Saturday, 30 June 2018

REKA HADIAH ISTIMEWA ANDA DENGAN PRINTCIOUS.COM

Assalammualaikum wbt.

Apabila tiba hari-hari yang istimewa contoh nya hari lahir, hari ibu atau hari bapa kadang kita mesti pening kan nak cari hadiah apa patut diberi untuk yang tersayang tu. Lepas tu pun diri sendiri jenis cerewet =p Nak belikan hadiah pula, jenis yang bukan biasa-biasa. Bukanlah sebab apa tapi kalau boleh nak orang yang terima hadiah kita tu, akan guna hadiah yang kita beri tu selalu. Betul tak?

Tapi jadi serabut pula otak kita ni fikir hadiah apa nak beri. Haaa siapa yang jenis macam ni? Macam Yaya juga. Pening fikir hadiah apa nak bagi, kat mana pua nak cari hadiah yang kita boleh reka sendiri yang boleh memberi kesan pada yang menerima. Bukanlah kesan apa, tapi sekurang-kurangnya, orang yang menerima tu rasa gembira dan menghargai pemberian kita tu.

BERITA GEMBIRA!! Lepas ni korang semua dah tak perlu peningkan kepala fikir hadiah apa patut korang beli dan kat mana. Yaya dah tahu kat mana nak buat @ reka sendiri hadiah yang kita nak bagi tu. Jika bukan untuk diberi pada seseorang pun, boleh buat untuk diri sendiri pun boleh.

Dimana? Yaya cadangkan, korang pergi terjah laman sesawang ni 


Nak tahu apa jenis-jenis cenderahati / hadiah yang PRINTCIOUS.COM ni tawarkan boleh je klik 'SHOP' seperti gambar dibawah.



Memang rasa teruja bila tengok pelbagai barang yang kita boleh pilih untuk dijadikan hadiah. Lebih menarik bila barang tersebut kita boleh reka sendiri corak mahupun tulisan padanya.


Sebelum korang nak proceed memilih dan mereka hadiah korang tu, kena ada account terlebih dahulu supaya memudahkan urusan penghantaran dan segala rekod korang. DAFTAR terlebih dahulu dengan memasukkan email atau boleh je daftar masuk dengan Facebook korang.


Lepasdah daftar, barulah boleh mula membuat pemilihan barang atau hadiahyang mana korang nak reka tu.

Pilihbarang apa yang anda nak reka

Kemudian,boleh la mula keluarkan idea-idea menarik korang tu untuk direka atasbarangan yang korang dah pilih tu.

Gambaratas ni adalah contoh yang reka. Muat naik sahaja gambar yang ingindiletakkan pada barang atau jika tidak mahu gambar, tulisan sahajapun boleh. 

Kemudianbila sudah siap rekaan tu, bolehlah klik terus pada 'Add to Cart' danteruskan langkah proses pembayaran melalui dalam talian.

Bestnyalah kan jika dapat hadiah yang amat bermakna bagi diri kita. Pastiakan simpan dan jaga sebaiknya. Korang! Apa tunggu lagi..jomke  creativegifts shop malaysia sekarang!Dapatkan hadiah untuk suami, hadiah hari jadi, hadiah kejutan, hadiahuntuk dia, hadiah diy dan macam-macam hadiah untuk sesiapa sahajaagar mereka semua merasa terlalu istimewa dengan pemberian hadiahrekaan istimewa yang anda reka sendiri.

Printcious.com –Precious Gifts From Your Heart 

Untukinfo lebih lanjut, anda boleh sahaja layari laman media sosial merekadibawah ini:


Ohye, jangan lupa terus melanggan email dari mereka untuk tahu segalapromosi terkini yang mereka sediakan. Rugi tau jika terlepas peluangpromosi mereka. Pasti hari akan jadi lebih ceria dengan PRINTCIOUS.

"Jika anda mencari barangan secara borong atau pukal yang terbaik untuk 'mug' @ cawan, anda boleh juga menghubungi mereka atau jika anda mempunyai majlis ulang tahun yang akan datang dan ingin mengagumkan para tetamu, gerai foto @ photo booth di kl adalah yang terbaik untuk anda.


