BLOOD DONATION

Assalamualaikum wbt.

Entri pendek je ni. Urat kat tangan still sakit lagi. Memang effect sikit bila nak menaip. Haha.

Anyway, blood donation yang dianjurkan oleh Padini Corporation Sdn Bhd telah berlangsung di HQ company ini sendiri yang bertempat di Glenmarie, ShahAlam dengan kerjasama daripada Pusat Darah Negara K. L. Hanya satu hari ini sahaja. Dibuka pada orang awam. So, Yaya pun nak mencuba jugak. Kenapa nak mencuba? Sebab sebelum ni nak pergi derma darah depa kata xmemenuhi kriteria penderma. Huhu. Tak cukup berat mungkin. Sekarang da gemuk, tu yang memenuhi kriteria dah haha. Takdalah, tahun lepas Yaya nak try p, depa kata tak cukup darah. Ni cukup dah kot naa ^o^

Baru tau Yaya adalah orang yang jenis berdarah 'O'. Selama ni tak berapa pasti sangat. Hehe.


Pengalaman
1st time tempat dia cucuk masa nak ambil darah tu kat tangan belah kiri. Mula ok tapi bila nampak tetiba macam bengkak sikit, terus nurse tu buka. Tukar pula p cucuk belah kanan. Belah kiri nya tak habis sakit lagi da cucuk belah kanan pula. Adess. Tapi Alhamdulillah. Ok. Berjalan dengan lancar.

Yea..dapat 'goodies'..haha suka tul dapat benda free kan dak Yaya ni ^o^

Siapalah yang dapat darah Yaya tu ye. Tetiba terfikir. Haha. Biaq p la sape dapat pun, yang penting orang yang memerlukan sihat. Kan. InsyaAllah. Amin. ok. Da sakit tangan ni >,<. Tu je nak update. Excited rasa derma darah untuk pertama kali la katakan.Tu yang semua nak up. Haha. =p ceh

Dan yang sebenarnya, Yaya puasa hari ni. Takda berbuka pun sebab nak derma darah ni. Dorang tanya da makan ke belum, Yaya jawab dah je la.huhu. Hope dapat bertahan sampai balik rumah nanti. Ngantuk je rasa ni.. =_= err 

Sekian, wassalam =)

Post a Comment

11 Comments

  1. Alhamdullilah tahniah yaya...walau siapapun yg terima darah yaya..insyaAllah orang tu pasti akan berterima kasih kerana mampu menyelamatkan nyawanya

    ReplyDelete
  2. Darah yang paling orang cari adalah darah O... teruskan menderma ya...

    ReplyDelete
  3. suki tak pernah derma darah..tatuttttt

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Tahniah yaya sebab berjaya donate darah. Sama lah kita darah O. Ana tau masa pregnant dulu. Hehe

    ReplyDelete
  5. Amalan yang mulia.
    Darah kita dapat menyelamatkan nyawa orang lain.
    Dulu2 pakcik pernah juga derma darah ni.
    Sekarang dah tua takut tak cukup darah pulak.

    ReplyDelete
  6. Wah...tahniah. Bukan semua org ada kesedaran nk derma darah

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak derma darah. Good job Yaya beranikan diri untuk derma darah. Siqah pernah jugaklah kena cucuk2 tak keluar darahnya, seram jugak masa tu. mujurlah akhirnya keluar jugak darah. Hee.

    Follow you back here :) Keep blogging and keep in touch ya :D

    ReplyDelete
  8. Bagus Yaya, muda2 dah menderma darah. Memang banyak tabung darah hospital2 seluruh Malaysia kekurangan darah. Semoga dengan asbab menderma darah, memurahkan rezeki Yaya dan dikurniakan kesihatan yang baik selalu InsyaaAllah.

    ReplyDelete
  9. bagusnya.. akak penah tingin nak buat tapi penakut. belom lagi berani..

    ReplyDelete