Salam Jumaat pada semua kengkawan blog ku sekalian..me kasih coz sudi singgah blog Yaya lagi walaupun xrajin meng-update..hari ni entri sambungan dari ENTRI NI..selamat membaca.semoga bermanfaat ye! ^_^
Orang Yang Tidur Dalam Keadaan Bersuci
‘sucikanlah badan kalian, semoga Allah mensucikan
kalian. Tidaklah seseorang hamba brmalam (tidur) dalam keadaan suci kecuali
para malaikat akan bersamanya dalam pakaiannya. Tidaklah ia membalikkan
badannya sesaat pun ketika tidur malamnya kecuali malaikat akan berkata, ‘Ya
Allah, ampunilah hamba-Mu ini. Sesungguhnya ia tidur dalam keadaan suci.’ (HR At-Thabrani)
Secara
umumnya, terdapat beberapa pengajaran utama yang kita perolehi daripada hadis di
atas antaranya:
1)
Islam
mengalakkan umatnya agar bersuci sebelum tidur.
2)
Rasulullah
saw mendoakan umatnya yang bersuci sebelum tidur agar disucikan Allah SWT.
3)
Malaikat
akan sentiasa bersama dengan orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
4)
Malaikat
memohon ampun kepada Allah SWT agar mengampuni hamba yang sedang tidur, setiap kali ia membalikkan badannya di malam hari hingga ia bangun dari tidurnya.
Amalan
mensucikan diri yang diamalkan umat Islam setiap hari jelas membuktikan bahawa
agama Islam mementingkan segala kebaikan dan kebersihan.
Perkara ini dijelaskan oleh baginda dalam sabdanya:
‘Sesungguhnya Allah itu baik, mencintai kebaikanm
sesungguhnya Allah itu bersih suci, mencintai kebersihan kesucian.’ (HR
al-Bazzar)
Tidur itu bagaikan sebuah kematian. Ketika sedang tidur,
roh sesorang akan terpisah daripada badannya untuk sementara. Apabila sesorang
itu bangkit dari tidur, maka Allah SWT akan mengembalikan semula roh ke dalam
jasad.
Namun jika Allah mempunyai perancangan atau kehendakNya
yang lain, maka dengan kekuasaanNya juga Dia akan menahan roh orang itu untuk
selamanya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: ‘Allah menggenggam jiwa manusia ketika
matinya dan menggenggam jiwa (manusia) yang belum mati sewaktu tidurnya. Maka
Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.. sesungguhnya dalam
hal ini terdapat tanda2 kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.’ – Surah
az-Zumar, ayat:42
Antara
lain yang perlu dilakukan bagi seorang muslim sebelum tidur ialah:
1)Menggosok
gigi
2) Membaca
zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saiditina Fatimah dan Saidina Ali
ketika hendak tidur iaitu bertasbih (SubhanAllah) sebanyak 33 kali, bertahmid
(Alhamdulillah) 33kali dan bertakbir (Allahu Akbar) 34 kali.
3) Membaca ayat Kursi kemudian menyapu muka serta melurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan dan diulang 3 kali.
4) Membaca surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas.
5) Bermuhasabah di atas dosa-dosa harian yang dilakukan dgn memohon ampunan dari Allah SWT
6) Berdoa kepada Allah dengan berserah diri kepada-Nya dengan doa berikut: ''Ya Allah dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup.''
7) Mengucap dua kalimah syahadah. Semoga kalimah toyyibah itu menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui Allah SWT.
Same2la kita amalkan untuk bersuci sebelum kita masuk tidur ye..berwuduk itu lebih baik daripada setakat basuh kaki je ye..ingat..Allah mengirim malaikat bersama kita,melindungi kita di waktu kita tidur dari gangguan,anasir2 jahat bila kita tidur dalam keadaan bersuci..
"Sentiasa ingat Allah..."
SubhanaAllah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Sekian,Wassalam =)
21 Comments
salam..
ReplyDeletemoga kita semua tergolong dlm golongan orang2 yang diredai...
wslm cik anna =)
Deletemudah2an..
sentiasa berusaha meningkatkan malam, InshaAllah. thanks kongsi ilmu yaya. :)
ReplyDeleteThanx sharing :)
ReplyDeleteNice sharing dear... =D
ReplyDelete=)
Deletealhamdulillah.. thanks coz sharing..
ReplyDelete=)
Deletecuma berharap, semua amalan kak juju diterima ..selain tu nak juga doa daripada malaikat ..thnk yaya ..
ReplyDelete=) kita semua bhrap begitu kak ju..kan =) mudah2an
Deleteinshaa Allah ... mari kita amalkan bersama ...
ReplyDelete=)
Deletethanks for sharing :)
ReplyDeleteNice sharing Cik yaya..In shaa ALLAH..moga kita dapat amalkan...
ReplyDeleteAlhamdulillah,..Terima kasih yaya share entry macam ni.. :)
ReplyDeletesame2 =)
Deleteterima kasih cik yaya.. :)
ReplyDelete=)
DeleteMacam penah tgk post ni, tp x igt kat blog mana, yaya penah post pasal ni ke sebelum ni? Apa pun, thanks ye yaya, saling mengingati =)
ReplyDeleteni kan smbungan entri sblm ni...hehe
Deletetp ni ulasan dia laa... ^_^
wslm..
ReplyDeleteye..btul tu =)