Mereka juga mengalu-alukan sebarang penajaan untuk mendapatkan penaja untuk acara anda. Jangan ketinggalan untuk merebut peluang besar ini dengan klik di sini Sponsorshipfor Event


INGATHADIAH, INGAT PRINTCIOUS!
Sekian,Wassalam=)

Thursday, 28 June 2018

NASIHAT 'EMAS' BAGI YANG SUDAH MENCAPAI UMUR 40-AN KEATAS

Assalammualaikum wbt.
Salam 14 Syawal 1439h


Nasihat Emas dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi yg sudah mencapai umur 40-an', 50-an, 60-an

*Nasihat pertama*
Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

*Nasihat kedua*
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.


*Nasihat ketiga*
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

*Nasihat keempat*
Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

*Nasihat kelima*
Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.

*Nasihat keenam*
Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

*Nasihat ketujuh*
Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.



*Nasihat kelapan*
Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.



*Nasihat kesembilan*
Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

*Nasihat kesepuluh*
Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله



*Nasihat kesebelas*
Makanlah makanan sunnah. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..

(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

Monday, 25 June 2018

JOM PERGI UMRAH DENGAN JUARA TRAVEL!

Assalammualaikum wbt.
Salam 11 Syawal 1439


Sebut pasal UMRAH, mesti ramai dah terbayang KAABAH di Mekah tu kan. Allah.. Siapalah yang tidak mahu menjejakkan kaki ke sana. Masalah utama yang selalu kita dengar bila nak buat Haji atau Umrah ni adalah, kekurangan masa, belanja (masalah kewangan) dan juga yang paling merisaukan jika ditipu oleh agen-agen yang tidak bertanggungjawab.

Sehingga kini, penuh di dada surat khabar mengenai kes bakal jemaah KENA TIPU oleh ‘agensi’ pengelola Umrah. Akibat kurang penyelidikan dan percaya bulat- bulat dengan penawaran menarik seperti pakej VIP, pakej murah, pakej bersama ustaz, pakej bersama dengan selebriti dan bermacam lagi, ramai menjadi mangsa penipuan pakej umrah. Walhal perkara-perkara berkaitan penipuan pakej umrah ini boleh dielakkan jika para bakal jemaah membuat sedikit penyelidikan dan semakan terhadap syarikat pengendali pakej.

Didalam Malaysia saja terdapat berpuluh agensi umrah yang berdaftar. Namun salah satu agensi umrah yang mendapat KEPERCAYAAN ramai untuk membantu memudahkan urusan-urusan umrah adalah JUARA TRAVEL

SIAPAKAH JUARA TRAVEL?

Juara Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat agensi pelancongan berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (No. KPK/LN 2819) semenjak tahun 1994 dan merupakan ahli Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) dan BUMITRA MALAYSIA.

Penting untuk kita tahu bahawa bukan semua agensi pelancongan boleh menawarkan pakej umrah. Menurut Kementerian Pelancongan Malaysia, yang SAH mengendalikan Umrah hanyalah syarikat berstatus Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) dan dilesenkan di bawah 2 bidang iaitu:

1) Agensi pengembaraan(ticketing)
2) Pelancongan luar negeri (outbound)

Untuk semakan travel agensi yang berdaftar, boleh klik pada gambar dibawah:


KENAPA JUARA TRAVEL?

Dengan mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan umrah selama lebih kurang 10 tahun, JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD telah mengendalikan kurang lebih 30,000 jemaah sehingga kini. MasyaAllah. Dan jumlah ini bertambah dari hari ke hari. Alhamdulillah. Semakin ramai yang sudah mengenali Juara Travel ini. 

Dibawah adalah antara perkhidmatan yang mereka sediakan.
  • Pakej Umrah, Ziarah dan Haji.
  • Tempahan tiket Waran Perjalanan udara Kerajaan.
  • Tempahan tiket penerbangan dalam dan luar negeri.
  • Pakej pelancongan berkonsepkan Islam dalam & luar negara.
  • Pakej lawatan sambil belajar.
  • Pengurusan VISA.
  • Tempahan pengangkutan dalam dan luar negara.
  • Tempahan hotel dalam dan luar negara.
  • Wakil syarikat di lapangan terbang
  • Akademi Mutawif (Pembimbing Umrah).
  • Kursus bimbingan umrah percuma.
Untuk pengetahuan, mereka juga menggunakan khidmat pembimbing umrah dan haji bertauliah lagi berpengalaman bagi membimbing Jemaah umrah sebelum, semasa dan selepas mengerjakan ibadah umrah. Memang terbaik.
Jika hendak tahu lebih lanjut mengenai JUARA TRAVEL & TOURS ni, anda boleh laman sesawang dan juga di laman sosial media mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut seperti di bawah ini :

