mahu terasa sangat duit tu keluar, boleh la buat sikit-sikit. Tukar mana yang penting terlebih dahulu, kan.

Jadi apa keputusan Yaya selepas ini? Simpanan yang ada pun tak cukup. Nak pinjam wang dari AH LONG?? Oh TIDAK sama sekali. Itu keputusan orang yang kurang akal.huhu. 

Jadi, nak pinjam family? Hm. nak elak sebenarnya kalau boleh. Hutang dengan mak masa amik kereta tu pun belum habis bayar lagi ni nak pinjam lagi buat repair kereta. Haha MATILANAKK mak Yaya cakap nanti. haha. Takpa. InsyaAllah ada jalan penyelesaian nanti. Tunggu je la entri Yaya seterusnya nanti (jika ada.haha). Itupun jika ada yang nak tahu la apa yang Yaya akan buat nanti untuk selesaikan masalah Yaya ni. Ececeh macam masalah besar sangat. Yaya oh Yaya....

Terima kasih buat yang sudi singgah blog Yaya & baca entri sampai habis. Much LOVE <3<3<3 nanti Yaya singgah balik blog korang ye.

Sekian, Wassalam =)

Saturday, 28 July 2018

RESEPI : CUCUR KEJU @ CHEESE

Assalammualaikum wbt.

Hari ni nak share 1 resepi menarik. Tak tahu korang pernah cuba atau tidak. Kalau belum, jom cuba! Ni bukan cucur biasa-biasa tau. Naik taraf dah. Hehe Dengan bahan yang mudah dan cara membuatnya pun senang, boleh la dibuat untuk makan sarapan atau minum petang gitu.

RESEPI CUCUR CHEESE


Bahan-bahan : 

▣ 2 CAWAN TEPUNG GANDUM
▣ 2 CAWAN AIR PANAS
▣ 3 @ 4 SUDU BESAR GULA
▣ 1 SUDU KECIK GARAM
▣ CHEESE POTONG PETAK

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan diatas.

2. Bila dah sejuk, boleh bulatkan atau buat la bentuk ikut suka kome. Tapi yang penting cheese @ keju yang telah dipotong petak tu, korang masukkan dalam cucur yang korang bentukkan tadi.

3. Lepas da bulat-bulatkan, boleh terus goreng seperti biasa.


**p/s : bahan air panas tu sebaiknya gunakan air yang baru mendidih tau. Baru menjadi. Bukan yang acah-acah panas tu. Hehe. Macamanalah acah-acah panas ye =p 

Kredit gambar : Fieza Sofea
Jemput makannnnn!!

Sekian,Wassalam
Selamat Mencuba!

Friday, 27 July 2018

MANFAATKAN SAAT SUJUD SEMASA SOLAT

Assalammualaikum wbt.


Waktu yang kita paling hampir dengan Allah adalah ketika sujud di dalam solat dan doa ketika sujud pasti akan lebih khusyuk.

Berdoa ketika sujud semasa solat adalah amalan yang biasa dilakukan oleh Rasulullah di mana Rasulullah pada kebiasaannya akan memanjangkan sujudnya untuk memperbanyakkan zikir dan doa kepada Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di ketika ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”

Semasa sujud akhir Rasulullah kebiasaannya akan membaca doa berikut:

“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Amalkanlah doa ini dan bacalah doa ketika sujud dalam solat semoga kita mendapat manfaat dan keredhaan Allah dunia dan akhirat.


Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Di dalam sabdanya, Rasulullah mengatakan bahawa keistimewaan umatnya yang bersujud adalah


Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat.”

Mendengar itu para sahabat bertanya “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah s.a.w.?”

Jawab baginda:
Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”

Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu”

Begitulah betapa Allah memuliakan mereka yang di dalam sujudnya ada doa kepada Allah s.w.t. Oleh yang demikian, jangan mempersia-siakan membaca doa ketika sujud di dalam solat.

Wallahualam.
(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)

Kredit to Gravis

SELALULAH UCAPKAN ALHAMDULILLAH

Assalammualaikum wbt.
Salam Jumaat 14 Zulkaedah 1439h


Janganlah kamu mendengki seseorang,
dengan apa yang dikurniakan Allah kepadanya,
Kerana kamu tidak mengetahui,
apa yang telah Allah ambil darinya.

Dan janganlah kamu bersedih terhadap apa yang Allah ambil dari kamu,
Kerana kamu tidak mengetahui,
apa yang Allah akan gantikan daripadanya.

