CINTA KERANA ALLAH!

Assalammualaikum w.b.t.
Riwayat Imam Ahmad, dari Abu Hurairah...

Tidak hairanlah ketika Uqbah bin Al Harits telah bercerai dengan isteri yang sangat dicintainya Ummu Yahya, atas persetujuan Rasulullah SAW hanya kerana pengakuan seorang wanita tua bahawa ia telah menyusukan pasangan suami isteri itu di saat mereka masih bayi. Allah mengharamkan pernikahan saudara sesusuan.
Demikian pula kecintaan Abdullah bin Abu Bakar kepada isterinya, yang terkenal kecantikannya, keluhuran budinya dan keagungan akhlaknya. Ketika ayahnya mengamati bahawa kecintaannya tersebut telah melalaikan Abdullah dalam berjihad di jalan Allah dan memerintahkan untuk menceraikan isterinya. Pemuda Abdullah memandang perintah tersebut dengan kacamata iman, sehingga dia rela menceraikan belahan jiwanya tersebut demi mempererat kembali cintanya kepada Allah.

Subhanallah, pasangan tersebut telah bersatu kerana Allah, saling mencintai kerana Allah, bahkan telah bercinta kerana Allah, namun mereka juga rela berpisah kerana Allah. Cinta kepada Allah di atas segalanya. Bagaimana pula halnya dengan pasangan yang terlanjur jatuh cinta, atau yang berpacaran? atau sudah bercinta sebelum menikah?Hanya ada dua jalan; bersegeralah menikah atau berpisah kerana Allah, nescaya akan terasa lazat dan manisnya iman. Dan janganlah mencintai si dia lebih daripada cinta kepada Allah dan RasulNya....

*copy*
p/s: countdown for RAMADHAN... ^_^

Renung2kan..
Sekian,Wassalam...

Post a Comment

17 Comments

  1. Allahuakbar, kalau kita sekarang, sanggup ka?
    Hebat sungguh iman dorang,,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat kan..tu la kita ni pula iman masih tipis lg..
      kdng tlalu ikut perasaan..kene hati2..umm

      Delete
  2. Salam.

    Cinta sekarang banyak berlandaskan nafsu..jadi, banyak nampak palsu dari yg benar..

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang menarik ni yaya..Cinta manusia tidak boleh melebihi cinta kepadaNYA :)

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang menarik ni. Cinta kepadaNYA adalah segala-galanya :)

    ReplyDelete
  5. pernah dengar cite no 2 tu...mcm mana kite insan biasa kalo diuji begitu? hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta pada Allah yg kekal abadi...
      InsyaAllah..kita juga bole begitu.. =)

      Delete
  6. Moga allah cepatkanlah jodohku . Amin .

    ReplyDelete
  7. begitulah hebatnye Para Sahabat Rasulullah... dan tak mustahil kita dpt amalkannya seperti mereka dan beruntunglah bg mereka yg dapat menguasai hati dan perasaan semata-mata krn Allah swt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..mudah2an kita dpat mgambil pelajrn dari para shbt Baginda yang hebat imannya pada Allah SWT..InsyaAllah =)

      Delete
  8. Tiada cinta yang lebih abadi selain dari cinta kepada Allah SWT. :)

    ReplyDelete