FACEBOOK: 

INSTAGRAM:

TWITTER:

WEBSITE:

Jadi jika anda masih mencari pakej umrah  dan haji, agensi yang boleh dipercayai dan telah berbelas tahun dalam bidang ini.. Atau anda teringin melancong tanpa risau kena tipu dek caj caj tersembunyi dari agen-agen yang tidak bertanggungjwab di luar sana? Memang JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD lah tempat yang paling Yaya 'suggestkan' disini.

Lagi bagus jika ada kawan-kawan, keluarga, geng taman, geng surau, geng mengaji, geng pejabat dan semua yg berkaitan (kalau boleh satu kampung..hehe) segera mendaftar bersama JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD SEBAB APA? Sebab ada tawaran yang sangat menarik JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD sediakan. 


Diskaun sehingga RM100/seorang menanti anda. (Bergantung kepada pakej umrah yang anda pilih)

NAK DAFTAR? Mudah sahaja. Boleh rujuk sahaja nombor telefon dan link yang Yaya dah sertakan di bawah ini bagi memudahkan anda menghubungi mereka =)

Pejabat: 03-92267105

Jangan bertangguh jika sudah ada niat. Orang kata, niat yang baik elok disegerakan. Betul tak? Jika sudah cukup kewangan, dan tiada halangan untuk anda menunaikan Umrah pada waktu ini, boleh la hubungi mereka dengan segera. Sementara PROMOSI RAYA mereka masih ada.

JOM! Pergi UMRAH dengan JUARA TRAVEL!

Berita baik lagi ni! JUARA TRAVEL bukan sahaja untuk mereka yang berniat untuk menunaikan umrah tapi juga yang ingin menunaikan Haji.

Lihat pakej yang telah mereka sediakan di poster bawah ini ye.


Semoga perkongsian Yaya kali ini dapat membantu anda yang sedang mencari agensi pelancongan dan umrah yang boleh dipercayai. InsyaAllah. Semoga segala urusan anda dipermudahkan Aamiin.

Sekian, Wassalam =)

Thursday, 21 June 2018

DOA AGAR DAPAT MELANGSAIKAN HUTANG

Assalammualaikum wbt.
Salam 7 Syawal 1439h

Pasti semua orang tahu kan hukum orang yang berhutang ni jika tidak membayar semula hutangnya. Kita semua tidak tahu bila ajal itu bakal menjemput kita. Jadi sentiasalah beringat jika ada berhutang dengan orang lain. Jangan lah pula buat-buat lupa akan hutang tersebut. Kelak, kita sendiri yang akan susah diakhirat kelak. Allahu. 



















Yang mana masih berhutang (termasuklah yang sedang menaip ni...hehe) dan ingin dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki agar dapat membayar semula hutang tu, jom jadikan doa diatas ni sebagai salah satu amalan setiap hari. Semoga Allah mempermudahkan niat kita untuk membayar hutang-hutang yang ada dan memurahkan rezeki kita semua. Aaamiin. InsyaAllah.

Semoga bermanfaat, ye. Sekian, Wassalam =)

Wednesday, 20 June 2018

HUKUM GABUNGKAN NIAT PUASA QADA' DAN SUNAT SYAWAL

Assalammualaikum wbt.


Dah masuk bulan Syawal ni, mesti ramai diantara kita yang nak merebut pula ganjaran pahala berpuasa 6 di bulan Syawal ini kan. Alhamdulillah. Tapi ada juga yang dalam dilema. Kerana ada diantara kita yang kena berpuasa ganti. Ada yang mungkin tertanya-tanya, mana yang lebih patut didahulukan. Puasa ganti yang wajib itu kah, atau puasa syawal dahulu kerana risau akan terlepas pula puasa 6 ni atau mungkin kedua-dua jenis puasa ini niat nya boleh digabungkan?