Selalulah ucapkan: *Alhamdulillah*

Antara tanda-tanda yang kita ini Sakit Jiwa ialah:

-  Kita susah hati melihat orang lain bahagia
-  Kita marah apabila orang lain lebih berjaya
-  Kita cemburu dengan apa yang dimiliki oleh orang lain
-  Kita seronok dengan musibah yang menimpa orang lain
-  Kita mudah menghukum orang lain.
-  Kita rasakan kita ini sempurna, semuanya baik, berbanding orang lain.

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

" Bila kita 'jatuhkan' diri kita di bumi, ALLAH akan 'angkat' kita ke langit.
-Syeikhuna-

Meminta maaf tak menjadikan kita hina,
Memberi maaf tak menjadikan kita bangga,
Tapi ia akan menjadikan hidup kita lebih tenang dan bahagia.

~ Alhamdulillah =) ~

Semoga kita sama-sama memperbanyakkan istighfar.  Semoga Allah ampunkan kita semua.
Aamiin ya Allah...

Sekian,Wassalam 

Thursday, 26 July 2018

HAPPY 'BELATED' EID!

Assalammualaikum wbt.


Dapat lepas raya. Hehe. Nak masuk raya Haji ni. Okla kot. hehe. Terima kasih Kak Shida. =) Dapat fridge magnet lagi.

Lama tak menjenguk blog Kak Shida. Tak tau pun Kak Shida buat business printing ni juga. Tahun depan kalau panjang umur nak tempah kak raya dengan kak Shida juga la.hehe..ceh bajet femes je Yaya ni.. =p 

Wednesday, 25 July 2018

MEMBELI BELAH DALAM TALIAN DENGAN MR.DIY

Assalammualaikum wbt.


Rasanya semua dah tahu pasal MR.DIY kini boleh dibeli secara dalam talian (eh macam iklan pula =p) kann.. Yaya tahu sebelum dorang opening website lagi sebab ternampak diorang punya iklan BILBOARD kat tepi jalan area Klang-Shah Alam ni..hehe bila nampak je apalagi, excited pula.  Sebab memang agak kerap juga keluar masuk kedai MR.DIY ni.

Datang office pi terus buka laman sesawang MR.DIY ni saja nak usha tengok apa ada. Masa tu website tak official launch lagi (masa ni tima bulan puasa kalau tak silap). Bila tau da start launching, then tengok pula ramai rakan blogger lain yang update pasal beli belah MR.DIY secara dalam talian (online) ni, Yaya pun usha la laman sesawang MR.DIY ni. Nak tengok apa barang yang ada.

promosi hanya untuk barangan P&G

Sekarang sempena perasmian laman sesawang MR.DIY, mereka tengah buat SALE! sampai penghujung bulan Julai 2018 ni! Korang dah usha belum? Walaupun Kedai DIY tu dekat je dengan area kawasan tempat tinggal Yaya (kat Aeon Jusco Bukit Raja,Klang) tapi kalau nak menyinggah sana memang payoh laa..malas yakmat! haha sekarang dah ada 'online' ni best la sikit.

Selamat sampai..=D

Ni, minggu lepas Yaya beli secara dalam talian MR.DIY. Beli sikit je, barang yang tengah ada sale..haha. Memang jimat sangat. Penghantaran dah la FREE, lepas tu dapat DISKAUN RM5 untuk pembelian kali pertama di MR.DIY ni. Memang syiok!

Penghantaran yang PANTAS! 
Sampai dalam masa 2 hari je lepas Yaya buat order. 
Packaging pun bagus. Di 'wrapping' dengan baik.


Guna GDEX rupanya. No wonder cepat sampai.hehe. Bukan apa, kalau guna Poslaju, Poslaju area Klang tengah bermasalah, barang kalau ada yang order dorang (seller) hantar guna Poslaju memang seminggu lebih lepas tu baru sampai. Ni MR.DIY guna GDEX, jadi memang takda masalah rasanya untuk Klang area ni. Sebab tu bole sampai dalam masa kurang 3 hari.

