RUSHING DAY!

Assalammualaikum w.b.t.

Entri #throwback semalam punya. Nak update dah semalam tu juga tapi tak berkesempatan dek kerana busy yg amat.huuu. 

So nak dipendekkan cerita, semalam semua orang tahu kan, hari terakhir (hujung minggu) untuk buat Open house raya. Jadi seperti tahun tahun yang sebelum ni, keluarga besar Yaya iaitu belah mak (anak cucu cicit cucut keturunan la kiranya..haha) buat Majlis Perjumpaan/Jamuan/Rumah Terbuka raya.

Boleh la tengok gambar kat bawah ni kalau tak berapa faham Yaya mention apa tadi (sebab Yaya sendiri tak faham diri sendiri nak bagitau apa..lol)


Yezza. Yaya ni keturunan Jawoo tau. Tapi jawo 'murtad'.haha coz nak cakap bahasa jawa pun den xgheti ha. Ni keluo pula slang orang Nogori apehal.haha
Adeii. Cuma tahu cakap sikit sikit je. Yang simple yang senang and mudah difahami gitu. Amboi. Dah tau xreti tu belajar la Yaya! Heeeee =D errrr >,<

Sesi pembukaan majlis

Alhamdulillah. Sedap betul makan kat jamuan sana (maaf,Yaya xdan nak amik gambar makanan yang berlambak kat sana. ^o^) Sebab mood kelaut masa tu. Rushing. Ingat nak cepat makan + cepat balik coz lepas dari tu nak attend Wedding member pula, lepas tu nak pergi rushing pula beli barang kat kedai (kedai tu tutup tengahari jam 3 sebab tu sangat rushing. =< )

Lagipun pergi dengan ibu Yaya yang baru balik kerja. Kesian, tak tidur lagi balik kerja pagi tu then, still kena kerja semalam, bukan ada cuti..hm.

Bila time wedding member Yaya tu pula, Yaya takda la nak pergi sensorang. Den pon tau segan..hikhik. So ajak sekali la member Yaya lagi sorang ni (member kenalan juga dengan si pengantin). Kira pergi together2 la senang, dia pun sorang je. Husband takda dengan dia coz kerja tempat jauh.

Selfie skit! ^o^
Makin cun member sorang ni..dah kawin dah ye haha

Tersama warna tema plak.ahaks!
Sehati sejiwa la katekan! =p

Cantik + comel je kan member Yaya @k@ pengantin ni. Dari dulu kenal sampai masing2 dah bekerja pun Yaya perasan muka and fizikal dia tak berubah. Still sweet + nice + cun je.hehe. FYI, Kami dah lama kenal. Since sekolah rendah and she's one of my best friend masa sekolah rendah tu. Pergi mana mana memang together gether la. Terlalu banyak memori yang memang tak boleh lupa tapi semua tak dapat nak dicerita coz terlalu banyak. Huhu. But bila masuk sekolah menengah, kami dengan haluan masing2. Cewah. Padahal still satu sekolah lagi tu. Tapi maybe keadaan persekitaran, orang sekeliling dan lain2 faktor lagi yang menyebabkan kitorang dah kurang komunikasi but still friend macam biasa cuma tak close macam sekolah rendah dulu.
Alhamdulillah sekarang dah jadi wife orang dah dier. Happy sangat. Dapat juga Yaya hadirkan diri di wedding dia. Bukan senang tau nak nampak muka Yaya ni kat wedding kengkawan. Hahahaha =p But so far, semua wedding best friend Yaya, Yaya pergi (tapi mana yang mampu pergi je la) Hat yang dok jauh tu memang minta maaf sesangat. Cuma dapat wish je.

