Daripad
Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad S.A.W. Bersabda :
Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang menakjubkan pada malam kelmarin….
1. Aku
telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk
mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATANYA KEPADA
KEDUA IBU BAPANYA
2. Aku
melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah
diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.
3. Aku
melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia
telah diselmatkan oleh berkat ZIKIRNYA kepada Allah.
4. Aku
melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah
melepaskannya dari seksaan Itu.
5. Aku
melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu
telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah Pahala PUASANYA member
minum sehingga ia merasa puas.
6. Aku
melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan Para Nabi yang sedang duduk
berkumpul-kumpul, setiap kali dia dating dia akan diusir, maka menjelmalah
MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di SebelahKu.
7. Aku
melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di
hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri
dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.
8. Aku
melihat umatku berbicara dengan golongan mukmin tetapi mereka tidakpun membalas
bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar
menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.
9. Aku
melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segerlah
menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menaburi muka dan kepalanya dari bahaya api
tersebut.
10. Aku
melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul Zabaniah ke merata tempat, maka
datanglah Pahala AMAR MA’RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari
cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat Rahmat.
11. Aku
melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan
Dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnnya sehingga
terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.
12. Aku
melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba
datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan.
14. Aku
melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAK YANG
MATI KECIL lalu menekan timbangannya hingga menjadi berat.
15. Aku
melihat umatku sedang berada di tepi neraka Jahannam, tiba-tiba muncullah
PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH, lalu menyelamatkannya.
16. Aku
melihat umatku terjerumus ke dalam lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA
YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, lalu menyelamatkannya.
Aku
juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya
terketar-ketar seperti bergoncangan dedaun yang ditiup angin, maka datanglah
pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian
tersebut sehingga ke penghujungnya.
17. Aku
melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap
lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan
mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya.
18. Aku
melihat umatku sudah hampir tiba di syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga
tertutup, di waktu itu muncullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK
DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan dia pun memasukinya.
19. Aku
melihat ramai orang yang sedang menggunting lidah mereka, aku bertanya kepada
Jibril Siapa mereka..? Jawab Jibril itulah orang-orang yang suka membawa mulut
ke sana sini.
Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka . Aku bertanya kepada Jibril
Siapa Pula mereka..? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur
fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.
SUBHANALLAH…WALLAHUA’LAM..
Setiap
perbuatan kita diperhati Allah SWT dan dicatat oleh malaikat-NYA samada baik
atau buruk, walau sebesar ZARAH sekalipun..semua itu pasti dihitung, dihisab
pada hari kelak..
MARI! Sama2 kita berusaha untuk menjadi salah seorang hambaNYA
yang SOLEH dan SOLEHAH..
Salam
Jumaat.. =)
17 Comments
Like this entry.. semoga kita sentiasa saling mengingatkan satu sama lain. Thanksa cik yaya.. =)
ReplyDeletesalam jumaat yaya
ReplyDeleteSalam Jumaat juga =)
Deletesalam..
ReplyDeletejom ramai2 updatekan diri kearah kebaikan :)
wslm..
Delete=) jumm
Ya Allah...takutnya dgn siksaanMu..
ReplyDeleteNa'uzubillah..smoga kita djauhkan dari siksaan azap neraka..amin
Deletesama-samalah kita perbaiki mana yang kurang dan moga kita terus melangkah ke arah kebaikan :)
ReplyDelete=)
Deletesinggah sini :)
ReplyDelete=) hi
Deletesubhanallah, semoga kita sama2 insaf,ambil langkah mengubah apa yang kurang selama ini..
ReplyDeleteInsyaAllah..mudah2an
DeletemasyaAllah......
ReplyDeleteterima kasih yaya, atas perkongsian yg hebat ni.
same =)
Deletetq cik yaya.. buat peringatan.. =)
ReplyDelete=)
Delete