Boleh juga kalau nak pickup sendiri barang yang dah dibeli di kedai. Dalam laman sesawang mereka ni, akan beritahu cawangan MR.DIY mana yang terdekat dengan kediaman kita, tapi terpulang kat korang nak datang ambil sendiri barang di kedai atau tunggu mereka pos sahaja. Bagi Yaya, lebih baik pos je, dah kata percuma penghantaran kan. Kalau ambil di kedai baik terus pergi kedai je beli buat apa order online.betul ke tak.hehe

Apalagi peminat MR.DIY, dah ada jual beli melalui 'online' ni, boleh la beli barang yang korang nak tu. Tak perlu dah pergi kedai. Nanti kalau 'walkin' kedai TERlebih-lebih lagi pula kot barang yang akan dibeli.hehe. Salah satu 'sindrom' yang ada pada kebanyakan orang yang masuk kedai-kedai macam ni,kan ^o^ haa betul ke tak? jangan nak bohong tau.tak baik! hehe


Happy Shopping,ye!

p/s: shopping tu shopping juga, beringat tu kena senantiasa..jangan boros pula yeeeee ^_^

Sekian,Wassalam =)

9 TIPS UNTUK BANGUN AWAL SETIAP HARI

Assalammualaikum wbt.
Salam 12 Zulkaedah 1439h


Bagaimana untuk bangun awal pagi setiap hari? Masih ramai dikalangan kita menghadapi masalah untuk bangun awal pagi. Ramai yang mengadu bahawa mereka tidak sedar walaupun penggera sudah disetkan pada tahap bunyi yang paling tinggi (ni macam Yaya je ni..hehe =p)

Dan ada juga mengatakan, walaupun banyak mana dan lama mana mereka telah tidur pada waktu malam, tetapi mereka tetap juga tidak dapat elak dari bangun lewat. Lebih malang lagi akibat daripada ini ada yang langsung terlepas waktu solat Subuh! Allahu.. =( 

Memadangkan masalah ini agak serius dan besar impaknya terhadap hidup kita, disini Yaya kongsikan beberapa tips untuk bangun awal pagi tanpa rasa sukar dan penat. Jom sama-sama kita amalkan ye =)

1. ELAKKAN PENGAMBILAN KOPI SELEPAS JAM 2 PETANG

Hanya minum kopi kegemaran anda diwaktu pagi. Pengambilan kafein akan menggangu proses tidur sehingga lebih daripada enam jam selepas anda meminumnya, walaupun anda tidak terperasan perkara ini. Untuk menghadkan kebarangkalian gangguan terhadap tidur, maka hadkan pengambilan minuman berkafein selepas jam 2 petang.

2. TETAPKAN PENGGERA WAKTU UNTUK TIDUR

Bangun awal pagi memanglah sukar, namun apa yang lebih teruk lagi adalah apabila anda tidak tidur pada waktu yang sepatutnya. Jangan melengahkan tidur. Untuk bangun awal, waktu tidur juga mesti awal.

Cara terbaik adalah tetapkan penggera setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan diri kita bahawa sudah sampai masa untuk merehatkan diri.

3. AMALKAN RUTIN SEBELUM TIDUR

Setiap malam, pada waktu yang sama, mulakan untuk berus gigi, memakai pakaian tidur, mandi dan membaca sedikit surah dan doa tidur. Dengan memastikan rutin sebelum tidur dibuat pada waktu yang sama setiap malam, ia akan membantu otak kita mengenalpasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur.

Tips: bacalah surah al-Mulk (sekurang-kurangnya 10 ayat) dan niatkan agar diawal bangun oleh Allah

4. JANGAN LUPA MANDI

Jangan lupa mandi untuk menurunkan suhu badan kita beberapa darjah. Proses penyejukan badan selepas mandi akan menyamai suhu badan waktu petang secara semulajadi, seterusnya akan membuatkan badan kita cukup relaks.

5. MEMATIKAN SEMUA PERALATAN ELEKTRONIK

Matikan semua peralatan elektronik anda seperti komputer dan telefon pintar sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu tidur. Kenapa ini penting? Kerana gelombang cahaya biru dari alat elektronik yang masuk melalui mata akan mengganggu penghasilan melatonin, iaitu sejenis hormon yang mengarahkan badan kita untuk tidur.

6. WUJUDKAN SEBAB UNTUK BANGUN AWAL PAGI

Apakah sebab anda untuk bangun awal pagi? Solat subuh? Sudah pasti. Selain itu? Wujudkan sesuatu perkara yang perlu anda selesaikan sebagai motivasi tambahan untuk bangun pagi. Contohnya membuat final touch untuk presentation/ assignment, atau memasak untuk keluarga, membantu isteri menyiapkan anak atau sebagainya.