Di kesempatan ni Yaya nak wish lagi la kat member ni (tapi dah wish da pun kt FB):

* SELAMAT PENGANTIN BARU *
* SEMOGA DAPAT MENJADI SEORANG ISTERI YANG SOLEHAH KEKAL BAHAGIA DUNIA AKHIRAT *
* SEMOGA SEMAKIN DIMURAHKAN REZEKI *
* SEMOGA DIKURNIA ZURIAT/WARIS SOLEH DAN SOLEHAH YANG MENYEJUKKAN MATA,HATI,PERUT...^,^ *
* DAN SEMOGA SEGALA APA YANG DIHAJATI, DIMAKBULKAN ALLAH SWT. *
~ AMINN, YA RAB.. ~
^_^

Anyway, nak selit juga bagitau, Yaya still buat and jual lagi KUIH BATIK HOMEMADE tau. Boleh lihat gambar dibawah ni.


Untuk maklumat lanjut mengenai Kek @ Kuih Batik ni boleh tengok dalam entri ni 

Gambar kat bawah ni pun sama je actually. Cuma dalam bentuk packaging yang berlainan. Ikut situasi semasa.huuu Tapi kuantiti dan rasa tetap sama,ok. Macam dalam gambar ni RM10, perisa koko. =)

Alhamdulillah buat masa ni order tak putus putus dari new and regular customer Homemade Kuih Batik Yaya ni. Walaupun 1 bekas je dah kira bersyukur. Rezeki juga tu,kan. Yaya tak kisah pun sebab buat kuih ni kena ikhlas dan penuh kasih sayang. Ewahh! ^o^ kemain.

Tapi seriously tau. Antara buat dengan rela hati @ kasih sayang dengan buat sebab terpaksa rasa dan hasil kuih tu berbeza. Yaya sendiri dah pernah alami.huhuu. Maybe mood sikit down masa buat kuih, hasil nye bentuk kuih xberapa menarik dan rasa kuih tu biasa sangat.

Eh, ada rasa luar biasa ke kuih Yaya tu??hahaha NOP laaa cuma Yaya dapat rasa kelainan nya >,< heeee. Sebab tu sebelum buat kuih, Yaya akan ambil mood,bagi fikiran, hati tenang, gembira dan paling penting niat masa buat kuih tu sebab Allah swt. Nak bagi orang yang merasa kuih Yaya ni happy, suka..bila dorang happy, Yaya lagi lah happy ^_^.

Ada yang nak try?? ^o^

Itu sahaja entri Yaya hari ni. Wahh lama betul tak taip entri pasal diri sendiri ni. selalu update entri share pasal info info je kan, la ni up pula pasal diri sendiri. Hamik! Panjang berjela pula membebel..haha.

Terima kasih buat yang sudi singah blog Yaya ni jap even cuci mata tengok gambar yang tak seberapa ni je.huuu.Okbai. Sekian, Wassalam.. =)

Post a Comment

15 Comments

  1. Sedapnya kek batik tu...mcm nak buat aje =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah so far dri sdri rasa, sedap je. Haha. Try la buat. Bkn susah pun, nini 😉

      Delete
  2. Kabare wak? Haha mama bukan jawa tapi tau lah sikit2. Sedapnya kek batik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..waras..tapi saya bukan WAK tau mama.hehe =p

      Delete
  3. alamak tergoda nyee tengok kek baaaatik..!!

    ReplyDelete
  4. Samalah kita. Keturunan jawa yg orak reti ngomong jowo. Hehe.

    Ana doakan semoga business yaya terus maju. :)

    ReplyDelete
  5. Putu wong juowoo, nggak biso ngomong juowoo.

    ReplyDelete
  6. Yaya tak membebellah. Tak panjang pun.
    Gambar cantik2.

    Sebelum buat kuih kena ambik mood ke? Kat bakerybtu saya nampak tak ada yg ambik mood. Ambik tepung tu adalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu beza bakery or kedai dgn homemade. Hehe..lain org, lain cra.. 😉

      Delete
  7. Selamat Hari Raya Yaya. Walaupun hari terakhir Syawal, masih meriah hari Yaya. Lawa baju kurung Yaya (tiba2 terberkenan kat baju haha)

    http://ainniah.blogspot.my

    ReplyDelete
  8. eh..mana komen kite terhilang dah panjang2 taip tadi..wuardghhh

    ReplyDelete