Mengikut fatwa Mufti Negeri Mesir
Terjemahannya:

Soal :

Adakah disyaratkan berturut-turut untuk puasa enam hari bulan Syawal?
Adakah harus gabungkan antara niat puasa sunat Syawal dan niat qadha puasa Ramadhan?

Jawab :

“Tidak disyaratkan puasa Syawal berturut-turut. Maka harus di asing-asingkan dalam bulan Syawal pada hari Isnin dan Khamis atau pada hari putih yaitu pada pertengahan bulan.

Maka jika seorang itu segera berpuasa sunat Syawal selepas hari raya adalah AFDHAL. Maka jika mampu seorang itu berpuasa qadha hari yang ia tinggal pada Ramadhan sebelum puasa sunat Syawal maka ia adalah afdhal kerana hadith :

فدَيْنُ اللهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى

Ertinya : “Hutang Allah berhak bahawa dibayarkan dahulu.”
(Hadith Bukhari)

Dan DIBOLEHKAN menghimpun antara niat puasa qadha dan niat puasa enam bulan Syawal di sisi ulama'-ulama' Mazhab Syafie.

Dan harus pula ia puasa sunat Syawal dahulu kemudian lambatkan puasa qadha Ramadhan selama tidak sampai datang Ramadhan yang lain.

Dan niat puasa Syawal harus pada waktu siang selama belum sampai waktu zuhur dan belum lagi dia melakukan perkara yang membatalkan puasa. Inilah keadaan puasa sunat sekeliannya.

Bersalahan dengan puasa fardu itu wajib bahawa berniat pada waktu malam sebelum masuk waktu subuh.”

Yaya teringat sebelum ni pernah dengar ceramah dari seorang ustaz ni tentang gabungan niat puasa. Dan beliau kata, HARUS kita mengganti puasa yang ditinggalkan didalam bulan Ramadhan yang lalu tu terlebih dahulu, tapi dalam masa kita niatkan puasa ganti yang UTAMA, 'selitkan' juga niat puasa 6 tu sekali. Dan tawakal pada Allah samada DIA mahu menerimanya atau tidak. 

Yaya bersetuju dengan cara ustaz tersebut, kita utamakan niat puasa qada' dulu, dan dalam masa yang sama,selitkan niat puasa 6 tu. Andai kita sempat habiskan puasa qada tu dalam bulan syawal, dan selepas tu sempat disambungkan pula dengan puasa 6 syawal, Alhamdulillah. Selesai masalah.. Tapi jika tidak sempat, berdoalah moga Allah menerima niat puasa 6 yang kita dah 'selitkan' masa berpuasa qada' itu.

Wallahua’lam


Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

HUKUM ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA

Assalammualaikum wbt
Salam 6 Syawal 1439h


Ziarah kubur bertujuan mengingat mati supaya kita tidak leka dengan nikmat dunia. Firman Allah swt,

أَلْهَـٰــكُمُ التَّكَاثُرُ. حَتَّى زُرْتُمُ المَقَابِرَ

Yang bermaksud, Bermegah-megah telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk ke dalam kubur[1].

Mengingati mati juga adalah satu cara membersihkan hati, hadith Nabi saw, yang bermaksud, 

Sesungguhnya hati ini berkarat sepertimana besi yang berkarat. 
Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana untuk mengilatkannya? 
Baginda menjawab: Membaca al-Quran dan mengingati mati.

Ulamak menyatakan ada tiga perkara untuk merawat hati:

Taat kepada Allah.
Memperbanyakkan mengingati mati.
Menziarahi kubur orang Islam.

Islam menggalakkan kita mengingati mati supaya kita sedar dan membuat persediaan untuk mati. Membuat persediaan untuk mati adalah sebahagian daripada Taqwa sebagaimana pentakrifan Taqwa oleh Saidina Ali Karamallahu Wajhah:

Taqwa ialah takut kepada Allah, beramal dengan al-Quran, redha dengan yang sedikit dan membuat persediaan untuk hari kematian.

Hukum menziarahi kubur adalah HARUS dengan dengan adab-adab yang digariskan oleh Syariat. Manakala menziarahi kubur kaum kerabat terutama ibu bapa adalah SUNAT MUAKKAD. Makin bertambah pahalanya jika kubur ibu bapa diziarahi pada tiap-tiap hari Jumaat atau hari raya dan dibaca surah Yasin di sisinya. Hal ini berdasarkan hadith,

Yang bermaksud, Dari Abu Hurairah ra berkata: Sabda Nabi saw: 

Barang siapa menziarahi kubur kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya, tiap-tiap hari Jumaat nescaya diampunkan baginya dan dicatit sebagai (anak) yang berbakti.