Dalam budaya jepun, ada satu istilah yang dipanggil “Ikigai” – iaitu mempunyai sebab untuk bangun pagi, dan ajaibnya orang-orang yang mengamalkan Ikigai ini mempunyai umur yang panjang.
Cuba tuliskan matlamat anda pada waktu sebelum tidur, jadi bila penggera berbunyi anda akan diingatkan mengapa anda harus bangun awal pada hari tersebut.

7. LAKUKAN PERUBAHAN LANGKAH-DEMI-LANGKAH

Ambil masa anda untuk menukar perlahan-lahan jadual waktu tidur dan waktu bangun anda. Anda tidak boleh bertukar secara drastik dari jenis ‘burung hantu’ kepada burung yang berkicauan diawal pagi dalam masa hanya satu malam. Ia agak mustahil kerana otak kita mengambil masa untuk diprogramkan semula. 

Oleh itu secara berkala, ubah waktu bangun kita 15 minit lebih awal. InsyaaAllah secara beransur-ansur anda akan menjadi orang yang bangun awal pagi dalam tempoh satu bulan. Yang penting adalah kita dapat membina momentum terlebih dahulu.

8. SENTIASA KONSISTEN (ISTIQAMAH)

Pastikan rutin yang kita lakukan diatas sentiasa konsisten, walaupun pada hari hujung minggu. Jangan bersusah payah memaksa diri kita bangun seawal mungkin pada hari kerja, tetapi sayangnya membiarkan diri kita mengikut nafsu tidur pada hari hujung minggu, lantas menjadikan usaha kita selama ini sia-sia.

Sebab itu Islam mementingkan konsep istiqamah – iaitu bermaksud konsisten. Dengan memastikan rutin tidur kita sentiasa konsisten walaupun pada hujung minggu, pasti proses bangun awal dipagi hari Isnin bukan lagi sesuatu yang menyeksakan.

9. BANGUN DARI TEMPAT TIDUR

Inilah bahagian yang paling sukar. Kadangkala, anda terjaga 5 minit sebelum waktu penggera berbunyi. Apa yang anda buat? Tidur kembali untuk baki 5 minit itu kan?

Tidur kembali untuk baki 5 minit itu adalah langsung tidak berbaloi kerana ia akan membuat anda ingin tidur lebih lama, membuatkan anda semakin sukar untuk bangun apabila penggera berbunyi.
Itulah sebab mengapa orang yang menekan butang ‘snooze’ dan kembali tidur untuk 5-20 minit, apabila mereka bangun mereka merasakan masa bergerak sangat pantas.

Apa yang terbaik adalah bangun sahaja tanpa banyak alasan dan berfikir tentangnya. Jangan diikut rasa desakan hati kerana waktu inilah syaitan paling kuat bekerja memujuk kita tidur semula. Letakkan penggera anda jauh dari tempat tidur (diatas meja di seberang katil misalnya), supaya kita terpaksa bangun untuk mematikan penggera tersebut.

Sekali anda sudah terbangkit dari tempat tidur, ia adalah lebih mudah untuk kekal berjaga. Jangan lupa untuk minum segelas air masak supaya otak kita mendapat oksigen selepas bangun dari tidur dan menghilangkan mamai kita secepat mungkin. Ia juga penting kerana badan kita terhidrat selepas tidur sepanjang malam.
Sumber: akuislam.com

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Start esok jangan bangun lewat ye. Hehe. Ok. Mohon segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Terima kasih sudi singgah blog Yaya ye. ^_^

Sekian, Wassalam.

Tuesday, 24 July 2018

PENTINGNYA NIAT!

Assalammualaikum wbt.
Salam 11 Zulkaedah 1439h


A : Kenapa beri duit kepada orang minta sedekah tu?

B : Sebab dia minta sedekahlah. Kesian dia, sakit.

A : Ish ! Tipu semua tu . Sihat walafiat je aku tengok.

