9 LANGKAH LINDUNGI ANAK DARI GANGGUAN JIN

Assalammualaikum wbt
Salam 1 Jamadilawal 1439h

Sebagai ibu ayah, kita bukan sahaja bertanggungjawab untuk melindungi anak-anak kita dari kejahatan yang dilakukan oleh manusia yang lain, tetapi kita juga bertanggungjawab untuk melindungi anak-anak kita dari gangguan jin.

Yaya ada terbaca di laman web seorang Ustaz ni dan nak juga berkongsi bersama semua ibu bapa yang mempunyai masalah ini. InshaaAllah.


Pertama: Apa yang perlu dilakukan ialah lindungi rumah anda terlebih dahulu. Caranya ialah dengan membaca surah Al-Baqarah penuh setiap hari. Sekiranya anda tidak mampu untuk melakukannya, bacalah ayat kursi setiap pagi dan malam. Selain itu, anda boleh juga melaungkan azan di rumah pada setiap kali masuk waktu solat. Ingatlah bahawa rumah adalah kubu atau tempat perlindungan untuk keluarga anda.

Kedua: Bacakan zikir di bawah kepada anak anda setiap pagi (sebelum menghantar mereka ke sekolah) dan juga di waktu petang.

“A’uzubi kalimathith thamma min kulli shaytanin wa hamma wa min killi alynil lamma.” 

(Aku berlindung dengan firman Allah yang sempurna dari semua makhluk syaitan dan beracun dan juga dari setiap pandangan yang jahat)

Ketiga (sangat penting): Baca Surah al-Falaq dan An-Nas sebanyak tiga kali, tiup pada tapak tangan, dan kemudian sapukan pada tubuh badan mereka sebelum tidur. Sapu dibahagian hadapan badan mereka, dari kepala hingga ke kaki. Tidak perlu sapu semula ke atas.

Keempat: Bacakan bismillah kepada mereka sebelum membenarkan mereka keluar samada untuk bermain di taman ataupun pergi ke sekolah. Cara paling baik, jika boleh ajarkan dan ingatkan mereka supaya sentiasa memulakan pada pun dengan membaca Bismillah.

Kelima: Ajarkan kepada anak anda supaya membaca ayat kursi sebelum mereka hendak tidur. Terangkan kepada mereka bahawa apabila mereka mengamalkan perkara tersebut (membaca ayat kursi sebelum tidur), yakinlah bahawa Allah akan menghantar Malaikat-Nya untuk melindungi mereka sepanjang malam.

Keenam: Ajarlah mereka tentang sunnah iaitu jangan kencing di bawah pokok, atau di dalam lubang, atau di bahu-bahu jalan. Dan ajarkan mereka supaya jangan masuk ke dalam tandas sebelum membaca doa masuk tandas. Kerana doa tersebut dapat melindungi diri dari gangguan jin dengan izin Allah.

Ketujuh: Bawa mereka masuk ke dalam rumah lebih kurang 20 atau 30 minit sebelum Maghrib. Jangan lupa untuk menjelaskan kepada mereka mengapa perkara tersebut dilakukan.

Kelapan: Setelah membawa anak anda masuk ke dalam rumah, maka tutuplah pintu dan tingkap sambil membaca Bismillah untuk perlindungan.

Kesembilan: Ajarkan kepada anak-anak anda supaya jangan mengamalkan sikap pemarah, dan jika berasa marah, suruh mereka mengucapkan Auzubillah hi minasy syaiton nirrajim (Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam).
(Sumber : Perawat Islam )

Wallahua'lam. Sekian perkongsian dari Yaya. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri saya sendiri. Wallahua'lam..

Wassalam...=)

Post a Comment

2 Comments

  1. good sharing... budak2 kecik mmg la sensitif dgn bnda mcm nih...takut.. kne la bhati2 kan..

    ReplyDelete
  2. W'salam Cik Yaya, alhamdulillah ilmu baru hari ini..
    LZ pernah alami masa anak masih kecil puncanya LZ masuk rumah waktu azan Maghrib, anak meraung ketakutan, menangis sampai biru seolah-olah nampak 'sesuatu'.. Kena amalkan apa yang Cik Yaya kongsi ini sebagai pelindung diri juga.

    ReplyDelete