5 HERBA YANG MEMBANTU KESIHATAN JANTUNG ANDA

Assalammualaikum w.b.t

Kurangkan garam, tingkatkan fiber, makan lebih banyak buah dan sayur, dan bersenam…ini merupakan perkara yang terbukti dapat meningkatkan kesihatan jantung anda. Tapi, adakah anda tahu ada beberapa 'secret ingredients' untuk jantung yang sihat dengan makanan? Ye betul dengan makanan. Ada beberapa herba yang boleh membuatkan makanan anda sedap sesedapnya tapi juga dapat membantu kesihatan jantung anda.

Cinnamon / Kayu Manis
Kayu manis ataupun cinnamon diperkatakan dapat mengawal kadar gula dalam darah. membantu penghadaman dan merendahkan cholestrol. Kaya dengan fiber dan kalsium, cinnamon bagus untuk jantung anda. Cinnamon membantu jantung dengan menghantar garam bile keluar badan. Badan pula akan menghasilkan lebih garam bila untuk memproses cholestrol. Jadi anda akan mengurangkan cholestrol dalam badan dan mengurangkan risiko saluran jantung tersumbat.

Kunyit
Kunyit adalah salah satu herba yang paling berkesan untuk jantung anda disebabkan kunyit kaya dengan curcumin. Curcumin mempunyai anti- keradangan dan boleh merendahkan kadar cholestrol. Bukan sahaja dapat merendahkan cholestrol, tetapi ia juga dapat dapat membantu oxidation cholestrol. Oxidized cholestrol adalah penyebab jantung tersumbat kerana ia merosakkan saluran darah dan bina plaque yang akan menyebabkan penyakit jantung dan stok.

Halia
Halia adalah sama keluarga dengan kunyit , jadi ia mempunyai persamaan. Halia lebih dikenali dengan kelebihannya untuk membantu penghadaman. Pada tahun 2005, satu kajian telah dijalankan dan menemui bahawa halia dapat merendahkan kadar cholestrol dan juga tekanan darah.

Serbuk cili/Cayenne
Cili adalah bagus untuk jantung anda. Ia dapa membantu untuk meningkatkan blood flow dalam badan anda. Cayenne yang kaya dengan capsaicin, digunakan untuk jantung bagi mengawal peredaran darah, darah beku, cholestrol tinggi dan menghalang penyakit jantung. Capsaicin juga membersihkan arteri dan membantu badan membuang cholestrol LDL dan triglycerides.

Parsley, Sage, Rosemary and Thyme
Ok ini bukan herba yang normal kita gunakan untuk masakan melayu. Tapi herba ini mengandungi anti oxidant yang sangat powerfull yang akan menguatkan saluran darah serta dinding cell. I juga membantu merendahkan tekanan darah. Selain daripada itu, bau nya yang harum boleh meningkat kan kebolehan otak dan mood anda.

Ok. Itu sahaja. Hope dapat sesuatu dari entri Yaya hari ni, ye ^_^
Sekian,Wassalam.

Post a Comment

9 Comments

  1. Herba zaman dulu ni lah yang buat orang2 tua dulu hidup sihat....

    ReplyDelete
  2. Sangat bagus penulisannya.. mudah diingat dan dibaca ... http://umpanessence.com

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang baik sekali untuk kesihatan..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  4. Salam Cik Yaya. GV datang wat kunjungan balas. GV adalah follower Cik Yaya yang ke 1990. Ramainya followers Cik Yaya. Terbaik gitew. hihi. Cantik la blog nie. Colourful, creative and meletop. hihi. Kesemua herba kat atas mmg sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Good info Cik Yaya. Terbaik. :D

    ReplyDelete
  5. kalo yang kita campak dalam masakan aci tak ? hehe..

    ReplyDelete
  6. sebab tu kalau masa di rumah lagi bagus dari makan di luar,sebab bahan2 dirumah semua ada benda diatas tu kan..akak baru balik medicalcheckup hari ni,so masa kat hospital tu nampak orang sakit,baru tahu nikmatnya sihat.jadi bila sihat ni kita kenalah jaga pemakanan dengan betul agar sihat selalu kan yaya..

    moga yay sentiasa sihat,mak yaya sihat ya...doakan akak irda n family juga..bye my dear

    ReplyDelete