B: Urusan aku dengan ALLAH dah selesai dalam bab ini. ALLAH tanya aku, kemana duit dibelanjakan? Aku boleh jawab, aku bagi sedekah. Kalau dia tipu, itu urusan dia dengan ALLAH [senyum]

A : Erk. Betul betul betul

Sebelum ni Yaya selalu fikir juga macam si 'A'. Tengok orang yang meminta sedekah tu, sihat walafiat je. Ditambah lagi dengan kes penipuan yang banyak berlaku sekarang kan. Sindiket begini pun makin berleluasa. Mereka ni sengaja mengambil kesempatan kat rakyat Malaysia ni yang ramai baik hati menderma/bersedekah. Kadang bukan sengaja tak nak beri tapi fikir, kalau diberi, sindiket ni makin naik lemak! Makin ramai la manusia yang tak berdosa jadi 'hamba' mereka untuk meminta sedekah. Betul tak.

Tapi dalam masa yang sama fikir juga, walaupun tahu MUNGKIN mereka yang meminta sedekah itu menipu @ sindiket, bila fikir yang SEDEKAH ni adalah salah satu amalan mudah yang diberi 'ganjaran' yang besar disisi Allah SWT, Yaya pejam mata je kadang bila menghulur pada mereka yang meminta ni dengan NIAT - aku bersedekah sebab ALLAH! Sebab nak amalan diterima ALLAH! Almaklum, sedar diri ni banyak dosa, tiap hari buat dosa tanpa sedar [ ALLAHU...='( ], jadi amalan sebegitu la yang mampu dibuat. Doa juga moga Allah beri HIDAYAH pada mereka JIKA mereka menipu.

Apa pendapat korang tentang peminta sedekah yang sihat dan cukup anggota tubuh badan ni? Apapun semua bergantung dengan niat masing-masing. Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah. InsyaAllah. Aamiin

p/s : Tangan di atas lebih mulia dari tangan di bawah. Banyakkan bersedekah , jangan suka berkira. Ia bermanfaat di dunia dan Akhirat.

Wallahua'lam

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Wassalam.

Monday, 23 July 2018

KISAH SEORANG ULAMA & WANITA CANTIK

Assalammualaikum wbt
Salam 10 Zulkaedah 1439h

Sekadar perkongsian...


Seorang wanita muda dan cantik dijanjikan wang sebanyak seribu dirham jika dia mampu menggoda seorang ulama' Kufah yang zuhud bernama Rabi' bin Khuthaim.

Wanita itu menerima tawaran tersebut lalu berhias secantiknya. Dia memakai pakaian terbaiknya dan mengenakan minyak wangi paling harum. Apabila ulama' itu keluar ke masjid, wanita itu menghalangnya di tengah jalan lalu membuka tudungnya dan mempamerkan kecantikannya.

Ulama' tersebut memandang wajah wanita itu dan beliau sangat terkejut. Beliau mendekati wanita itu lalu berkata:

"Pernahkah engkau bayangkan apa yang akan berlaku jika tubuh yang cantik ini ditimpa penyakit sehingga merosakkan warna dan kecantikannya!"

"Pernahkah engkau bayangkan apa yang akan berlaku apabila Malaikat Maut memutuskan urat jantungmu?"

"Pernahkah engkau bayangkan apa yang akan berlaku jika Munkar dan Nakir mengajukan soalan tetapi engkau tidak mampu menjawabnya?"

Wanita itu terus menjerit dan jatuh pengsan. Apabila tersedar, dia bertaubat dan terus menjadi seorang yang sangat rajin beribadah. Pada hari kematiannya, tubuhnya telah kurus kering kerana terlalu banyak melakukan puasa dan solat malam.

Wallahua'lam

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..=)

Friday, 20 July 2018

DOA SEORANG SAHABAT

Assalammualaikum wbt.
Salam Jumaat, 7 Zulkaedah 1439h

Sekadar perkongsian sebuah kisah yang kita boleh jadikan teladan dalam kehidupan.
Teruskan membaca...

Sebuah kapal karam diterjang badai hebat. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan.

Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.

Seminggu kemudian. Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya lelaki kedua itu tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit,

"Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"

"Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan,"
jawab lelaki pertama.

"Doa temanku itu tak satu pun dikabulkan. Maka ia tak pantas mendapatkan apa-apa,"

"Kau salah!"
suara itu bertempik.

"Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."

Lelaki pertama bertanya,
"Doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya?"

"Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan"

Moral :
Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Banyak orang yang telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai sesuatu hanya dari ‘yang terlihat’.

Wallahua'lam

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..=)

Thursday, 19 July 2018

NAK MERASA JADI ORANG KAYA?