Begitu juga hadith,

Yang bermaksud, Daripada Ibn Umar ra berkata: 

Sesiapa menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripadanya dengan penuh keikhlasan ianya menyamai pahala haji yang mabrur dan sesiapa menziarahi kedua-duanya maka malaikat akan menziarahi kuburnya pula.

Kebiasaan pengunjung akan memberi salam dahulu kemudian berdoa semoga Allah memberikan rahmat dan maghfirahNya (keampunan) kepada simati. Daripada Ibnu Mas‘ud, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

Aku melarang kamu menziarahi kubur maka ziarahlah kubur. Ini kerana dengan menziarahi kubur menjadikan kamu bersederhana dengan dunia dan mengingati akhirat.

Bertahlil atau berdoa adalah untuk menolong simati. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, 

Tiadalah orang yang mati di dalam kuburnya melainkan seperti orang yang tenggelam meminta pertolongan menanti doa yang ada perhubungannya daripada bapanya, atau saudaranya atau kawan temannya. Dan apabila dia mendapati orang mendoakannya adalah terlebih kasih baginya daripada dunia dan segala isinya.

Riwayat al-Dailimi
Hadith tentang menghadiah pahala al-Quran kepada ahli kubur, yang bermaksud, Daripada Nabi SAW bersabda: 

Sesiapa memasuki kawasan kubur dan membaca (قل هو الله أحد) sepuluh kali serta menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada si mati, maka Allah ampunkan si mati dan memasukkan cahaya dan kegembiraan ke dalam kubur mereka. Allah akan tulis pahala si pembaca dengan sepuluh kebajikan, mengikut bilangan mayat yang mati bermula dari hari Nabi Adam dicampakkan ke bumi hinggalah ke hari kiamat.

NABI SAW ZIARAH KUBUR HARI RAYA
(Ijtihad Imam Badruddin al-aini)

Imam Badruddin al-aini w855h , Pensyarah Sahih Al-Bukhari dalam kitab nya Umdatul qari, ketika mensyarahkan hadis Nabi saw yang pulang dengan jalan yang berbeza dari solat Aidilfitri, beliau menyebut 20 hikmah dari perbuatan Baginda saw tersebut,salah satu hikmahnya ialah;

ليزور أَقَاربه الْأَحْيَاء والأموات.
‘Iaitu untuk Baginda saw menziarahi kerabat Baginda yang hidup dan yang mati’.

Penjelasan ini menunjukkan Baginda saw menziarahi kubur ketika pulang dari solat Aidilfitri. Ini adalah ijtihad dari ulamak muktabar dari kalangan muhaddisin, juga sejarahwan setaraf dan sezaman dengan Imam Ibn Hajar Al-asqalani.

Waallahua'lam

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

Tuesday, 19 June 2018

12 ADAB SILATURRAHIM DI HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalammualaikum wbt.
Salam 5 Syawal 1439h

kredit : aminorazmi

Sedikit ulasan dan perkongsian Yaya pada hari ini adalah tentang adab-adab bersilaturrahim dalam Islam. Hal ini bertujuan untuk memperolehi keberkatan dari silaturrahim yang kita lakukan dan yang pentingnya tidak melanggar batasan syariat Islam yang sedia ada.

Silaturrahim adalah usaha seorang muslim untuk menyambung tali persaudaraan dengan cara yang benar dengan memberikan kebaikan kepada saudaranya da menolak keburukannya dengan segala kemampuan yang dimilikinya seperti, berkunjung ke rumahnya, menolong kesusahannya, membantu dengan harta dan tenaga, mendoakan, menolak keburukan padanya dan lainnya .

Hal ini dilakukan dengan syarat bahwa saudaranya tersebut adalah seorang muslim yang taat dan istiqamah dalam beramal ibadah .

Adapun jika saudaranya adalah seorang kafir atau orang yang fasik, maka silaturrahim yang dilakukan dengan cara memberi nasihat agar kembali ke pangkal jalan serta mengajak kepada kebenaran dan mendoakannya agar Allah SWT memberikan hidayah.

