10 MASJID PALING INDAH DIDUNIA

Assalammualaikum w.b.t.

Walaupun dah tahu, tetap nak share jugak..hehe..sebab kita bukan ingat sangat MASJID yang mana paling cantik ke..paling mahal ke..ada kat mana suma kann..so, cuci mate jap la ye + add sikit info berkenaan dengan MASJID terindah.sempena hari ISNIN ni..^_^

(klik pic untuk tumbesaran okeyh!)
Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid yang paling besar di Pakistan. Vedat Dalokay, arkitek Turki yang mengilhamkannya, menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina Masjid Faisal.

Masjid Besar Baiturrahman di Banda Acheh, Indonesia telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. Namun, ia telah dibina semula satu dekad kemudian. Ia di antara masjid yang paling indah di seluruh Indonesia.

Masjid Taj Ul di Bhopal adalah di antara masjid yang paling besar di benua Asia. Ia juga diguna sebagai madarasah.

Masjid Badshahi telah dibina oleh Maharaja Mughal yang mashyur, Aurangzeb, pada tahun 1671. Ia merupakan masjid yang kelima paling besar di dunia.

Great Mosque of Xi'an di China menampilkan ciri-ciri budaya Cina bersebelahan dengan seni bina Islam.

Masjid Jamek, adalah salah satu masjid yang paling ikonik untuk penduduk-penduduk bandaraya Kuala Lumpur. Malah, ia merupakan tapak di mana bandaraya kami ini 'dilahirkan'.

Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir menampilkan seni bina Ottoman yang klasik. Ia dibina oleh pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengingati anak sulungnya, Tusun Pasha

Sultanahmet Camii, juga dikenali sebagai Blue Mosque, di antara masjid yang paling mashyur di Turki. Pembinaannya mengambil masa tujuh tahun, dari 1609 hingga 1616. Seni bina masjid ini dipengaruhi unsur-unsur Ottoman dan Byzantine.

Masjid An-Nabawi di Madinah adalah fokus umat Islam pada musim Haji. Bersama dengan Masjidil Haram di Mekah, ia adalah tempat yang paling suci untuk agama Islam.

Masjidil Haram di Mekah merupakan tempat yang paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta umat akan ke Tanah Suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah.
*sumber: yahoo.com*
Bagi Yaya, semua masjid kat dunia ni cantik. Pasti korang setuju dengan Yaya kan.cuma senibina nya sahaja yang membezakan masjid-masjid diseluruh dunia ni..dan itulah yang membuatkan sesebuah Masjid tu kelihatan cantik luar dan dalam juga unik.. Dalam pic kat atas ni pula, kalau tanya Yaya, mana paling2 cantik pastilah Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi yang femes ni.. ^_^ SUBHANALLAH..semua Masjid pun cantik2la.. =)

Sekian, Selamat Menjalani Ibadah puasa
Wassalam.. ^_^

Post a Comment

34 Comments

  1. salam Cik Yaya

    Rizal Pernah tergoogle-map gambar masjidil Haram dari satelit, meremang bulu roma tgk Masjidil Haram bersinar-sinar... SubhanaAllah...

    ReplyDelete
  2. semuanya indah seni binanya dan unik...

    ReplyDelete
  3. teringin nak ke salah satu masjid2 ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling dekat p dlm m'sia la..huhu..masjid jamek.. ^,^

      Delete
  4. Subhanallah..semuanye pun Cantik2..~

    ReplyDelete
  5. Waaa Masjid Jamek Malaysia pun antara yang terindah. :D Oh..Masjid Nabawi & Masjidil Haram mesti la yang paling cantik!

    ReplyDelete
  6. subhanaallah cantik...dtg follow cini..jemput tgok shawl raya http://izyanty.blogspot.com/2013/07/shawl-raya-lace-dah-mula-dijual.html

    ReplyDelete
  7. betul tu yaya! semua cantik.. thanks for ur info.. >_<

    ReplyDelete
  8. wahhh.. rasa cam nak pegi & nak rasa solat kt semua masjid2 tu.. cantik sangat..

    xde entri coklat bulan2 posa ni takut yaya terliur. hikhik..

    ReplyDelete
  9. setuju.. sangat-sangat indah masjid-masjid kat atas tu..

    ReplyDelete
  10. cantik2 semuanya.. betul tu yaya.. semua masjid pun cantik2.. cantik physical, seni bina dan struktur yang berlainan tapi tujuan ttp sama jugak kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..slh satunye utk menyatupadukan umat Islam seluruh dunia..InsyaAllah =)

      Delete
  11. cantik sungguh binaan masjid2 yg yaya upload tu.. kalau dpt solat kat salah satu dr masjid cantik2 tu best. :)

    ReplyDelete
  12. Waaa .. :D terngin je jelajah dunia ni disamping melihat keindahan seni bina dan ukiran masjid :D

    ReplyDelete
  13. bestnye kalau boleh round dunia...alahaiii... (^___^)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum yaya.

    Betul yaya, semua masjid cantik. Yang membezakannya dari segi struktur binaannya saja..ikut budaya tempatan kan :)

    Lana harap ada rezeki untuk lana sampai skurg2nya di dua masjid terakhir tu.. ^_^

    ReplyDelete
  15. puteri setuju dengan yaya..semuanya cantik :)

    ReplyDelete
  16. salam cik yaya..
    wah, sangat indah..
    thanks sudi sharing cik yaya.. :)

    ReplyDelete