MENGAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PENJAJAH

Assalammualaikum w.b.t.
Sekadar perkongsian disini.


Pernah tak kita terfikir kenapa negara-negara yang punya umat Islam didalamnya sering sahaja menjadi perhatian penjajah. Menjadi perhatian bukan kepada niat yang baik tetapi lebih kepada niat yang buruk. Niat untuk menjatuhkan. Dan mungkin juga untuk menghapuskan. Allahu.. Ada beberapa kemungkinan atau faktor utama mengapa bumi umat Islam sentiasa menjadi rebutan lalu dijarah oleh penjajah.


Agama
Kita tidak boleh menolak sama sekali, bahawa faktor utama konflik dan penjajahan adalah kerana pertentangan agama. Bahkan ia mengatasi faktor-faktor lain. Allah berfirman:

وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَن يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

"Dan tidaklah mereka berdendam terhadap golongan yang beriman, melainkan kerana orang-orang beriman itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji"
~ al-Buruj 8 ~

Tidak betul jika kita beranggapan segala konflik bertitik tolak dari kepentingan material semata-mata. Sedangkan faktor agama merupakan tabiat pertentangan antara manusia dari zaman-berzaman.

Sumber Bumi Yang Kaya
Allah mengurniakan negara-negara umat Islam dengan kekayaan hasil bumi. Sumber mineral seperti minyak, gas, emas dan uranium yang lumayan. Tanah yang subur untuk dibangunkan serta iklim yang baik. Inilah keberkatan yang dijanjikan buat mereka yang beriman. Allah berfirman:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa,
pasti kami limpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi"
~ al-A'raf 96 ~


Bahkan perang ke atas dunia Islam dirangsang dengan termuntahnya kekayaan hasil bumi yang menarik minat penjajah. Antaranya Nabi bersabda:

تَقِيءُ الْأَرْضُ أَفْلَاذَ كَبِدِهَا أَمْثَالَ الْأُسْطُوَانِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ

"Bumi akan memuntahkan kekayaannya laksana cairan
yang keluar dari saluran seperti emas dan perak"
~ hr Muslim ~

Allah mentakdirkan kawasan-kawasan umat Islam berada di tengah-tengah persimpangan utama laluan antarabangsa. Allah berfirman:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا ۗ

"Dan demkianlah kami jadikan kamu sebagai umat pertengahan, agar kamu menjadi saksi
perbuatan manusia dan Rasul menjadi saksi ke atas perbuatan kamu"
~ al-Baqarah 143 ~

Jika kita melihat peta dunia, Makkah dan Madinah berada di tengah-tengah peta dunia. Menyebabkan Islam yang dibawa oleh Nabi amat mudah tersebar ke serata benua.

Sememangnya bumi umat Islam berada di tengah-tengah kesibukan nafsu manusia yang berebut mahu menguasai dunia. Lokasi-lokasi yang dimiliki oleh umat Islam, amat penting bagi aktiviti ketenteraan dan perdagangan.

Sebagai contoh, kebanyakkan 'choke point' dimiliki oleh negara-negara umat Islam. Selat Hormuz di Teluk Parsi yang dimiliki oleh Iran dan Oman. Bab al-Mandab yang memanjang dari Laut Merah ke Laut Arab dikawal oleh Yaman. Terusan Suez yang dimiliki oleh Mesir sebagai pintu gerbang antara Laut Merah dan Laut Mediterranean. Selat Melaka dimiliki oleh Malaysia dan Indonesia sebagai pintu masuk ke Asia Tenggara.

Boleh dikatakan, sesiapa yang berhajat menguasai dunia, mereka terlebih dahulu mesti menguasai negara-negara umat Islam.

Kita Umat Yang Berpotensi
Sedarlah kita akan nikmat yang telah Allah hadiahkan kepada umat Islam. Kita bukan umat yang miskin keparat tidak mempunyai apa-apa potensi. Bahkan apa yang kita miliki, amat diidamkan oleh manusia-manusia penjajah yang berhati serigala.

(Oleh : Abdul Mu'izz Muhammad | 29 Disember 2017)

Apa yang penting disini, kita perlu pertahankan apa yang kita ada, apa yang telah Allah kurniakan pada kita. Kita yang menerima, jadi kita perlu menjaga dan menggunakannya untuk membangun dan mengembangkan lagi Agama Allah ini. Sentiasa juga yakin DIA sentiasa ada bersama kita. Tidak ada yang perlu kita takuti selain daripadaNYA. InsyaAllah.

Sekian entri kali ini. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri saya sendiri. Wallahua'lam..

Wassalam...=)

Post a Comment

4 Comments

  1. alhamdulillah,terimakasih atas perkongsian ini.. Tetiba rasa sebak dan takut bil abaca ni

    ReplyDelete
  2. Benar sekali bumi umat Islam adalah bumi yang barokah walaupun dimana juga yang menjadi tarikan dan rebutan bangsa penjajah

    ReplyDelete
  3. kita kurniaan istimewa. perlu terus mempertahankannya.

    ReplyDelete