Silaturrahim dan saling menziarahi merupakan akhlaq Islam yang mulia. Rasulullah SAW sentiasa melakukannya dan memberi contoh yang terbaik kepada sahabatnya dan umatnya. Bahkan silaturrahim dan ziarah memiliki hubungan yang erat dengan keimanan.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadits riwayat Abu Hurairah RA:

“مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ؛ فَلْيَصِلْ رَحِمَه”
Ertinya :
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir; hendaklah ia bersilaturrahim”. 
(HR. Bukhari dan Muslim)

Silaturrahim juga dapat melapangkan rezki dan memanjangkan umur.

Dalam hadits yang lain, Rasulullah SAW bersabda dari hadits riwayat Anas bin Malik:

“مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ؛ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ”.
Ertinya :
“Barang siapa menginginkan untuk diluaskan rizkinya serta diundur ajalnya; 
hendaklah ia bersilaturrahim”. 
(HR. Bukhari dan Muslim).

Dari sebab kelebihan di atas, amalan silaturrahim perlulah mengikuti adab dan etika dalam Islam yang ditetapkan. 


Adapun Adab-Adab dalam bersilaturrahim Dan Ziarah menurut pandangan Islam di antaranya adalah:

1. Memperhatikan hari dan jam yang sesuai untuk bersilaturrahim dan ziarah. (Jangan bersilaturrahim pada hari bekerja atau jam yang sibuk atau waktu istirahat).

2. Dianjurkan membawa hadiah atau buah tangan atau sesuatu yang bermanfaat baik berupa keuangan atau berbentuk hadiah lainnya.

3. Memberi tahu terlebih dahulu sebelum datang. Hal ini bertujuan untuk memastikan keberadaan tuan rumah yang akan kita datangi.

4. Sangat digalakan menziarahi saudara mara yang terdekat terlebih dahulu atau jiran tetangga atau sahabat handai yang sakit atau yang sedang terkena musibah.

5. Mengutamakan silaturrahim kepada orang-orang alim dan orang-orang sholeh untuk mengambil keberkatan daripada mereka.

6. Sebaiknya orang-orang yang lebih muda mendatangi rumah orang-orang yang lebih tua terlebih dahulu .

7. Saling memberi nasihat dan wasiat kepada kebaikan, dan jika dilakukan dalam acara resmi maka sebaiknya mengundang penceramah untuk memberi ceramah agama untuk keberkesanan silaturrahim tersebut.

8. Dalam bersilaturrahim Tidak boleh mengatakan dan melakukan sesuatu ucapan atau perbuatan yang tidak disukai dan berusaha menjauhkan diri dari perbuatan ghibah (mengumpat) dan dusta.

9. Memakai pakaian yang sopan, bersih dan kemas dalam bersilaturrahim. Bagi laki-laki dianjurkan memakai wangi-wangian.

10. Menjauhi pemborosan dan pembaziran dalam memberikan hidangan berupa makan, minum dan lainnya.

11. Menjauhi kemaksiatan serta perkara yang lagho, seperti; lalai dalam mengerjakan shalat, bercampur aduk antara lelaki dan perempuan dan berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya, menghidangkan lagu-lagu dan musik yang kotor dan tidak islami, tidak menutup aurat yang boleh mendatangkan fitnah dan nafsu syahwat.

12. Dianjurkan berjabat tangan atau bersalaman sama ada dengan berpelukan, cium tangan atau bersalaman biasa (antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan), mengucapkan salam pada waktu bertemu dan berpisah serta saling mendoakan kebaikan.

Demikianlah sedikit nasihat tentang adab bersilaturrahim yang dapat Yaya kongsikan dengan anda semua pada bulan Syawal khususnya atau silaturrahim secara amnya.

Ya Allah berkatilah kami di bulan Syawal yang mulia ini serta berkatilah silaturrahim kami dengan saudara-saudara kami, sahabat handai serta umat islam umumnya, 
mudah -mudahan persaudaraan kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat 
di dunia dan di akhirat nanti. 
Aamiinn Yaa Robbal ‘Aalamiin !!!!!

Wallahu A’lam.

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

Sponsor





Popular Posts