Assalammualaikum wbt.
Salam 6 Zulkaedah 1439h

Sebenarnya kita tak perlu nak tunggu jadi kaya atau berharta baru nak bersedekah. Mai sini nak kongsi perkongsian daripada beberapa orang sekeliling cara menjadi kaya dengan SEDEKAH.
Boleh CUBA @ try amalkan TIPS di bawah ni : 










Kita tidak memerlukan masa dan saat yang sesuai untuk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu untuk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, Yaya yakin InsyaAllah kita semua akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana kamu tidak akan menjadi seorang yang papa kalau buat perkara tersebut.

Hari ini mungkin tangan kita yang memberi, mana tahu esok lusa kita pula yang akan menerima?

Ingat, amalan yang kita buat bukan sahaja memurahkan rezeki kita tapi pada masa yang sama juga kita menjadi seorang yang ....
KAYA JIWA

Wallahua'lam

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..=)

Wednesday, 18 July 2018

HEBATNYA DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Assalammualaikum wbt.

Meski dah ramai yang tahu, tapi Yaya nak share juga lagi sekali. Untuk peringatan diri. Harap kot pada yang sering terlupa juga dapat ingat perkara ni =)


HEBATNYA DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD:

▣ ROBIGHFIRLII
▣ WARHAMNII
▣ WAJBURNII
▣ WARFA'NII
▣ WARZUQNII
▣ WAHDINII
▣ WA'AAFINII
▣ WA'FUANNII

Ketika  orang ditanya : “Do’a apakah yang  paling  kerap  dibaca oleh orang islam ?” Banyak  yang  menjawabnya dengan salah. Begitu kerap do’a itu dibaca,  hingga ketika sedang membaca do’a tersebut, banyak antara kita yang tak merasa  sedang membaca DOA tersebut. Padahal  do’a itu sangatlah hebat, merangkumi  keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minimum 17 kali setiap hari.

Do’a itu, ialah do’a diantara dua sujud, marilah kita hayati dan fahami maknanya :

▣ ROBIGHFIRLII - Wahai Tuhan ampunilah dosaku
Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke ridhaan اللّهُ. Dosa  adalah  kotoran hati yang mem-buat  hati  gelap,  sehingga  hati kita merasa  berat sekali untuk melakukan kebaikan.

▣ WARHAMNII - Sayangilah diriku
Kalau kita disayang اللّه  hidup akan terasa tenang, karena dengan kasih sayang-Nya akan dapat dicapai semua cita-cita. Dengan kasih sayang اللّه nafsu kita akan terbimbing dan terdidik.

▣ WAJBURNII - Tutup lah  segala  kekuranganku 
Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur,  kurang  sabar,  kurang  menerima kenyataan, mudah marah, pendendam  dan  lainnya. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki اللّهُ, maka  kita  akan  menjadi  manusia sebenarnya.

▣ WARFA'NII - Tinggikanlah darjatku
Kalau اللّه sudah  meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada  manusia atau makhluk yang boleh menghinakan kita.

▣ WARZUQNII - Berikanlah  aku  rezki
Sebagai hamba اللّهُ kita  memerlukan rezki, اللّه mampu mendatangkan rezki dari jalan yang tak disangka dan tidak ternilai banyaknya.

▣ WAHDINII - Berikanlah  aku petunjuk / Bimbinglah aku  ke jalan yang benar
Kita bukan hanya  minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan agama. Tetapi kita juga  minta  petunjuk  agar terhindar dari  mengambil  keputusan  yang di anggap salah.

▣ WA'AAFINII - Berikan lah  aku  kesihatan
Apabila kita sihat, kita dapat menambah kebaikan  dan  manfaat serta kita tidak menjadi beban kepada orang lain.

▣ WA'FUANNII - Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan.

Dari do'a tersebut Dimulakan dan Diakhiri dengan mohon keampunan dari الله sehingga kita benar2 bersih dari dosa.

Allah SWT memerintahkan kita untuk membaca doa tersebut,  Rasulullah  SAW  mencontohkan  kepada kita, menurut logiknya  do’a tersebut pasti terkabul dan diterima oleh Allah SWT.


".... Amin ....."

Terkadang  yang menjadi persoalan, dimana  hati dan fikiran kita, ketika kita membaca do’a itu dan kita tidak hafal erti serta maknanya.? Padahal  do'a tersebut sangat hebat,dan masih banyak orang sering terburu-buru  yang  sepatutnya perlu tuma'ninah dengan  menghayati  benar-benar meminta kepada Allah SWT.

Wallahua'lam

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..=)

Sponsor