SUDAH SAMPAI PENGHUJUNG

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah..hari ni genap 30 Zulhijjah 1434h..iaitu hari dan tahun terakhir dalam kalendar Islam..SubhanaAllah sekejap masa tu berlalu kan..(lambat nyer masa berlalu lau dalam kalendar biasa ni...huhu ;p) Alhamdulillah, harap masih berpeluang untuk menempuh hari2 dalam tahun yang baru ni..

Bila dah nak akhir tahun dan awal tahun ni, mesti ada doa2 dan amalan sunnah yang kita bleh lakukan bagi menambah lagi amal ibadah seharian kita,kan. Yaya xtau pernah kongsi ke amalan2 tu dalam entri sebelum ni,,sebab malas nak pergi search..huhu ;p jadi share je lagi untuk bahan bacaan hari ni ye..=D

1.  Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.”  (Sahih Muslim)
2.  Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam
Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
3.  Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”
‘Doa Akhir Tahun’ dibaca tiga kali tatkala menjelang berakhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah, sama ada pada tarikh 29 atau 30 Zulhijjah sesuatu tahun tersebut
Dengan doa ini, kita memohon agar ketika akan mengakhiri perjalanan setahun yang bakal ditinggalkan, moga akan mendapat keampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang dilarang oleh-Nya; Dan jika dalam tahun yang akan ditinggalkan, terdapat amal perbuatan yang kita lakukan diredhai oleh Allah SWT, maka mohon supaya amal soleh tersebut diterima oleh Allah Ta’ala.
Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun terbelakang.
4.  Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
‘Doa Awal Tahun’ dibaca ketika menjelang masuknya tarikh 1 Muharam. Doa ini adalah rentetan daripada ‘Doa Akhir Tahun’ yang telah dibaca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun sebelumnya.
Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.
Dengan doa ini kita sebagai Mu’min, memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini, kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.
5.  Qiamullail:
a)     Bersolat sunat Solat TahajjudSolat HajatSolat Sunat Taubat.
b)     Membaca Al-Quran.
c)     Berzikir.
6.  Doa Awal Muharam
Membaca doa awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali. Contohnya seperti doa diatas:
ATAU boleh juga di baca;
“Ya Allah! Dikaulah selamanya didahulukan, pada tahun baru ini daku bermohon kepadaMu semoga terpelihara daripada syaitan dan pengaruhnya. Daku memohon pertolonganMu, peliharakan daku daripada nafsu amarah dan jahat, dan perkara yang membimbangkanku. Daku memohon akan perkara yang menghampirkan daku denganMu, wahai Tuhan yang Maha Mulia!”
Jelas Ibni Abbas lagi; “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”
Wallahu A’lam bishowab
Sumber: KLIK SINI
Semoga tahun yang baru yang bakal tiba ni, akan membuatkan diri kita lebih baik dar tahun sebelumnya. InsyaAllah. Sama2 kita berusaha ye.! ^_^
Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

20 Comments

  1. dan bermulalah episod baru...salam maalhijrah...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, jom sama2 berazam dalam tahun baru untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.. salam perkenalan ;)

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah dari Bunda...

    ReplyDelete
  4. Salam maal hijrah cik yaya.. :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..cik yaya :)
    slmt tahun baru 1435H..

    ReplyDelete
  6. salam maal hijrah yaya.. moga tahun baru menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.. :)

    ReplyDelete
  7. Slm maal hija... Allhmdllh...

    ReplyDelete