GOLONGAN ORANG YANG DIDOAKAN MALAIKAT - 7 & 8

Assalammualaikum w.b.t.

Salam Jumaat sahabat bloggerku sekalian..hari ni nak sambung lagi entri ni..xmau bebel panjang..Selamat Membaca..semoga dihari suci ni kita dapat manfaat dan mengamalkannya bersama2 =)

Orang Yang Melakukan Solat Subuh Dan Asar Secara Berjemaah
Berkumpulnya para malaikat itu pada waktu solat Subuh dan Asar merupakan salah satu bentuk kelembutan Allah SWT kepada hamba-hambaNYA yang beriman. Ia juga menunjukkan suatu bentuk kemuliaan yang Allah SWT berikan terhadap hamba-hambaNYA, iaitu dengan mengumpulkan para malaikat disisi mereka serta membiarkan para malaikat itu bersama mereka pada waktu-waktu untuk beribadah kepada Tuhan, sehingga malaikat itu akan memberikan pelbagai kebaikan yang mereka saksikan.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Silih berganti datang kepada kamu malaikat malam dan malaikat siang, mereka berkumpul pada waktu solat fajar dan solat Asar. Kemudian naiklah malaikat yang telah bermalam padamu, lalu Tuhan bertanya kepada mereka: Bagaimana kamu meninggalkan hamba-hamba Ku? Maka mereka menjawab: Kami meninggalkan mereka sedang mengerjakan solat dan kami datangi mereka pun sedang mengerjakan solat.:
(HR al-Bukhari dan Muslim)

Istimewa Solat Subuh:
1. Disaksikan oleh para malaikat berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh, Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
-Surah al-Israk: 78-

2.Bebas dari terkena air kencing syaitan. Telah diceritakan kepada Rasulullah saw mengenai satu kejadian di mana sseorang yang tidur sampai pagi hari sehingga tidak mendirikan solat. Rasulullah saw berkata:
“Syaitan telah kencing di telinganya.”
(HR Bukhari)
3.Menjadi suatu tanda kemenangan melawan godaan syaitan.
4.Pahalanya seumpama mendirikan solat satu malam. Rasulullah saw bersabda:
“Sesiapa mengerjakan solat Isyak berjemaah seolah-olah dia sudh solat setengah malam. Sesiapa solat subuh berjemaah dia seolah-olah melaksanakan solat malam suntuk.”
(HR Bukhari)
5.Memperoleh cahaya terang pada hari kiamat. Sabda Rasulullah saw:
Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kegelapan menuju ke masjid-masjid dengan cahaya yang terang benderang pada hari kiamat.”
(HR Abu Dawud, at-Tirmizi dan Ibn Majah)
6.Diampunkan dosa-dosanya. Diriwayatkan daripada bapanya Sahl bin Muadz bin Anas al-Juhani, dia berkata, Rasulullah saw bersabda: 
“Sesiapa yang tetap duduk di tempat solatnya selepas menunaikan dua rakaat solat Subuh sehingga melaksanakan solat Dhuha, dan dia tidak berkata-kata kecuali kata yang baik, dosanya diampunkan oleh Allah SWT sekalipun dosanya lebih banyak drpda buih di lautan.”
(HR Abu Dawud)
7.Diselamatkan daripada neraka.
8.Mendapat jaminan syurga. Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa mendirikan solat pada dua waktu yang dingin, iaitu solat Isyak dan Subuh, dia akan memasuki syurga.”
(HR Bukhari).
9.Dilapangkan rezki oleh Allah SWT.
10.Mendapat perlindungan Allah SWT.
11.Mendapat pahala seperti menunaikan ibadat haji dan umrah. Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga matahari terbit, kemudian solat Dhuha, maka dia akan mendapat pahala haji dan umrah secara sempurna, sempurna, sempurna..”
(HR at-Tirmizi)
12.Beroleh keberkatan daripada Allah SWT. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw bersabda dan seterusnya berdoa:
“Ya Allah, berkatilah umatku pada pagi hari mereka.”
(HR Abu Dawud, at-Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Orang Yang Mendoakan Saudaranya Tanpa Pengetahuan Orang Yang Didoakan

Daripada Abu Darda'RA, Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Setiap Muslim yang mendoakan saudara seagamanya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan oleh malaikat dengan berkata, "Engkau juga akan mendapat seumpamanya."
(HR Muslim)

Menjaga ikatan persaudaraan sesama Islam seperti:
1. Seorang Muslim itu perlu memberitahu temannya bahawa dia kasih kepadanya. Dalam hal ini Nabi saw menjelaskan:
"Jika seseorang itu kasih kepada seseorang, maka hendaklah dia memberitahu temannya."
(HR Abu Dawud)
2. Perlu sentiasa bermanis muka ketika berjumpa saudaranya. Sabda Nabi saw:
"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria."
(HR Muslim)
3. Apabila bertemu dengan saudaranya, maka segeralah bersalam dengannya. Nabi saw bersabda:
"Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah."
(HR Abu Dawud)
4. Apabila berpisah dengan seseorang maka perlu dia mendoakan sahabatnya itu tanpa pengetahuannya. 
5. Menziarahi temannya. Nabi bersabda:
"Hendaklah sesekali kamu menziarahi, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu."
6. Memberinya hadiah.
7. Membantu sahabatnya di jalan Allah SWT. Rasulullah saw berpesan:
"Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan."
(HR Hakim)
Allah SWT dengan sifat Rahmat-Nya menggalakkan hamba-hamba-Nya supaya memohon kepada-Nya kerana Allah SWT tidak akan menghampakan permintaan hamba2-Nya. Sabda Rasulullah saw:
"Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemurah, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepadaNya lalu Dia mengembalikan (tidak menerima) kedua tangannya (doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi."

Post a Comment

16 Comments